11 tempat tuntutan khairat kematian yang mungkin ramai tidak tahu

Mati itu pasti. Itu janji Allah swt yang pasti akan terjadi kepada setiap makhluknya. Cuma bila sampai waktu dan detiknya adalah rahsia Allah swt. Mati juga datang dengan asbab yang tak pernah kita tahu arahnya. Bila berlaku kematian, selesailah urusan si mati dengan kesibukan dunia yang sementara ini. Di ambil alih pula si waris dan menjadi satu fardu kifayah untuk umat yang tinggal menguruskan jenazah. 



Apa yang agak menarik untuk ana kongsikan disini ialah satu posting dari sahabat Facebook yang banyak berkongsi ilmu dengan pengikutnya iaitu Dr Khairul Faizie. Bukan sahaja ilmu perubatan malah kali ini beliau turut berkongsi tentang 11 tempat tuntutan khairat kematian yang mungkin ramai tidak tahu yang boleh di gunakan untuk membantu waris keluarga yang tinggal dalam pengurusan jenazah ataupun meneruskan kehidupan khasnya bila di tinggalkan oleh salah seorang tunggak keluarga. Allahu. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya buat mereka yang benar-benar dalam pencarian . 

11 tempat tuntutan khairat kematian 


kredit foto sayangwang

Petikan dari FB Dr Khairul Faizie

Ada sahabat FB saya yang baru diuji kehilangan suaminya yang tercinta bulan lepas. Beliau dalam proses buat tuntutan yang patut seperti KWSP, Perkeso, insurans, etc.

Selain tuntutan tersebut, ada lagi perkara yang ramai terlepas pandang. Ianya hak kita, maka tuntutlah bila berlaku kematian. Saya cakna akan hal ini pun lepas mak ayah tolong uruskan hal berkaitan selepas kematian almarhum adik saya pada 2017 dulu.

Ada beberapa khairat kematian yang boleh kita tuntut:


1- Khairat Kematian ASB.
Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayaran nya ialah antara RM200 ke RM2000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.

2- Khairat Kematian Pencen.
Jika kita atau mak ayah pesara Kerajaan, boleh tuntut khairat ini. Bernilai RM3000.

3- Khairat Kematian Takaful
Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2000 ke RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,

4- Khairat Kematian Bank Rakyat
Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematian nya ialah RM3000.

5- Khairat Kematian KWSP
Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2500.

6- Khairat Kematian PERKESO
Kalau pernah mencarum Perkeso, nilai khairat kematian nya RM 2000.

7- Khairat Kematian Penjawat Awam ( JPA)
Kalau pesara Kerajaan / staff kerajaan...nilai khairatnya RM3000.

Edited:

Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) kita sebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH , jumlahnya betul, RM3,000.00. 
Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).

8- Khairat Kematian Masjid.
Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid masing masing.

9- Khairat Kematian BSH.
Sekiranya dulu menerima BR1M ( sekarang BSH), ada khairat kematiannya. Jumlah saya tak pasti.

10- Khairat Kematian Pembayar Zakat.
Yang ini info baharu saya terima. Saya tak pasti mekanisme nya. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing masing.

11- Khairat Kematian Ahli RELA.
Utk yang pernah jadi ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian RM2500. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

Semoga bermanfaat buat kita semua In Shaa Allah. Terima kasih Dr Khairul Faizie atas perkongsian yang sangat bermanfaat. 
11 tempat tuntutan khairat kematian yang mungkin ramai tidak tahu 11 tempat tuntutan khairat kematian yang mungkin ramai tidak tahu Reviewed by Ana Jingga on March 13, 2019 Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.