Ini kali kedua ana nak review bercuti dalam Kuala Lumpur sahaja bersama family dan sepupu di penginapan homestay condominium di tengah bandaraya. Kalau sebelumnya staycation kami di Bukit Jalil kali ni pula di kawasan Kuala Lumpur sahaja, iaitu di KL Traders Square, Jalan Gombak. Hehe :) Bila sepupu-sepupu dan anak buah datang ke KL depa awal-awal plan nak jalan-jalan dan makan-makan sekitar KL. Sekarang ni pula kita boleh sahaja dapatkan homestay di kondo mewah dengan kolam renang semua tu, kadar sewa untuk 3 bilik satu malam pun tak lah mahal jadi seronok kalau sewa sahaja homestay.




Bila ada kanak-kanak ni depa paling suka kalau ada swimming pool. Sepupu ana , Anom pun carikan homestay condo yang mempunyai swimming pool dan disinilah kami bercuti sambil beriadah , makan-makan dan jalan-jalan di Kuala Lumpur. Meh, ana nak share dengan korang sekitar homestay di KL Traders Square ni yang sangat cozy dan mewah gaya hiasan dalaman moden. Pemiliknya orang Melayu kita jadi homestay ni khas buat orang Islam sahaja. Lebih selesa kan. 




Wahh!! Kami sampai di sambut oleh tuan rumah yang menunggu kami di ruang lobi lif. Ketika itu banyak proses renovation unit kondo masih dilakukan, jadi ruang lobi agar tidak kemas. Bila masuk sahaja ke unit condo yang kami sewa ni..wallaaaa impress tengok gaya dekorasi ruang yang modern dan elegant sungguh. Simple but nampak mewah. 




Ruang dalaman unit yang memanjang di lengkapi dengan perabot ruang tamu, ruang makan, mini bar, dry kitchen dan wet kitchen serta 3 bilik tidur. Kita juga boleh masak di dalam homestay ni, mudah sebab ada wet kitchen di bahagian luar unit tu, tak lah risau kotorkan ruang dalaman yang cantik sangat ni, kan. 








Ini ruang dry kitchen, disediakan pinggan mangkuk dan cerek elektrik untuk kegunaan kami. Pagi tu beli sarapan di kedai mamak kat bawah tu, makan je dalam homestay ni. Jimat . Di sekitar KL Traders Square ni juga sangat selesa kerana adanya pasaraya Speedmart 99, kedai ECO 2 ringgit pun ada kat bawah tu, sakan anak-anak buah ana shopping mainan , nampak saja pun Aliff bila lalu malam tu, terus cakap 'ibuuuu.. ada kedai Eco, nak beli mainan ,". Hehe. 





Kat sini pula ialah wet kitchen nya dan kami masak goreng nugget dan nasi goreng pagi tu kat ruang ni. Jangan risau kalau tak ada bahan kering nak masak semua boleh beli di bawah condo ni je. Kuali dan peralatan memasak pun ada di sediakan tuan rumah dan sebuah peti sejuk. 






Hat ni master bedroom dengan sebuah queen bed dan berhawa dingin. Mungkin unit condo ni masih baharu, ketika kami menginap cuma master bedroom dan ruang tamu sahaja yang ber aircond. Dua bilik lagi cuma ada kipas siling. Master bedroom ni attached dengan sebuah bilik air, standard la kan. 




Bilik kedua ada sebuah katil queen dan bilik ketiga sebuah katil single . Semua bilik ni ada disediakan kabinet untuk simpan baju. Selimut dan comforter extra pun ada di sediakan. 





Petang tu kami turun ke kolam renang untuk bawa anak-anak buah dengan anak-anak ana mandi pool. Perghh!! Memang cantik sekitar condo ni. Terdapat empat kolam renang berlainan saiz dan kedalaman di sekitar kawasan riadah ni. Ana tak ingat tingkat berapa tapi semua unit di condo ni memerlukan access card. 






Ini kolam renang utama yang sangat luas dan kedalaman pun agak dalam, sesuai untuk orang dewasa sahaja. Kolam kanak-kanak dengan slide foto kat bawah ni. 




Bukan dua je kolam renang kat KL Traders Square ni, di sebelah blok satu lagi sana berhampiran gym ada dua lagi kolam renang dan jakuzi. Kat sini lah kami sekeluarga dengan anak-anak buah bermandi-manda dari petang sambung lagi esok pagi sebelum check out. 






Kolam renang yang sebelah sini ala-ala infinity pool sikit, cantik view dia boleh nampak kawasan Gombak. Ada dua jakuzi dan sebuah kolam kanak-kanak kecil, yang kat bawah ni . 










Ermm kalau korang berminat nak stay di homestay KL Traders Square ni boleh lah cari di Booking.com naa atau contact terus tuan rumah yang kami stay ni di : 012-327 5977



8 Comments

  1. Replies
    1. Rate dia dalam RM250 ikut season peak atau tak Kolin :)

      Delete
  2. Replies
    1. tu la azie nak merasa gaya hidup kondo mewah tgh bandaraya boleh stay kan hehe :)

      Delete
  3. wow.. kalo dok sini memang tak keluar jalan2. meronda situ n rehat ja.
    lepas tu gedebush2 dalam kolam hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..kami pun duk melepak kat pool je CT, keluar makan malam kat Kg Baru je hehe :)

      Delete