Trend sekarang ni ramai yang memilih untuk menyewa sebuah unit rumah homestay daripada hotel untuk penginapan sekeluarga. Pertamanya pastilah menjimatkan kos perbelanjaan, kerana kita membayar untuk sebuah rumah daripada harga unit bilik berlainan. Keduanya selesa lah kan, mudah urusan sekeluarga bila tinggal di dalam sebuah rumah. Asingkan dengan bilik tidur sahaja. Malahan sekarang ni, pemilik homestay akan menyediakan kelengkapan peralatan rumah yang cukup untuk kegunaan penyewa. Dari ruang tamu, dapur hinggalah ke kamar tidur serba lengkap disediakan dan yang penting ia memberikan keselesaan penyewa serta bersih, In Shaa Allah. 





Homestay Selesa di Bandar Country Homes, Rawang 




Hari ini ana nak mempromosikan sebuah lagi homestay unit kediaman apartment  milik salah seorang jiran ana, yang terletak di Taman Desamas, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Andai kata korang sedang tercari-cari homestay di kawasan Bandar Country Homes ni boleh lah usyaa usyaa unit pangsapuri ni. Kalau kena dengan lokasi yang korang nak stay tu, harga pun dah sesuai sangat lah dengan harga pasaran homestay kat mana-mana pun boleh lah hubungi terus pemilik homestay yang akan ana berikan butirannya di bawah entri ini nanti. 






Unit pangsapuri Taman Desamas ni terletak di Bandar Country Homes, Rawang. Disekeliling taman perumahan dengan kejiranan yang selesa. Berdekatan dengan kemudahan awam seperti kedai makan, kedai runcit, surau, masjid, bank dan balai polis pun ada kat Bandar Country Homes ni. Tak payah risau kay, In Shaa Allah selamat dan selesa. 






Homestay 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta ruangtamu dan dapur yang selesa . Bilik tidur mempunyai penghawa dingin dan bilik mandi dilengkapi heater. Dapur juga mempunyai kelengkapan memasak. Kalau malas nak turun makan, masak lah sendiri, kat area pangsapuri ni pun ada kedai runcit dan kedai makan. Mudah lah kan. Harga sewa homestay untuk satu malam ialah RM200 sahaja.




Mana tahu korang nak cari homestay di Taman Desamas, Bandar Country Homes, Rawang untuk majlis pertunangan ke, perkahwinan  ke atau apa-apa acara sekalipun , boleh stay di sini dengan keluarga. Untuk keterangan lanjut sila hubungi tuan rumah di alamat dan nombor telefon yang ana berikan di bawah : 


En Shahid

T2-02-03, Tower 2,
Apartment Desamas,
Taman Desamas, Bandar Country Homes,
Rawang. 

Telefon : 012-2032144




Semoga bermanfaat. In Shaa Allah... 

12 Comments

  1. Selesanya tengok keadaan rumah tu.

    ReplyDelete
  2. Ok sangat harganya
    Semua lengkap

    ReplyDelete
  3. memang nampak selesa sangat tu kak ana. harag semalam pun reasonable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, selesa sewa homestay kalau datang reramai dari bilik hotel :)

      Delete
  4. Nampak selesa Dan bersih. Kemudahan pula Semua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah selesa dan nampak pun bersih itu yang penting kan mama :)

      Delete
  5. terbaek. nampak selesa :)

    ReplyDelete