Panjangnya nama menu ni. Menu ni sebenarnya idea masakan Kak Long dan Adik Ika beberapa minggu lepas. Cadang asalnya Adik Ika nak masak dan makan Mc & Cheese katanya. Ana pun belikanlah pasta spiral, cheese dan sos carbonara. Rupanya tak cukup bahan sebab tak belikan susu cair atau fresh milk. Last-last dua beradik ni beka-beka lah resepi ikut bahan yang ada. Tapi sedap lah pulak jadinya. Mana tahu kut ada yang nak try, boleh lah mencuba resepi mudah dan enak, khas buat penggemar cheese khasnya. 





Pasta Spiral Carbonara Cheese 


Bahan-bahannya : 

Setengah pek pasta spiral 
1 tin sos carbonara Prego 
Sosej ayam atau boleh juga guna isi ayam segar ataupun seafood 
Kepingan Cheese Cheesdale
Air
Bawang besar atau bawang holland lagi sedap
1 ulas bawang putih 
Serbuk lada sulah
Lobak merah diparut atau dihiris halus ( boleh juga gunakan cendawan butang atau brokoli) 
Garam secukup rasa

Cara masak Pasta Spiral Carbonara Cheese 



1. Didihkan air dan rebuskan pasta spiral sehingga lembut. Masukkan garam dan sedikit minyak ke dalam air rebusan. 




2. Seterusnya masakkan kuah sos carbonara macam biasa. 

3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan isi ayam atau pun sosej. Kalau ada cendawan butang pun sedap juga.

4. Masukkan sos carbonara Prego dan campurkan 1 tin air. Kacau sebati.

5. Masukkan sayuran ( kami gunakan lobak merah ) 

6. Rasakan dengan serbuk lada sulah dan garam. 

7. Biarkan mendidih dan matikan api. 



8. Sebenarnya macam ni pun dah boleh makan dah jadi lah pasta spiral carbonara hehe. Untuk langkah seterusnya, letakkan pasta ke dalam mangkuk tahan panas untuk di masukkan ke dalam oven atau microwave. 

9. Tuangkan sos carbonara sehingga membasahi pasta. 



10. Tutup lapisan atas dengan hirisan kepingan keju Cheesedale tadi. 

11. Masukkan ke dalam microwave pada medium selama 5 minit atau sehingga cheese cair. Kalau oven ana tak pasti tapi sekejap sahaja sehingga cheese cair. 

12. Keluarkan dari microwave dan bolehlah di nikmati sekeluarga. Jika ada lebihan sos carbonara tadi boleh lah di jadikan gravy untuk di makan bersama. Selamat mencuba naa :) 





10 Comments

  1. Uiiii sedapnya kak ana. Boleh try nanti resepi anak dara ni.. Simple tapi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kinah sedap budak-budak suka la ni kan :)

      Delete
  2. Kite baru je buat semalam..spiral bolognese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada up resepi tak nadia hehe nanti kak ana terjah :)

      Delete
  3. Tambah cheese tu yang menambahkan kesedapan. :)

    ReplyDelete