Berkongsi disini bukanlah bermakna ana ni hebat dalam penulisan, malah terlalu kerdil rasanya berada di pentas dunia blogger yang luas dan besar. Cuma bila ramai adik-adik ataupun pangkat anak-anak yang sering bertanya tentang bagaimana untuk mendapat peluang mengisi ruang di samping menceduk pengalaman dan sedikit rezeki dari penulisan review di blog, ana cuba untuk berkongsi dari sedikit pengalaman yang di pinjamkanNya ini. Melibatkan diri dalam penerbitan review ini sedikit sebanyak membawa pulangan yang menarik khasnya buat seorang suri rumah macam ana sambil-sambil menulis entri peribadi, ada juga selitan rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah. 







Pengalaman demi pengalaman sejak tahu 2012 hingga ke hari ini, di mana ana belajar dengan pengalaman peribadi sendiri, perbaiki mana yang compang. Penglibatan awal dalam penulisan blog atas kehendak berkongsi kisah sendiri yang mana difikirkan ada manfaatnya buat insan lain, dan bila mula masuk ke dunia social media dan mengenali insan-insan blogger yang sama-sama berkongsi pengalaman dan tips serta panduan menjadikan dunia blogger ini satu silaturrahim yang indah. Jalinan ukhuwah dari alam maya walaupun ada yang belum pernah bersua wajah namun menjalin ikatan yang luhur. Terima kasih sahabat blogger.




Mula dah melalut... Jom ana balik ke landasan asal perkongsian kali ini. Paid review atau gift review ? Ana bermula dengan gift review. Kenapa ana terima gift review pada mulanya ? Kerana tidak yakin, sejauh mana boleh perginya entri tersebut memberi pulangan kepada client. Walaupun trafik harian agak tinggi dari awal penulisan personal entri , cuma terbitan review tidaklah begitu memberangsangkan. Paling tinggi pun ketika itu hanya 200 pv untuk satu entri review, engagement di FB dan IG juga agak sendu. 


Pageview untuk beberapa entri  label review 



Namun hari demi hari kita belajar dari pengalaman, bermain dengan keywords carian dan ping di kebanyakan group sasar, Alhamdulillah keyakinan mula datang bila melihat trafik entri review kian kukuh itupun bergantung pada produk juga kan. Dan lebih menambah keyakinan bila entri sudah berada di capaian carian enjin, paling tidak pun ada di Google Image misalnya. Ketika itulah, ana mula berani menerima paid review dan sudah pandai meletakkan rate card sendiri. Hehe :) 

Review ini bukanlah terbitan tentang produk sahaja, bak kata sahabat blogger Kolin, korang asyik jual sabun je kan kat blog :) Hehe .. Sebenarnya banyak cabang, review perkhidmatan pelancungan, hotel percutian, makanan , press release dan sebagainya. Bercakap tentang press release ni, hampir setiap minggu kita akan menerima email press release, dan selalunya tak dinyatakan token pun, jangan terus delete, reply dan berikan rate card, In Shaa Allah, ada sahaja yang akan terima dan bayar. Hat yang krik krik krik tu, kita abaikan sahaja lah..


Review butik Haqqi 


Bagaimana boleh mendapat peluang review di blog ni ? Selalunya melalui email, jadi letakkan email di paparan blog masing-masing, jika ada yang berminat mereka akan hubungi kita melalui email. Selain itu pastilah dari social media FB dan Instagram. Sama ada, terus di hubungi prospek ataupun melalui posting di group-group FB, rajin-rajin lah join group-group FB khasnya group blogger dan ada sahaja tawaran , kita letakkan profile. In Shaa Allah kalau berkenan dek client, terpilih lah nanti. Untuk Instagram pula, gunakan # yang sesuai untuk dikesan, contohnya #FoodBlogger #BeautyBlogger #LifestyleBlogger #MalaysianBlogger dan sebagainya. Kadang-kadang ada prospek yang datang dari Instagram menjumpai profile kita melalui carian di hashtag . 


Review minuman Man Java .. haus terus dah ni :) 


Bila bercakap tentang profile ni, kena lah jaga biar menarik minat client untuk memilih kita. Gambar biar jelas, cukup cahaya (lighting), menarik, dan pandai-pandailah cover posting apa yang perlu di publickan, atau sebaliknya. Selalunya client bukan dikalangan friendlist kita kan, jadi mereka hanya nampak post yang public sahaja. So, pepandailah ye.. Posting review tu kenalah public kan kerana ia akan diguna pakai oleh client atau di cari oleh mereka yang berminat untuk satu-satu terbitan review. Posting-posting membebel kat kucing semua tu korang private kan je kepada friends only hehe :) Tapi kalau posting tu dapat banyak like dan engagement haaa... lain cite, publickan semula, client tengok pun dia suka nampak like banyak ni hehe :) 


reveiw Bery Brights


Bila menulis artikel review ni pula, tarikan utama ialah pada tajuk. Bijak bermain dengan tajuk agar pembaca minat untuk klik dan baca. Kedua, gambar sekali lagi main peranan, gambar biar jelas pada produk atau mesej yang ingin disampaikan. Logo produk, jenama produk atau perkhidmatan itu yang kena jelas dan nampak menjadi fokus utama untuk menyampaikan mesej sesuatu kempen. Boleh je guna props tapi jangan sampai props cover brand produk campaign. Latar belakang gambar secantiknya warna yang plain, kosong tanpa corak dan pilih warna yang senada, maknanya tak banyak warna dalam satu gambar yang menenggelamkan brand. Kita ni bukan menjual tetapi menyampaikan product awareness kepada pembaca. Gituuu ...


Image result for anajingga
Althea Petal Velvet Sunaway 


Dalam artikel penerbitan juga hati-hati jangan terlalu over claimed produk. Pandai bermain dengan kata-kata agar kita tidak memperdaya pembaca. Gunakan ayat yang lebih santai dan bersahaja. Contoh ? Kalau untuk skincare misalnya, ceritalah ia berdasarkan penggunaan kita selepas beberapa hari ... Bermakna kita bukanlah pengguna tegar produk kan, kerana biasanya blogger akan review skincare lain pula dalam entri akan datang. Jadi ambil langkah selamat, dan perlu juga diingatkan dalam sebulan tu jangan lah buat 3 review produk yang sama skincare misalnya, ambil masa jarakkan review. Skincare pun sekarang ni kena pilih juga yer.. Pastikan ia tidak yang terlarang, tapi sekarang semua blogger bijak dah bab ni. Jangan lupa juga berikan pautan sumber rujukan yang kita perolehi untuk terbitan, contoh kink FB atau laman web client.





Untuk review percutian, hotel dan sebagainya lebih menarik cerita kan pengalaman staycation kita, dan apa yang pembaca nak tahu tentang penginapan tersebut, anggap kita sebagai pencari maklumat tu, apa yang kita nak tahu bila nak bercuti, contohnya kedai makan sekitar, parkir kenderaan, disediakan sarapan atau tidak, mesra kanak-kanak dan sebagainya. Senang je tu.


review shawl Sofea Rose 


Untuk press release lagi senang, tapi jangan lah copy paste sebijik. Jadikan ia entri kita sendiri, mukadimah tu gunakan ayat kita sendiri kemudian masukkan press release kerana fakta yang ingin di sampaikan kita tak boleh ubah, akhirnya buat penutup ayat kita sendiri. Barulah menarik. Perlu jelas bahawa terbitan sebuat iklan (advertorial) dan review adalah dua penyampaian yang berbeza. Iklan bila kita post fakta dan gambar yang dibekalkan client tetapi review adalah satu tulisan pengalaman blogger itu sendiri dengan gambar dari blogger sendiri berdasarkan kehendak client. Ada juga ana terbitkan advertorial sahaja tanpa review. Contoh macam agensi pelancongan, laman web client, malahan produk juga. 




Okaylah setakad ini sahaja yang terlintas di fikiran untuk ana kongsikan. Yang baik jadikan panduan yang tak betul tu abaikan sahaja naa!! Sekadar sebuah perkongsian pengalaman sahaja coretan ni tak ada yang secara teknikal pun kerana ana sendiri pun masih belajar menyusuri pengalaman. Namun jangan lupa pada niat asal kita memilih untuk menjadi blogger, pastikan selang seli entri review dengan entri-entri personal kita agar blog kita dengan kisah kita, bukan sebuah pasaraya iklan. Barulah blog anda di kenali sebagai satu jenama. Tulislah apa sahaja mengikut cara kita , kerana kita lah tuan tanah blog tersebut dan entri review hanyalah satu slot selingan sahaja. Mudah untuk kita kompilasikan semua terbitan review di bawah satu label untuk blog ( REVIEW  ) dan hashtag ( cth #advByAnajingga )  untuk socmed.

Dah nak pencen pun ada juga rasanya, namun rezeki tetap masuk dan tak sampai hati pula nak menolak jika ia kempen yang sesuai dengan niche blog, sesuai denga apa yang nak di sampaikan dan tidak membawa kemudaratan buat insan lain. Banyak faktor yang perlu kita jaga dalam sesebuah terbitan, jaga aurat sebaiknya, jaga tulisan agar tidak terlibat aib orang lain, jangan ada unsur penipuan dan jauhi unsur-unsur fitnah akhir zaman. In Shaa Allah.. semoga setiap huruf yang kita taip ada kebaikannya. Aamiin.

~ Blog kita ikut cara kita sendiri mencorakkannya. 
Semoga bermanfaat ~

36 Comments

  1. Terima kasih kak ana untuk tips dan nasihat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak kongsi tips..

    ReplyDelete
  3. Oo kak Ana..thanks for sharing ye. Sy ingatkan press release tu kita tak boleh ubah pun. Rupanya boleh je but ayat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Cik T ikut kemahuan client juga tapi selalunya kak ana lebih suka jadikan sebuah penceritaan sendiri :)

      Delete
  4. Perkongsian yg bagus.. Tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama mommy semoga bermanfaat in shaa allah

      Delete
  5. Tips yg berguna. Tq kak ana :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih tips ni Kak Ana :)

    ReplyDelete
  7. wow good tips ana. tq for sharing

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang sangat bagus.. tq kak ana..

    ReplyDelete
  10. bagusnya kak ana bagi tips ni. thank you, boleh lah saya dapat ilmu hari ni. tq sangat-sangat. sangat membantu

    ReplyDelete
  11. wow..harap dengan berkongsi tips ni rezeki kak Ana makin murah. Saya belum pernah dapat pinangan review produk lagi. Kalau dapat kena datang balik sini baca tips. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. In shaa Allah Sal ada rezeki nanti ada nanti tu, rajin-rajin gak aktif di FB dan join group2 blogger di FB kay :) Rindu Sal.. lama tak muncul kat sini kan :)

      Delete
  12. Nice tips K. Ana untuk mereka yang nak berjinak-jinak buat duit dengan blog.
    Setuju tu niat asal nak berblog tu jangan lari.
    Mrs. A pun sebenarnya lebih suka baca kisah personal daripada iklan hahahaaa...

    ReplyDelete
  13. Tips yang amat berguna sekali kak... Thanks alots, kerana ini boleh dijadikan panduan untuk saya jugak, yang kadangkala melalut ke laut jugak.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe kita saling berkongsi apa yang baik kan shikin :)

      Delete
  14. Terbaiklah Kak Ana, banyak lagi yang saya perlu belajar. Terima kasih atas perkongsian. Saya akan cuba untuk memperbaiki penulisan lagi.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih pengkongsian ni

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...sedikit sebanyak ada benda yg nieyl belajar dr entry ni...Tq sis AJ ♥

    ReplyDelete