Macam sebelum-sebelum ni lah kan, bila sahaja kawan-kawan sekolah ana yang berada di mana-mana negara duk hantar foto-foto bunga yang cantik-cantik ni, ana pasti nak kongsikan semula dengan pembaca www.anajingga.com . Sharing is caring kan tapi mestilah ana dapatkan keizinan depa terlebih dahulu. Kali ni kiriman foto-foto dari bekas rakan sekelas ana di tingkatan 4 dan 5 sains 1 , HMSS Teluk Intan dahulu, Jeff Tan.




Melalui group whatsapp sekolah, JT kirimkan beberapa keping foto keindahan bunga-bunga yang sedang berkembangan di Flower Dome, Gardens By The Bay , Singapura . Jeff sekarang menetap di sana. Hasil carian dari laman web gardensbythebay.com , sekarang ni sedang berlangsungnya pameran bunga bertemakan  Tulipmania Floral Display. Bermula dari 12 Apr - 20 May 2019 setiap hari pada 11.00am & 3.00pm, (2.00pm – 5.00pm pada 20 – 21 April, dan 4, 5, 18 & 19 May) .  Dan kata Jeff lagi, pameran bunga-bunga disini akan bertukar tema pada setiap suku tahunan. Empat bulan sekali agaknya kan. Ada bayaran masuk di kenakan dan korang kenalah layari laman web www.gardensbythebay.com.sg untuk keterangan lanjut kay.



Subhanaallah cantik sangat kan. Memandangkan hari ni hari Rabu dan ana pun tak banyak nak ulas cukup sekadar kita melihat keindahan warna-warni bunga yang mekar dengan indahnya di sini melalui entri Wordless Wednesday sahaja. Cantik kan :) 


















Kredit gambar-gambar dan thank you so much my old friend Jeff Tan, Singapore.

8 Comments

  1. Cantik3 bunganya
    Indah2 gambarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar kiriman kawan lama WP, henpon mahal la tu kan hehe lawa gambarnya :)

      Delete
  2. Cantiknyaaa bunga2 tu. Seronok kalau rumah kita dikelilingi bunga2 segar macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan AF.. bagai di alam khayalan je kan hehe :)

      Delete
  3. Cantikka Tulip...rasa ralit asaja bila tengok bunga-bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. cantik sangat setiap kuntumannya kan fida :)

      Delete
  4. Cantiknya... Dari dulu saya suka tengok cara Singapura siagakan landskap diaorang. Dalam banggunan penuh dengan kehijauan. Semua pokok segar. Orkid dimana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Mala, landskap di sini dikatakan berubah tema setiap empat bulan..

      Delete