Cara kukus pulut kuning
Sabtu lepas sekali lagi ana balik ke kampung halaman di Teluk Intan. Kali ni balik untuk kami sekeluarga mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil buat salah seorang mak saudara ana yang akan berangkat menunaikan umrah ke tanah suci. Wan, Alhamdulillah terpilih sebagai tetamu Allah swt di bawah tajaan Andalusia Travel di mana namanya telah di berikan oleh pihak jabatan Kebajikan Masyarakat, Teluk Intan. Inilah rezeki namanya dan segala percaturan Allah swt adalah yang terbaik buat hambaNya.
Kami tidak lah mengadakan kenduri tetapi majlis ini kami sepakat untuk mengadakannya secara potluck di mana ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran sekampung membawa juadah masing-masing untuk sama-sama dinikmati selepas bacaan Yaasin dan tahlil. Alhamdulillah mencurah-curah rezeki dengan pelbagai juadah yang di bawa dan kami tuan rumah sekadar menyediakan pulut kuning , rendang ayam dan kari telur. Lain-lain semua di bawa oleh anak-anak saudara wan dan jiran-jiran sekampung. Terima kasih semua.
Pagi tu, ana membantu mak menyediakan rendang dan pulut kuning. Mak kata nak kukus pulut kuning dalam 4 kilo. Banyak tu. Blogger kan, semua benda pun nak ambil gambar dan dijadikan entri. Kali ini ana nak share dengan korang cara kukus pulut kuning, kut kut lah ada yang tahu kan.
Cara masak dan kukus pulut kuning
Bahan-bahan :
Pulut
Serbuk Kunyit
Daun pisang sebagai alas kukus
Santan pekat
Secubit garam
Cara mengukus pulut kuning
~ Ini versi mak ana lah ye, yang ana sendiri selalu guna pakai. Pulut direndam semalaman di dalam serbuk kunyit untuk menjadikannya berwarna kuning la kan dan juga memudahkan dan mempercepatkan proses mengukus.
~ Alas kukusan dengan cebisan daun pisang agar butir pulut tidak jatuh ke dalam air kukusan.
~ Isikan beras pulut kuning di dalam kukus dan kukus sehingga lembut dalam 30 minit macam tu.
~ Bila dah lembut beras pulut dah masak, angkat dan tuang ke dalam talam dan sejukkan seketika.
~ Sementara itu didihkan santan bersama secubit garam.
~ Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas pulut kuning dan gaul sebati sehingga terasa lemak santan pada pulut.
~ Kemudian masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 15 minit untuk menjadikan santan dan pulut cukup mesra kata mak ana, hehe :)
~ Matikan api dan boleh lah di hidangkan bersama rendang atau kari telur.
~ Selamat mencuba.
6 Comments
sedapnya pulut kuning kak ana..:)
ReplyDeletekann cik nor, makan dengan rendang atau kari telur hehe :)
DeleteNenek Yea mmg suka makan pulut kuning ni. Hehe
ReplyDeletekak ana pun suka Yea :)
DeletePulut kuning memang sedap makan bersama rendang.. nyum nyum
ReplyDeletedapat pulak rendang kerang Fiza sedapnya lahh :)
Delete