CITARASA 2 SEMPADAN DI BUFFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM
Dah tak sampai dua minggu lagi kita bakal berada di bulan yang mulia Ramadan Kareem 1440H. Persediaan kita dalam menempuh bulan yang penuh dengan ganjaran pahala ini pastilah telah siap sedia kan dari segi mental dan fizikalnya. Semoga Ramadan kali ini akan lebih baik dari segala aspek dunia dan akhirat. Kedatangan Ramadan juga hadir dengan salah satu nikmat yang amat di syukuri iaitu nikmat ketika berbuka puasa ataupun iftar Ramadan. Alangkah seronoknya sekali sekala kita berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pelbagai sajian yang sedap-sedap. Pastilah kisah buffet Ramadan lah kan, dan kali ini ana nak kongsikan dengan pembaca satu lagi venue dan menu-menu lazat bertemakan Citarasa 2 Sempadan masakan Malaysia dan Thailand di Laman Kayangan, Shah Alam.
BUFFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM
Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.
Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 15 Mac 2019 ( 08 Rejab 1440H ) bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.
Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.
Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal tanahair iaitu Adriana Adnan. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh menghubungi
En Azahari
019-2331351
Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973
Follow di Facebook:
Instagram:
Harga Buffet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam 2019
Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas
Harga Normal
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas
Pakej Korporat
BELI 50 MEJA
PERCUMA :
5 MEJA
5 PAX
5 SETTING MEJA VIP
500 CENDERAHATI ISTIMEWA
5 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.
BELI 40 MEJA
PERCUMA :-
4 MEJA
5 PAX
4 SETTING MEJA VIP
400 CENDERAHATI ISTIMEWA
4 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA
BELI 30 MEJA
PERCUMA :-
3 MEJA
5 PAX
3 SETTING MEJA VIP
3 HAMPER RAYA
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA
BELI 20 MEJA
PERCUMA :-
2 MEJA
5 PAX
2 SETTING MEJA VIP
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA
BELI 10 MEJA
PERCUMA :-
1 MEJA
5 PAX
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem 1440H
dari Laman Kayangan,
Shah Alam.
#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam
#lamankayanganshahalam #ramadan2019
2 Comments
WOW Meriah nmpk kak ana... sedap2 plak tu.... sib baik jauh kalau dekat mau awa terjah juga
ReplyDeletemeh Awa datang Shah Alam untuk iftar nanti :)
Delete