Kalau korang pengunjung setia di blog picisan ana ni, pasti pernah terbaca dua tiga entri ana bercuti di sekitar Kuala Lumpur ni sahaja. Bukan apa, selalunya bila adik beradik datang dari kampung, depa suka jalan-jalan makan angin, makan-makan di tempat-tempat yang viral di sekitar bandaraya Kuala Lumpur ni, jadi kalau kami keluar tu seharian la jawabnya. Dan bila dah penat, terus sahaja menginap di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur, esoknya sambung semula berjimba dengan famili. 




Hotel-hotel di Kuala Lumpur ni tak lah mahal pun kalau nak menginap, masih di bawah bajet mampu bayar kata orang, yang penting kita kena lah tahu hotel mana yang bersih, selesa dan mempunyai kemudahan yang lengkap serta staff yang awesome. Berbayar kut, tak kan nak stay di hotel yang menyakitkan hati pula kan. Selalunya ana akan baca dahulu review dari penghuni yang pernah menginap baharulah berani nak stay di mana-mana hotel dan ana sendiri akan review kalau hotel tu tip top untuk memberikan gambaran kepada bakal penghuni yang akan datang, sharing is caring kata mat salleh. 



Hotel 99 Sri Petaling


Kali ini ana nak bercerita dengan korang, kalau lah korang sedang tercari-cari penginapan hotel di sekitar Sri Petaling atau Bukit Jalil, ana cadangkan korang boleh lah menginap di Hotel 99 Sri Petaling, Kuala Lumpur. Semua orang tahu kan Sri Petaling ni ada stadium dan komplek sukan Bukit Jalil di mana sering berlangsungnya acara-acara berprestig dan juga konsert-konsert, haa.. Hotel 99 Sri Petaling ni mudah di huni kerana ianya berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan sebagainya.  

Hotel ni betul-betul berada di Sri Petaling di kawasan neighbourhood yang cun. Cuma lebih kurang 2 km dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan atau TBS. TBS ni ada banyak servis, korang boleh ke mana sahaja dengan naik public transport termasuklah bas, LRT dan Komuter. Satu Lembah Klang pun korang boleh jalan-jalan. Tapi nak tahu apa yang lagi best? Ada stesen LRT yang lagi dekat iaitu Stesen LRT Sri Petaling dan Bukit Jalil. Dalam 900m jer kalau nak ke Stesen LRT Sri Petaling so modal dia jalan kaki, payung atau topi. Senang kan… Korang kalau nak cari rate yang terbaik cuba search cheap hotel 99 Sri Petaling booking di google nanti.




Servis kat Hotel 99 Sri Petaling ni  memang tiptop, dari receptionist dia hinggalah ke room service. Layanan yang memang akan buatkan korang puas hati laa. Nampak macam exaggerate kan tapi tu fakta. Kalau tak caya korang boleh cek review dari orang yang pernah stay sana. Kenapa ana nak sharekan pasal hotel kat KL ni? Yela bukan semua orang nak bercuti di luar KL, ada juga yang dari luar KL nak merasa juga bercuti di dalam KL. Macam ana dan famili lah, kalau stress sangat bajet pun ciput, cuti-cuti dalam KL pun dah happening dah kan. Bila bajet lebih baharulah kami travel jauh sikit. 

Untuk korang yang bawak kereta pulak no worries, parking ada disediakan. Bab makan pulak, kat Hotel 99 Sri Petaling ni ada restoran. Untuk breakfast, lunch sampailah ke dinner ada pelbagai menu yang di sajikan. Kalau rasa muak berdekatan ada juga gerai atau restoran makan so kat sini nak makan bukanlah satu isu. Nak lepak dalam bilik pun takde hal sebab ada room service.



Hotel ni ada bilik Superior Twin Room yang boleh muatkan 2 orang dan Superior Family Room yang boleh muatkan 4 orang. Dalam bilik confirm-confirm ada TV so takdelah boring untuk orang zaman sekarang kan yang mesti kena tengok TV kot-kot ada berita terkini yang mendebarkan ke. Tapi jangan risau, wifi pun ada, korang takyah risau kalau data dah habis. Selain tu, ada shower, fridge, meja dan in-safe box untuk letak barang berharga. 







Hotel ni juga ada service laundry untuk  yang nak basuh baju cepat atau dry cleaning.Kalau tertinggal berus gigi kat rumah, boleh pergi kedai yang nearby, sebab memang ada kedai. Duit cash tak de pun tiada masalah sebab ATM pun dekat. Haa senangkan.




So apa tunggu-tunggu lagi? Pengalaman bercuti dengan harga yang murah dan berpatutan di dalam KL, book hotels in Sri Petaling seawal possible sebab akan ada offer yang menarik nanti. Jangan terlepas tauu…



 Selamat cuti-cuti Kuala Lumpur naa!! 

2 Comments

  1. Wah fasiliti semuanya cukup. Okay sangat dah ni kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kalau dah tahu kan Kinah mana tahu sesat ke Sri Petaling kita dah tahu hotel mana nak stay :)

      Delete