Kari sayur dan ayam goreng berempah menu tengahari pembuka selera
Dilema mak-mak di rumah antaranya ialah untuk menyediakan menu makan tak kiralah dari sarapan, makan tengahari sampailah ke malam hari. Pening kan duk fikir nak masak apa hari ini ? Sebab tu ana suka kalau rakan-rakan FB misalnya share menu-menu masakan mereka, secara tak langsung memberi sedikit sebanyak idea untuk kita pula memasaknya bila dah cukup bahan. Ubahlah persepsi negatif yang kononnya bila orang upload gambar makanan tu riak, menunjuk dan sebagainya. Boleh sahaja kita ambil dari sudut yang baik-baik, semua pun terpulang pada hati masing-masing untuk penerimaannya, kan.
Hari ini ana nak kongsikan dua menu makan tengahari kami sekeluarga baru-baru ini, dua-dua bertema kan kari.. Haaa ala-ala menu makan kat kedai nasi kandar gitu, kan. Sedap juga sesekali tukar selera. Ana masak kari sayur di makan dengan ayam goreng berempah. Jomm...
Resepi kari sayur
1 peket serbuk kari daging Mak Siti
Ubi Kentang
Kacang bendi
Lobak merah
Tomato
Ikan bilis
Air asam jawa
Bawang merah
Bawang putih
Santan
Garam
Cara masak kari sayur :
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan serbuk rempah Mak Siti .
- Bancuhkan dengan sedikit air asam jawa supaya rempah sebati.
- Panaskan minyak dan tumiskan rempah hingga pecah minyak.
- Masukkan kentang yang di belah empat bersama lobak merah.
- Masukkan ikan bilis yang di kopek. Gaul sebati.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih.
- Bila dah mendidih baharulah masukkan kacang bendi dan juga tomato.
- Rasakan dengan garam dan matikan api sedia untuk hidangan.
Ayam goreng berempah :
Resepi ayam goreng berempah ni sama sahaja macam yang selalu di masak. Perapkan sahaja ayam yang dah dibersihkan bersama bawang merah, bawang putih, serai yang di hiris halus dan di tumbuk. Juga perapkan dengan jintan manis, rempah kari daging Mak Siti, serbuk cili, daun kari ,garam, kunyit secukup rasa. Gorengkan di dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana agar masak sempurna.
Begitulah menu makan tengahari kami ,Alhamdulillah rezeki yang amat di syukuri. Boleh lah nak cuba nanti kay, mana tahu bertambah selera makan kita sekeluarga dengan menu kari kali ni.
16 Comments
Ayam goreng berempah sedap tu kak ana.
ReplyDeletehehe seap juga Kinah sekali sekala makan :)
DeleteSedapnya, kena betul ayam berempah dengan kuah kari
ReplyDeletetuu la menu ala-ala nasi kandar gitue mama :)
DeleteAlhamdulillah, sedapnya menu tengah hari
ReplyDeleterezeki yang di syukuri..alhamdulillah
Deletewahhhh. sedap ni :)
ReplyDeletejemput makan ejulz hehe :)
Deleteayam goreng berempah tu bahaya kak..boleh bertambah nasi..
ReplyDeletehaha bahaya ye PC :) makan panas-panas lagi sedap kan :)
Deletemak aiii kak, kombinasi peberet linda ni kak, menambah nasi jwapannya hehehe
ReplyDeletehehe boleh linda masak time cuti nanti ni :)
Deletemama tak penah try lagi kari sayur.. rare
ReplyDeletelebih kurang masak kari dhal mama, cuma kak ana tak letak kacang dhal sahaja ni :)
Deleteni dengan nasi panas2 pun da trangkat da ni =D
ReplyDeletetuuu diaaa CT kena sangat dah , tapau ayaq sirap sekali :)
Delete