Mari mengulangkaji perisitwa Israk Mikraj
Hari ini 27hb Rejab 1440H merupakan tarikh memperingati berlakunya salah satu peristiwa agung umat Islam yang wajib di ketahui akan rentetannya. Pada 27 haribulan Rejab menurut kalendar Islam, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah , berlakunya perisitwa Israk Mikraj. Sebagai seorang yang bergelar Muslim kita perlu tahu dan perlu mengingati kisah perjalanan baginda Rasulullah saw ketika terjadinya Israk Mikraj sebagai salah satu mukjizat Nabi saw. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah anugerah Allah kepada Rasulullah SAW setelah berlakunya kematian dua insan yang amat bermakna dalam hidup Baginda iaitu Ummu Mukminin Saidatina Khadijah r.a. isteri Baginda yang amat dicintai, dan Abu Thalib bapa saudara yang menjaga Baginda sejak kecil.
kredit poster : Nur El Hikmah |
Israk bermaksud perjalanan malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula bermaksud perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ketujuh sehingga Sidratul Muntaha. Perjalanan ini berlaku secara jasad dan roh Rasulullah SAW dengan diiringi oleh Malaikat Jibril a.s. Kita diwajibkan beriktikad dan menyakini dengan sepenuh hati bahawa israk dan mikraj adalah benar-benar berlaku kepada Baginda SAW.
Dalam perjalanan Israk, terdapat pelbagai petunjuk yang muncul yang kebanyakannya adalah petunjuk kepada amalan yang perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan umat Islam. Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah telah ditahan oleh seorang perempuan tua yang terbongkok-bongkok serta uzur, yang ingin bertanyakan sesuatu. Malaikat Jibrail menjawab yang gambaran wanita itu adalah gambaran usia dunia pada ketika itu.Bayangkanlah pada ketika itu begitu tua sudah usia dunia apatah kita yang kini hidup di akhir zaman yang kian menghampiri.
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Apa yang lebih penting ialah untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut . Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan kebesaran Allah swt yang melakukan apa sahaja walaupun ianya di luar kemampuaan pemikiran kita hambaNya yang kerdil yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah swt dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Apa yang ana kongsikan disini adalah secara umum dan ringkasannya sahaja. Rujuklah mana-mana risalah atau laman web yang banyak bercerita mengenai peristiwa Israk Mikraj dengan lebih mendalam lagi. Tambahlah ilmu dan pengetahuan kita sebagai hambaNya yang sentiasa mencari keredhaan Allah swt dan beriman kepadaNya. Ambil pengajaran dari penceritaan peristiwa agung ini sebagai panduan untuk menuruti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Kredit buat pemilik poster-poster di atas dan rujukan sumber :
i) https://iluminasi.com/bm/jom-fahami-asas-peristiwa-israk-dan-mikraj-secara-mudah.html
ii)https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%EF%B7%BA/
4 Comments
Salam Israk Mikraj
ReplyDeletesemakin menghampiri Ramadan Kareem kita WP, In Shaa Allah
Deletesejarah islam yang menarik untuk didengar. tak jemu jemu =)
ReplyDeletebetul tu CT kena selalu ulangkaji agar tidak hilang dari ingatan, In shaa Allah
Delete