Dengan izinNya, Ramadan 1440H bakal hadir menjelma dengan seribu keindahan dalam amalan dan ibadah. Bermula dari waktu sahur sehinggalah tibanya saat berbuka puasa, dilanjutkan pula dengan ibadah-ibadah terawih dan sebagainya, semua itu akan mengembalikan nostalgia kita ke desa tercinta bersama ayah bonda sanak saudara. Bagi ana lah yang membesar di desa, bulan Ramadan terlalu rindu akan memori indah dengan kisah-kisahnya yang teramat berharga. Namun kini Ramadan harus di tempohi di negeri perantau, di situ takdir rezeki kami namun yang pasti Nostalgia Sajian Desa ketika sepanjang Ramadan akan tetap menjadi idaman khasnya di waktu berbuka puasa atau iftar. 




Mengambil tema ini lah Restoran Rebung Dato Chef Ismail menjanjikan sajian berbuka puasa atau buffet Ramadan 2019 dengan pelbagai menu masakan ibunda yang pasti mengamit nostalgianya. Setiap menu ada kisah silam yang mengingatkan kita pada keindahan dan keenakan masakan ibunda. Dan bila rindu menggamit jiwa, moh kita ke Restoran Rebung , Kuala Lumpur menikmati air tangan Dato' Chef Ismail bersama rakan-rakan beliau menghidangkan resepi ibunda Nostalgia Sajian Desa



Buffet Ramadan 2019 Restoran Rebung, Kuala Lumpur 




Sebut sahaja Dato' Chef Ismail, Chef Florence Tan dan lain-lain lagi pasti kita akan teringat menu-menu masakan Melayu tradisional ataupun sajian Baba dan Nyonya. Untuk ana yang pertama kali menikmati air tangan chef-chef ternama tanahair ni bagaikan satu impian jadi kenyataan. Memang sedap kena sangat dengan selera Melayu ana yang tebal ni. Dari menu sajian makan nasi, hidangan pembuka selera seperti nasi kerabu, juadah pencuci mulut turut menyajikan menu-menu tradisional sajian desa yang menggamit nostalgianya. 




Tak payah membebel panjang mari ana sajikan dengan antara juadah-juadah yang boleh kita nikmati sepanjang Ramadan nanti yang pasti penuh citarasa dan keenakan masakan tradisional asli di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Masuk sahaja di ruang legar utama kita telah di sambut dengan pelbagai lauk pauk, ulam-ulaman, pelbagai kerabu yang enak di gandingkan pula dengan sambal-sambal yang memukau selera pastinya. 








Sebut sahaja menu-menu seperti daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas, telur itik masak lemak semua itu antara sajian utama di Restoran Rebung. Tak cukup dengan menu-menu tradisional lama turut tersaji aneka ikan dan ayam ,sayur-sayuran kerabu, pajeri , ulam-ulaman dan macam-macam lagi lah. 












Masyaa Allah.. tak ada yang tak menggamit nostalgia sajian desa kan, semuanya bagai melambai-lambai kita untuk kembali menikmatinya bersama keluarga tercinta. Namun jangan risau sementara nak pulang ke kampung halaman, apa kata kita nikmati dahulu sajian ibunda ini di Buffet Ramadan 2019 di Restoran Rebung, Kuala Lumpur








Paling ana teruja ketika di sini ialah aneka sajian kerabu antaranya kerabu mangga, kerabu kerang, kerabu kacang panjang dan tak lupa juga sambal tempoyak pucuk ubi tu. Ermmm... Kena sangat lah makan pula dengan kerabu dan ikan patin masak tempoyak. Allahu.. nikmat yang amat di syukuri. Alhamduillah. 


Sajian pencuci mulut di Buffet Ramadan Restoran Rebung 





Mengambil amalan sunnah kita mulakan iftar dengan buah kurma dan juga makanan yang manis-manis. Kalau di sini pastilah pilihan menu pencuci mulutnya kan. Mengikut tema Nostalgia Sajian Desa, Restoran Rebung menghidangkan kita dengan menu-menu tradisi lama dan baharu yang cukup rasa lemak manisnya. Siapa tak teruja dengan pelbagai bubur, serawa durian yang di makan bersama pulut  dan pengat pisang, kuih muih Melayu lama seperti sagu gula melaka, seri muka, kuih talam, lopez, puteri ayu, tepung pelita dan macam-macam lagi lah. Pendek kata fikir sahaja kuih tradisi lama, In Shaa Allah ada di Restoran Rebung ni. 














Korang nak tahu apa yang ana dan suami paling enjoy nikmati disini... Cer, tengok kat bawah ni.. Haha!! Lempeng kelapa cicah dengan sambal tumis, ubi kayu rebus, sagu gula melaka dan serawa durian di makan bersama pulut. Perghhh!! Tak ingat punya lazatnya menu-menu sajian nostalgia kita ni kan. 












Restoran Rebung, Kuala Lumpur juga menjamu selera pengunjung dengan buffet Ramadan dalam konsep stall di mana menu masakan di masak dan di hidangkan panas-panas. Antaranya Murtabak daging dan ayam, ikan bakar, cucur udang, sup tulang, laksa, laksam, rojak buah, pulut kuning dan rendang tok, pecal, gulai kawah, nasi kerabu, minum-minuman sejuk dan panas, roti jala, ubi rebus popia, mee goreng dan macam-macam lagi lah yang ada. 

















Amacam.. dah terlintas tak nak berbuka puasa atau iftar di Restoran Rebung sempena Buffet Ramadan 2019 ni. Bukan setakad sajian yang meraikan Nostalgia Sajian Desa, suasana dekorasi sekitar Restoran Rebung juga menambahkan lagi keindahan suasana desa tercinta. 












Ruang makan yang amat selesa di Restoran Rebung yang mampu menampung sehingga 500 orang pada satu masa di  mana dibahagikan kepada beberapa ruang seperti Blue Room 20-30 pelanggan, Red Room 70-80 orang, Green Room 110-120 orang, Stage Area 120-130 orang, Yellow Room 50 orang dan Anjung sehingga 70 orang. Ruang surau lelaki dan perempuan yang selesa dan luas juga disediakan yang boleh menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Jangan tak solat pula ye ketika iftar di sini nanti, surau nya cukup bersih dan selesa ketika ana menggunakannya untuk solat Maghrib di sini. Ruang parkir pun banyak di sini tak perlu risau kay. 




Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan akan di alunkan dengan irama Ghazal oleh kumpulan Ghazal Sri Nuansa, sambil menjamu selera sambil mendengar alunan irama Ghazal yang penuh nostalgia dan mengusik jiwa. Haa.. dah nampak menu-menu berselera di Buffet Ramadan 2019 Restoran Rebung ni apa tunggu lagi, jom buat tempahan awal sebelum berkunjung dan butirannya ada ana berikan di bawah ini : 

Harga Buffet Iftar @ Restoran Rebung Chef Ismail - Taman Botani Perdana

Dewasa RM 84.80 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun) RM 53.00 nett


Pakej Buffet Ramadan Restoren Rebung akan berlangsung sepanjang bulan puasa dari 6 Mei hingga 3 Jun 2019. Untuk tempahan berbuka puasa beramai-ramai / private function / Rumah Terbuka atau reservation meja boleh hubungi : 



Cik Lina : 019-344 3428

En Hafiz : 017-778 7895

En Fahmi : 018-989 4103


Restoran Rebung beralamat di : 

Restoren Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, 
No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur

No telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525


Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Waze : Restoran Rebung Dato Chef Ismail 


Selamat menyambut Ramadan Kareem 2019 

6 Comments

  1. Maknanya tak lama lagi nak mula puasa

    ReplyDelete
  2. Menarik kan Ana suasana kat sini, makanan pun nampak sedap belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Sue Alhamdulillah kena dengan selera kita selera kampung ni :)

      Delete
  3. perghh macam balik ke zaman silam dulukala ni... masakan melayu pure!! suka suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat Awa kalau rindukan suasan iftar di desa boleh lah ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail ni :)

      Delete