Aurat antara muslimah dan wanita bukan Islam
Sesuatu bab yang sangat menarik yang ana jumpa dari perkongsian ilmu Instagram @drzulkiflialbakri Mufti Wilayah Persekutuan yang ingin ana kongsikan semula di sini. Bab aurat antara kita wanita Muslimah dengan wanita yang bukan seagama iaitu wanita bukan Islam.
Dari penjelasan tentang batas aurat di bawah jelas penyataan dari Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa " Perlu di pelihara aurat sesama perempuan, sekalipun perempuan bukan Islam, supaya ianya tidak membawa fitnah dan tidak menjatuhkan maruah perempuan Muslimah ".
kredit poster IG @drzulkiflialbakri |
Memetik satu lagi petikan yang ana perolehi dari https://www.tanya-ustaz.com/akhlak/batas-aurat-wanita-dengan-wanita-bukan-islam/112
Para ulama berbeza pandangan tentang batas aurat wanita muslimah di hadapan wanita bukan muslimah. Sebab perbezaan pandangan ini kerana berbeza cara faham mereka terhadap ayat dari surah al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:
Marfhumnya: “Dan jangan para wanita itu menampakkan perhiasan (aurat) mereka melainkan kepada suami-suami mereka…atau kepada para wanita mereka.” (al-Nur: 31)
Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan kalimah nisak (wanita) di sini antaranya:
1. Dimaksudkan nisak (wanita) muslimat sahaja.
2. Dimaksudkan kepada semua wanita sama ada muslimat atau bukan.
Pandangan yang lebih benar ialah harus wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan islam melainkan jika dibimbangi berlakunya keburukan yang lain seperti bimbang wanita bukan islam itu akan menceritakan cirri-ciri tubuh badan wanita muslim kepada lelaki ajnabi, maka pada ketika itu wajib menutup aurat tidak kira di hadapan wanita kafir atau wanita muslimah yang rosak akhlaknya.
Wallahu a’lam.
8 Comments
Nice info! Terima kasih :) Sangat membantu
ReplyDeletesemoga bermanfaat in shaa allah
DeleteTerima kasih kak perkongsian.
ReplyDeletealhamdulillah kita berkongsi pengetahuan yang di sampaikan :)
DeleteTq infonya kak Ana :)
ReplyDeletein shaa allah semoga bermanfaat
Deletesuper, mekaseh kak :D
ReplyDeletesalam
Fakhrezy
semoga bermanfaat in shaa allah
Delete