Alhamdulillah dengan izinNya , dua hari lagi kita bakal menjalani ibadah puasa dengan kehadiran bulan yang mulia, Ramadan Kareem 1440H. Ana yakin kehadiran Ramadan pasti di nanti-nantikan yang mana terlalu banyak tawaran ganjaran pahala untuk kita hambaNya yang masih diberikanNya kesempatan hidup ini untuk merebut setiap peluang dan ruang yang hadir. Berlumba-lumba lah kita mencari keredhaanNya dengan melakukan pelbagai ibadah dan termasuklah menunaikan rukun Islam ke lima pastilah menunaikan zakat. Marilah kita mengambil keberkatan Ramadan ini dengan melunaskan tanggung-jawab dengan membayar zakat.






Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan 


3 hb Mei 2019 , pagi Jumaat yang penuh berkat, ana berkesempatan menghadiri sidang media di Dewan Al-Qardhawi, Wisma PPZ-MAIWP, yang melancarkan kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan . Ia bertujuan untuk memberikan hebahan kepada masyarakat mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang di sediakan oleh PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan 2019, di samping keistimewaan dan kelebihan membayar zakat di PPZ-MAIWP.

Bertuah rasanya sekali lagi sidang media disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusof. Ingin ana kongsikan semula beberapa intipati yang dapat ana garapkan dari sidang media tersebut di samping satu slot lagi iaitu penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (SKIM THOHIR) kepada nama baharu dan logo baharu.




PPZ-MAIWP akan melakukan penjenamaan semula Skim Thohir ( Skim Potongan Gaji Zakat ) yang telah di gunakan selama 8 tahun  dengan memperkenalkan nama baharunya iaitu Skim Potongan Zakat Bulanan atau Skim PZB. PPZ-MAIWP merasakan sudah sampai masanya untuk mereka menjenamakan semula Skim ia agar lebih dekat dan relewan dengan para pembayar zakat. 




Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu " Memudahkan Anda Berzakat ", pelbagai saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bertujuan untuk memudahkan pembayar iaitu melalui penyediaan 10 kaunter PPZ-MAIWP yang beroperasi setiap hari bermula jam 8:15 pagi hingga 4:30 petang. Pembayaran zakat di semua kaunter PPZ-MAIWP boleh dibuat secara tunai, cek, kad kredit dan kad kredit perbankan Islam. 10 Kaunter tersebut 7 adalah di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan. Perkhidmatan yang di tawarkan adalah :

~ Menaksir / mengira zakat
~ Membayar semua jenis zakat termasuk fitrah
~ Mendapatkan salinan resit zakat
~ Menyemak rekod pembayaran zakat terdahulu
~ Mendapatkan borang kebenaran potongan gaji zakat




Zakat harta dan juga zakat fitrah boleh di tunaikan melalui portal PPZ-MAIW iaitu www.zakat.com.my . yang boleh dilakukan pada bila-bila masa 24jam sehari dan di mana-mana sahaja. Ia boleh mebuat bayaran semua jenis zakat termasuk zakat fitrah dan resit boleh di cetak secara terus, malahan boleh juga membuat semakan rekod bayaran zakat terdahulu.

Antara saluran lain yang turut di sediakan oleh PPZ-MAIWP adalah Kaunter Zakat Bergerak yang terdapat di beberapa lokasi sekitar Wilayah Persekutuan. Sehingga ke hari ini terdapat 4 buah van bergerak yang menyediakan kemudahan bayaran zakat sama seperti di kaunter zakat PPZ-MAIWP. Hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi di mana ia berada di talian 1 300 88 5757 .




Antara zakat harta yang di galakkan untuk di tunaikan sepanjang Ramadan ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Pelbagai cenderhati istimewa turut di sediakan oleh PPZ-MAIWP bagi setiap pembayaran zakat di bulan Ramadan ini seperti sampul raya dan juga terbitan buku Kit Ramadan dan Syawal bermula dari 1 Ramadan serta produk asnaf iaitu serunding bermula minggu ke 3 Ramadan, selagi stok masih ada lah kan, jadi siapa cepat rezeki dia lah yang bakal dapat memilikinya nanti.


Image result for skim kafalah muzakki ppz maiwp


Satu perkara lagi yang di maklumkan pada pagi itu ialah mengenai Perlindungan menerusi SKIM KAFALAH MUZAKKI ( Skim Khairat Kematian ). Setiap pembayar yang membayar zakat di PPZ-MAIWP akan dilindungi dengan skim ini. PPZ-MAIWP akan menyumbang RM 3000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar zakat tersebut meninggal dunia. Jumlah zakat minimum adalah RM 50 setahun.




4 Slot Santai @Ramadan - LIVE di FB PPZ-MAIWP akan bersiaran langsung selama 30 minit setiap Jumaat yang membicarakan persoalan zakat seperti kutipan dan agihan zakat serta pengisian kerohanian bersama ustaz-ustaz jemputan. Jom nanti kita ke FB Pusat Pungatan Zakat  . 

Turut dimaklumkan untuk Ramadan tahun ini PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan sebanyak RM110 juta meningkat daripada kutipan Ramadan 2018. Manakala bagi bilangan pembayar pula seramai 126,200 pembayar, peningkatan 15% daripada pembayar tahun 2018, In Shaa Allah. 




Selaras dengan itu, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita ini agar asnaf-asnaf ini dapat disantuni dan bergembira di hari raya Aidil Fitri seperti umat Islam yang lain, seiring dengan tema PPZ-MAIWP untuk bulan yang mulia ini iaitiu " Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan ".

8 Comments

  1. Berzakat dapat menyucikan rezeki yang kita perolehi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat2 WP zakat membersihkan harta dan pendapatan kita :)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih PH dah raya haji baru dapat balas komen hehe :)

      Delete
  3. terbaek.. semoga mendapat keberkatan :)

    ReplyDelete