Bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatannya. Pelbagai pihak yang tahu akan kelebihan Ramadan pasti berlumba-lumba membuat kebajikan untuk ganjaran pahala yang di tawarkan. Kaum Muslimin khasnya diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan dan menerima kebajikan apatah lagi di dalam memberikan kegembiraan buat mereka menjelang tibanya Syawal dan sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini.




Alhamdulillah, ana berkesempatan menghadiri satu majlis amal berbuka puasa bersama anak-anak yatim Selangor yang di anjurkan oleh salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Petang 4hb Ramadan yang lalu, bersamaan 9hb Mei 2019 berlangsung di Retro Cafe, Vivatel, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bersama suami dan beberapa rakan blogger. 




Vivatel Hotel telah mengimarahkan kehadiran bulan Ramadan dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih, Anak-anak Yatim Miskin Selangor. Ana tiba di perkarangan Retro Cafe seawal 6:30 Petang , Alhamdulillah tidak tersangkut lama dalam kesesakan trafik waktu warga kota berpusu-pusu pulang ke rumah selepas urusan kerja untuk sama-sama berbuka puasa bersama keluarga di rumah. 




Anak-anak yang di raikan di bawa masuk ke Retro Cafe dan disambut mesra oleh pihak pengurusan, kaki tangan hotel serta sebahagian pihak penaja dari WeHuman. Seramai 30 orang kanak-kanak comel ini merupakan tetamu VIP majlis petang itu. Serius memang comel-comel anak-anak ini dengan pakaian yang sedondon gitu.




Jelas terlihat kegembiraan di wajah anak-anak ini ketika sama-sama beratur mengambil pelbagai juadah buffet Ramadan di ruang Retro Cafe bersama tetamu yang lain. Macam-macam keletah manja dan comel dapat ana lihat dan sungguh tersentuh naluri keibuan betapa mereka adalah anak istimewa yang di beri tempat yang mulia di sisi Allah swt.




Mereka juga turut menghiburkan kami di majlis dengan mendendangkan irama qasidah yang menyentuh hati memuji kebesaran Nabi Muhammad saw. Majlis juga turut di sajikan alunan lagu dari Irene Catalina dengan dua buah lagu.






Menurut Pengurus Besar Vivatel hotel, Encik Nasir Ismail, majlis bebuka puasa ini adalah salah satu cara untuk mereka menunjukan keperihatinan kepada anak-anak ini terutamanya menjelang Hari Raya Aidil Fitri serta memberi keinsafan untuk kita semua sebagai insan di mana perlu saling bantu membantu terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kekurangan.




Sebenarnya mulai dari awal pagi lagi sebahagian sumbangan bahan mentah telah di agihkan terus ke rumah Jalinan Kasih. Untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri yang bakal tiba, Pengurus Vivatel hotel ditemani ketua jabatan masing-masing berserta kumpulan penaja dari WeHuman, mengagihkan pemberian saguhati berserta Duit Raya kepada anak-anak dan kakitangan hotel juga turut memberi sumbangan peribadi dengan menyediakan keperluan lain bagi meringankan beban yang di galas oleh pihak pengurusan rumah kebajikan ini. 




Program Majlis Berbuka Puasa ini merupakan program amal tahuanan anjuran Pihak Pengurusan Vivatel hotel Kuala Lumpur, dengan matlamat memperkasakan syiar dan muamalat Islam dalam mengimarahkan bulan Ramadan, yang merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggung jawab sosial korporat (CSR), Vivatel hotel Kuala Lumpur iaitu " IKHLAS MEMBERI ". 

Daripada 60 orang kanak-kanak dan remaja yang mendiami rumah Jalinan Kasih, 20 orang daripadanya adalah kanak-kanak yang ditempatkan atas sebab penderaan, di tinggalkan penjaga dan terapat juga beberapa ibu tunggal. 

Kepada sesiapa yang turut ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pihak pengurusan Rumah Kabajikan Jalinan Kasih bolehlah menyalurkan sumbangan kepada butiran yang ana berikan di bawah ini : 


PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH JALINAN KASIH
ANAK-ANAK YATIM MISKIN SELANGOR

Beralamat : 

Rumah Jalinan Kasih
Taman Megah, Batu 9, 
Cheras, Selangor.

Tel : 012-360 0276 
(Pengetua : Puan Norlelah Othman) 

2 Comments