Kek Cantik, Sedap Dan Murah Di Baiwago Plus Cafe

Bulan Mei ni penuh dengan sambutan hari-hari istimewa yang umum contohnya Hari Guru, Hari Ibu dan untuk ana pula pastilah ulang tahun perkahwinan kami yang juga dalam bulan Mei . Dan bila ada sahaja sebarang celebration pasti antara yang menjadi carian menu utama ialah kek lah kan. Sebab tu ada nya kek hari jadi, kek hari perkahwinan, kek majlis pertunangan dan ramai juga yang memilih kek sebagai hadiah Hari Ibu. 



Baiwago Plus Cafe 





Haa... bercerita tentang Hari Ibu ni, ana pun dah celebrate awal-awal sebab masa anak-anak balik cuti awal Ramadan yang lalu. Rezeki kali ini ana dapat hadiah istimewa dari Baiwago Plus Cafe sebiji kek comel design wajah mak-mak cun pakai spek. Sekali tengok macam sama je dengan ana kan, muka bolat pakai spek lak tu hehe. Cuma tak pakai tudung je kek tu kan. 






Something yang special dengan kek dari Baiwago Plus Cafe ini, walaupun ia jenama antarabangsa tetapi jangan risau kerana Baiwago Plus Cafe memiliki Sijil Halal. Baru lah senang hati nak berkongsi dengan pembaca semua kan, sebab sekarang ni kita perlu peka tentang produk-produk khasnya yang di makan. Ana dah pergi sendiri ke salah sebuah cafe Baiwago Plus yang terletak di SS2, Petaling Jaya dan ianya ada sijil Halal. 




Kek yang kami terima petang tu adalah plain vanilla cake dengan butter cream tetapi layer di dalam dengan buah-buahan peach dan mangga serta satu layer krim keladi yang mana satu kombinasi yang sedap dan segar sangat rasa buahnya. Menurut pekedai tu, kek akan di sediakan setiap hari dan untuk mengekalkan kesedapan dan kesegaran rasa, pelanggan di nasihatkan habiskan kek yang di potong dalam masa sahari. Betullah kan, sebab kalau dah potong dan simpan dalam fridge dua tiga hari kek akan menjadi kering dan tentulah tak segar di makan lagi. 




Image may contain: dessert and food

Kesemua kek di Baiwago Plus Cafe ini mempunyai signature design mereka sendiri dan sungguh cantik-cantik dan comel-comel sampai sayang nak makan kan. Harga pun di bawah RM100 dari serendah RM79 sebiji bersaiz 6" atau 8 " . Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar di bawah yang sempat ana ambil. 


















Bukan setakad kek sahaja, Baiwago Plus Cafe juga ada pelbagai jenis roti, biskut, pastries, sandwish dan coffee yang korang boleh nikmati di cafe ataupun di bawa pulang. 








Terdapat beberapa cawangan Baiwago Plus Cafe di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur seperti di bawah: 

Baiwago Plus Cafe KUCHAI LAMA 
No.2-G, Jalan 3/116B,
Kuchai Entrepreneurs’ Park,
Off Jalan Kuchai Lama,
Kuala Lumpur.
TEL: +603-2858 5281


Baiwago Plus Cafe PUCHONG
No.43, Jalan Kenari 17C,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor.
TEL: +603-8080 1848

Baiwago Plus Cafe KLIA2
L2-110, Level 2, Gateway@klia2, Terminal Klia2, Kl International Airport, Jalan Klia 2/1, 64000 Klia, Sepang.
TEL: ​+603-8787 8787


Baiwago Plus Cafe ECO SKY
Lot 28 Level 1, Batu 6 1/2,
Jalan Sultan Azlan Shah,
68100 Kuala Lumpur.
TEL: ​+603-6243 4977

Baiwago Plus Cafe SS2
No.39, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
TEL: +603-7865 3023
Dan untuk lebih keterangan lanjut korang boleh lah klik ke FB Page di 


Kek Cantik, Sedap Dan Murah Di Baiwago Plus Cafe Kek Cantik, Sedap Dan Murah Di Baiwago Plus Cafe Reviewed by AJ on May 09, 2019 Rating: 5

12 comments:

Powered by Blogger.