Petua cara hilang kurap pada kucing

Lama dah ana tak bercerita pasal anak bulus berdua kat rumah ni Icipan dan Ujir anak-anak si Tipah yang di tinggalkan selepas cuti Hari Raya tahun lepas. Maknanya dalam bulan Ramadan nanti, budak bulus berdua ni genaplah usianya setahun. Dan Si Icip atau Cholo , Adik Ika bagi nama Korea, dah pun pernah beranak beberapa bulan yang lepas. Lahir empat ekor satu warna oren tiga lagi sama design dengan depa juga lah. 




Tapi tak berapa lama tiga ekor mati satu demi satu. Ada yang sakit, ada yang jatuh masa si Cholo ni duk angkut ke hulu ke hilir last-last jumpa kat rumah jiran sebelah dah mati bawah mesin basuh dan satu lagi pun mati sakit juga tapi dah kena makan sebahagian badannya dengan kucing lain. Hat ni paling tragis. Akhirnya tinggallah seekor sahaja hingga ke hari ini. 

Yang sekor ni kami namakan Si Nopal je, sebabnya mata Si Nopal ni kabur sebelah. Macam ada selaput menutup mata sebelah kanannya tu. Tapi alhamdulillah dia sihat dan nakal ya amat hingga ke hari ini. Langsung tak boleh nak pegang belai dan main, tak sengap duduk. Bergerak 24 jam. Nakal betul si Nopal anak si Cholo ni.

Petua cara hilang kurap pada kucing 





Si Nopal ni memang tidur di luar rumah kat belakang dapur ana tu, sekali lah dengan Ujir dan Cholo. Pernah juga ana simpan dalam sangkar dalam rumah , bukan main bising dia nak bebas keluar, jadi ana lepaskan lah, tawakkal pada Allah swt. Setakad nak bagi makan dan minum serta tempat berteduh, itu sahaja yang termampu ana berikan. 

Mungkin sebab dia ni terdedah kat luar , telinga nya banyak tumbuh kurap. Kuping-kuping tebal jugalah. Ada ana ambil gambar telinga nya masa kurap tu masa nak cuba sendiri petua yang ana dapat dari mak ana ni, kat bawah. 

Ni gambar telinga Nopal masa berkurap 


Petua yang mak ana berikan untuk hilangkan kurap khasnya pada telinga kucing ni ialah dengan menyapukan telinga atau bahagian yang berkurap tu dengan lebihan minyak goreng ikan. Kan.. bila kita menggoreng ikan, ada lebih minyak tu , sejukkanlah seketika. Kemudian tekap dengan tisu dapur dan sapukan pada bahagian kucing yang berkurap tu. Lakukan setiap hari dan ana buat dalam seminggu, Alhamdulillah hilang lah pula kurap pada telinga si Nopal. Menjadi nampaknya petua mak ni.


Ni selepas seminggu licin dah hujung telinga Nopal 


Kuping-kuping kurap tu hilang dengan sendiri atau mungkin terjatuh kat mana-mana ketika dia menggaru-garu tu agaknya. Dan sekarang licin dah telinga Nopal dan bulu pun mula tumbuh semula. Ana rasalah kan, mungkin kesan tinggalan kunyit pada baki minyak goreng ikan tu menjadi penawarnya. Mudahkan, petua ni, sebab sebelum ni ana pernah tanya kat kedai Pet Shop, ubat hilangkan kurap ni pun harganya boleh tahan juga, sekitar RM70. Guna petua ni free je kan. Lagipun tak lah memudaratkannya atau ibunya kalau di jilat, sebab ianya cuma minyak masak perisa ikan goreng sahaja hehe. 

Jadi kalau korang ada anak kucing yang ada masalah kurap bolehlah cuba petua mak ana ni ye. Ana dah cuba sendiri baharulah berani nak shared dengan korang semua. In Shaa Allah kalau serasi tu menjadi nanti, kan Nopal anak Bahenol hehe :) 

Petua cara hilang kurap pada kucing Petua cara hilang kurap pada kucing Reviewed by Ana Jingga on May 01, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Tak sangka minyak lebihan goreng ikan tu boleh hilangkan kurap kucing ye kak

    ReplyDelete
  2. Petua ni memang dari dulukala lagi Ana. Dulu2 kita mana tahu pergi vet. Arwah tok saya rawat semua kucingnya yang berkurap dengan minyak goreng ikan yang suam. Berkesan mungkin kerana dalam minyak tu ada lebihan garam dan kunyit.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.