Alhamdulillah.. sekali lagi dengan izinnya kita berkesempatan meraikan keindahan fajar Syawal setelah selesai menunaikan rukun Islam ke 3 iaitu ibadah puasa sepanjang Ramadan. Tahun ni seperti sebelumnya selepas ketiadaan kedua mertua, kami sekeluarga merayakan Aidil Fitri di kampung halaman ana di Teluk Intan, Perak. Kini tanggung-jawab kami suami isteri adalah terhadap kedua mak dan abah ana sahaja lah. Mak pun tak berapa sihat dengan kesihatan lutut dan kakinya, pergerakan agak terbatas, mujur juga adik ana dan adik ipar dah balik awal-awal lagi beberapa hari sebelum raya untuk membuat persiapan dan mengemas rumah dan sekitarnya. 

Fajar Syawal yang dinanti muncul dengan seribu keindahan untuk kita sama-sama meraikannya dengan serba keseronokan. Selesai solat sunat Hari Raya di Masjid At-Taqwa, sessi bermaafan dan makan-makan lah kami. Ketupat dan lemang semuanya kami beli sahaja dan adik ipar ana masak rendang ayam, ana pula dengan arahan mak masak kari daging cincang dan rendang kepala sotong kesukaan adik ana. Mak sekadar mengarahkan masukkan itu ini dan semua bahan di sediakan oleh Kak Long dan Adik Ika, dan ana ni tukang masuk kan dalam kuali sahaja dan masak hingga selesai. Dalam tak larat tu pun bila kami kehabisan kelapa, mak siap kukur sendiri kelapa di belakang rumah tu. Tak bagi kami ke kedai sekadar nak beli kelapa parut tu. Itulah dia mak kan. 


Ketupat daun palas pulut hitam 



Ketupat daun palas pulut hitam 


Ketupat daun palas ni, adik ana order dari kawan sekolahnya dan berharga RM1 sebiji tapi saiz berlainan pula hehe. Ada yang kecil ada yang besar. Ya lah saiz daun palas kan tak sama. Yang uniknya ada 10 biji ketupat palas pulut hitam. Ini mak yang teringin nak makan, jadi kami order kan untuk mak. Sedap juga lah bagi peminat pulut hitam cuma tak boleh lawan keenakkan ketupat palas pulut biasa lah kan, itu memang lejen.

Lontong daun pisang 


Lontong daun pisang 


Hari kedua raya pula kami beraya ke rumah mak saudara ana we Midah. Satu lagi menu rare ana jumpa bila sepupu ana Nyah Nora hidangkan lontong original katanya yang di mana nasi impitnya di masak dalam daun pisang. Memang asli dan tradisional kerana bila di potong, nasi impitnya masih ada warna hijau daun pisang pada bahagian luarnya dan aroma daun pisang pula mengekalkan keasliannya. Sedap tau.

Apam manis bubur gandum 



Apam manis bubur gandum 


Dan hari raya ke empat dah jemu dengan menu raya, pagi-pagi ana dan suami ke Padang Speedy, Teluk Intan. Apa lagi kami cari apam manis cicah bubur gandum ler.. Kali ini ana try bubur campur pula, bubur kacang campur bubur gandum. Ermmm !!! Memang sedap. 

Sepanjang lima hari Syawal di Teluk Intan, Alhamdulillah kami menerima kunjungan saudara mara jauh dan dekat serta rakan-rakan. Kami juga sempat beraya ke kampung halaman sebelah arwah Tok di Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh. Ke rumah sepupu ana Ijah di Changkat Jong, rumah mak-mak saudara di Taman Intanova, di Padang Tembak, di Taman Karentina dan ke Kampung Gajah. Begitulah indahnya Syawal dengan kemeriahan dan kasih sayang serta jalinan ukhwah dan silaturrahim yang dipanjangkan. Alhamdulillah. 

18 Comments

  1. memang jarang2 jumpa kecuali lontong daun pisang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Perak lontong daun pisang ni memang tak jumpa WP :) lontong segera je banyak nya :)

      Delete
  2. Apam manis tu tak pernah cuba kak, ketupat pulut hitam pernah jumpa tapi tak mampu telan. dia macam hilang selera hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam manis ni menu orang mamak belah utara selalunya Rodhiah.. :

      Delete
  3. ketupat palas pulut hitam..ni pertama kali dengar tengok dan tahu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah dengan kak Ana PC, pertama kali jumpa :0

      Delete
  4. ketupas palas pulut hitan tu first time nieyl dgr..
    selalu kacang, jagung je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang merah dan jagung selalunya dalam ketupat palas pulut juga kan Niey :)

      Delete
  5. tahun ni belum jumpa lagi ketupat palas pulut hitam tu...sedap.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat AJ sekeluarga.

    Ketupat pulut hitam atau lemang pulut hitam selalu jumpa sebab kita orang Kedah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya PH, owh menu orang belah Kedah rupanya.. baru kak ana tahu hehe :)

      Delete
  7. Di utara pun banyak ketupat daun palas pulut hitam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa CCl menu orang utara nun rupanya..:)

      Delete
  8. Pernah makan lontong daun pisang je. BTW selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan aisya, selamat hari raya juga :)

      Delete
  9. memang rare!
    aida x jumpa 3 menu ni, AJ.
    semua menu yg aida jumpa is common & wajib bila raya.
    walaupun common, tetap ngap byk2. feveret!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aida kadang-kadang terjumpa yang rare tu jadi unik pula nak cuba :)

      Delete