Menarik tajuk persoalan di atas kan. Alhamdulillah ana jumpa satu lagi perkongsian Dato'  Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Mufti Wilayah Persekutuan di instagram beliau yang menjawab persoalan adakah batal solat seseorang yang melatah. 

Melatah ni satu tindakan yang berlaku di luar kawalan apabila seseorang individu itu terkejut atau sengaja di kacau sehingga membuatkannya terperanjat lalu berkata-kata sesuatu tanpa terkawal. Ramai juga ana temui orang yang melatah, ada yang sekadar sepatah dua perkataan, dan ada pula yang berpanjangan. Kadang-kadang kasihan pun ada pada mereka ni, dan kadang-kadang orang di sekeliling pula yang suka mengusik sehingga mereka melatah berlarutan. Hat tu ana kurang berkenan lah, duk kacau orang melatah ni sebagai hiburan kan. Penat tengok depa melatah. Lebih sedih lagi bila terkeluarkannya perkataan yang tak manis di dengar. Ia bukanlah satu hiburan pada ana kalau berterusan nak mengusik mereka ini. 

Berbalik pada persoalan di atas, jelas dalam penerangan grafik yang di kongsikan " Bercakap selain daripada bacaan-bacaan di dalam solat ( meskipun perkataan hanya terdiri daripada dua huruf ) akan membawa kepada batalnya solat. 

Namun begitu, mazhab al-Syafie menyatakan bahawa perkataan yang di tuturkan ketika solat kerana terlupa dan orang yang tidak tahu dengan pengharaman ini terutama yang baru memeluk Islam, atau tinggal berjauhan daripada ulama'. atau terlepas cakap yang mana perkataan itu secara uruf adalah ringan maka ia di maafkan.


kredit dan sumber : IG @drzulkiflialbakri 


Menurut penjelasan Mufti lagi " Melatah yang sedikit menurut 'uruf' serta tidak berulang-ulang tidak membatalkan solat. Seperti yang di sebut oleh mazhab Syafie, perkataan itu mestilah tidak berlebih-lebihan. Jika berlebih-lebihan, maka terbatal solat tersebut. "

Jelas kan. Ana yakin selalunya mungkin si pelatah ni sekiranya terkejut sesuatu ketika solat mungkin tidaklah sama tindakannya ketika di usik orang lain di luar solat. Apapun ia boleh di jadikan panduan untuk mereka yang mengalami masalah seperti ini, In Shaa Allah. 

4 Comments

  1. Susahnya kalau orang yang memang kuat melatah. Macamana nak set supaya tak melebih-lebih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pandangan saya, jika melatah bila melibatkan bilangan perkataan yang lebih dan pergerakan yang banyak ia di kira dah berlebihan lah rasanya.

      Delete