Ketibaan Syawal ni pasti ramai di antara kita akan berbelanja lebih dari bulan-bulan lainnya. Raya setahun sekali katakan, segala persiapan untuk menyambut raya pastilah lebih teruja khasnya untuk anak-anak bagi mereka yang telah berkeluarga. Bagi yang masih bujang pun apa kurangnya, ketika inilah kita nak melaram untuk diri sendiri dan tak lupa juga untuk ayah bonda serta keluarga tercinta. Kalau boleh semua nak yang baharu dari pakaian hinggalah ke dekorasi rumah. 

Ana teringat dahulu ketika masih belum berumahtangga, seronok sangat rasanya bila dapat belikan mak dan abah serta mak saudara sepasang baju baharu, dapat juga tukar langsir baru dan kusyen baru untuk menghiasi rumah arwah tok yang menjadi kediaman kami masa itu. Kini bila dan berkeluarga, persiapan anak-anak lah di dahulukan kemudian baru fikir diri sendiri dan perhiasan rumah. Tahun ni, Alhamdulillah rezeki dari blog tak putus sepanjang Ramadan dan menjelangnya Syawal, dapatlah membantu suami dan membeli keperluan diri sendiri. Lain tau bila kita suri rumah ni dapat income sendiri, nikmat shopping nya lain macam kata orang hehe :) 


Sayur taugeh masak lemak putih 


Dan bila dah berlalunya Syawal, semua akan kembali ke asal sedia kala. Kerana itu sebagai isteri kita kena bajet betul-betul untuk sebelum dan selepas hari raya. Jangan lepas raya nanti, garu kepala duit dah mula susut. Ye lah kan, mana yang dapat bonus tu Alhamdulillah , dapat juga duit tambahan tak perlu nak usik gaji, tapi kalau berbelanja raya pun atas duit gaji tu, kena lah bajet untuk kehidupan selepas raya, khasnya selepas balik dari kampung tu, kan. 

Sayur taugeh masak lemak putih 


Erm.. bercerita tentang bajet lepas raya ni, tiba-tiba teringin nak makan masak lemak taugeh dengan tauhu. Haha!! Bukan apa, jemu pula seminggu duk makan ayam rendang, daging dan pulut sepanjang seminggu di kampung. Bila dah balik ke rumah sendiri ni mula lah memikirkan menu apa yang selera nak makan. Dan... bolehlah di katakan masak lemak taugeh ni pun sesuai sangat lah dengan bajet lepas raya kita. Taugeh murah bebeno kata orang Perak. RM1 pun selambak dah hehe :) 

Masak lemak taugeh dengan tauhu ni sedap di makan kalau dipadankan dengan ikan masin atau pun ikan goreng sahaja. Tambah pula kalau peminat sambal belacan, paduuu!!! Cuma rumah ni ana tak selalu buat sambal belacan kerana suami dan anak-anak tak makan. Tapi itulah gabungan menu tengahari yang mantap lepas-lepas raya ni, dapat ikan goreng ikan pelaling pun okay sangat dah, kan. 

Apapun uruslah keperluan ekonomi rumah tangga kita sebaik mungkin. Jangan sampai berlakunya pembaziran. Ikut bajet masing-masing dan janganlah terikut dengan trend dan persiapan orang lain, kerana lain orang lain bajet kewangannya. Waallahu a'lam. 

6 Comments

  1. Betul, jemu gak makan lauk raya sokmo hihi. Tapi bila balik rumah sendiri macam terkejut jap ehh nak masak apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Syaza kena fikir menu lain dari menu raya dah :) hehe

      Delete
  2. Betul la kak ana. Raya memang setahun sekali tapi kalau salah buat bajet hmmm mau garu kepala nak sampai hari gaji hehehe.

    ReplyDelete
  3. Memang kena bajet untuk raya dan lepas raya.. Tak adalah jadi kelam kabut..
    sedap gulai lemak taugeh dan tahu tu.. Sha suka pakai taugeh yang besar-besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak Sha kena bajet siap2 kan, sedap gak taugeh besar tapi lenguh nak mengunyah nya hehe :)

      Delete