Kembali ke kebun
Sepanjang Ramadan Kareem yang lalu, memang ana langsung tak membersihkan kebun belakang rumah. Sebaik mungkin mengisi hari-hari Ramadan dengan memperbanyakkan amalan dan semoga ia di terima Allah swt sebagai bekalan akhirat nanti, Aamiin. Cuaca pun hujan berselang-seli dengan panas, maka rerumput pun kian meninggi dengan jayanya.
Kemudian sambung pula dengan kemeriahan Syawal di kampung ana Teluk Intan sahaja selama seminggu. Balik sini sambung pula amalan puasa sunat 6 hari Syawal dan hujung minggu beraya bersama saudara mara belah suami dan keluarga serta jiran tetangga di samping memenuhi jemputan event bersama rakan-rakan blogger. Makin tinggi dan semak lah kebun terabai. Bukan setakad kebun, halaman pokok bunga depan rumah pun sama naik rerumput di celah-celah pasu dan batu-batu.
Buah belimbing buluh, mulbery dan ulam raja |
Kebun belakang rumah
Tak kisahlah kan, sekarang ni dah ada kesempatan waktu semula, boleh lah mula merumput di waktu petang hari. Anak-anak pun masih study week dan bakal cuti sem, adalah teman ana di rumah. Takut juga nak keluar berkebun sengsorang di belakang rumah tu kerana jiran jarang keluar di belakang. Agak sunyi juga kan. Di depan lain lah kenderaan dan jiran lalu lalang tak lah takut lagi dalam pagar.
Pagi tadi lepas hujan, sempat lah jengok ke kebun belakang sekejap. Wahh!! Pokok betik dah mula berbunga, pokok kantan pun banyak naik bunganya, buah mulberry pun dah masak ranum, buah belimbing buluh ada juga berbuah. Alhamdulillah. Pokok lain masih okay, limau purut naik banyak cabang baharu, limau kasturi pun ada yang dah berputik semula. Pandan, serai, lengkuas pun sihat walafiat nampaknya. Daun kari yang dah di cantas sebelum puasa hari tu banyak naik cambah dahan baharu. Dan paling best, ulam raja kian merimbun. Anak-anak ulam raja pun banyak yang tumbuh. Haa!! Kena hati-hati nak merumput nanti jangan tercabut pula anak ulam raja..
Jiran ana, Man ada beri baja cecair. kena bancuh dan tambahkan air katanya dan siram. In Shaa Allah lepas ni boleh lah ana cuba dan akan ana kongsikan semula disini. Pokok-pokok bunga ros banyak juga yang berbunga cuma bunga ros kuning yang ana beli sebelum puasa hari tu macam tak berapa nak bercambah lagi, kena trim semula la tu. Apapun semoga kita semua di kurniakan kesihatan yang baik agar sama-sama dapat meneruskan hobi masa lapang dan menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai hambaNya di muka bumiNya yang sementara ini, Aamiin.
12 Comments
meriah hasil tanaman kak Ana..
ReplyDeleteAlhamdulillah lepas puasa dan raya baru sempat jengok kebun semula Sha :)
Deletewahhh buah belimbing buluh, mulberry & ulam raja tuuuuuu~ meleleh air lior aduhai hehe
ReplyDeleterezeki dari kebun anamizu, Alhamdulillah
DeleteSeronok kan bila tanaman dah membuahkan hasilnya 😍
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletenak anak ulam raja tuuu kak oiii
ReplyDeletebila lah nak jumpa ko dik oii :)
DeleteMudah2an menjadi tanamannya.
ReplyDeleteAamiin, in shaa allah WP :)
DeleteSini dah dua bulan masuk musim hujan. Bermaharajalela la ulat ngan siput. Banyak semaian dan pokok bunga rosak.
ReplyDeletekalau musim hujan macam tu lah pulak kan kak Mala ;0
Delete