Kerabu kacang panjang menambat selera
Alhamdulillah.. selesai juga kita semua dengan izinNya menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Sama-samalah kita berdoa agar setiap amalan kita di terima Allah swt dan di kurniakan pahala yang berpanjangan, Aamiin. Sepanjang Ramadan yang lalu juga, atas faktor usia agaknya, selera makan tak begitu baik. Tekak ni kalau tak ada ulaman macam kurang selera je nak makan nasi. Lauk-lauk pun ikut apa yang ada di kedai tu, selalunya ana goreng ikan atau bakar. Nak masak berkuah pun kurang. Mungkin juga kerana anak-anak hanya balik hujung minggu, makan berdua dengan suami sahaja di rumah.
Ke bazar Ramadan pun masa anak-anak balik jer, tak silap ana dua atau tiga kali sahaja kami jengok bazar. Antara menu yang agak menyelerakan pada ana ni lah ialah menyediakan kerabu. Lebih puas lagi kalau buat sendiri di rumah, dari bahan yang segar-segar kan. Macam-macam kerabu ana buat antaranya kerabu pucuk ulam raja, kerabu taugeh, kerabu pucuk gajus dan di sini ana nak kongsikan pula resepi mak uda ana, kerabu kacang panjang dengan sotong.
Kerabu kacang panjang |
Kerabu kacang panjang
Untuk membuat kerabu kacang panjang ni, paling penting kena dapatkan kacang panjang yang fresh baharu lah sedap dan rangup. Kacang panjang yang fresh tu bila kita patah dia ada keluar bunyi "tup!", gituew. Kalau yang kosong dalamnya tu dah lembik tak sedap nak buat kerabu. Meh la ana kongsikan semula resepi mak uda ana ni di sini untuk rujukan kita semua.
Bahan-bahan kerabu kacang panjang
Kacang panjang segar - di dadu
Sotong - celur dan hiris nipis
Tomato - di dadu
Daun limau purut - hiris halus
Bawang merah
Serai
Cili api
Perahan jus limau kasturi atau limau nipis
Sos ikan (kalau ada buh kalau tak ada pun tak perlu)
Garam
Gula
Cara buat kerabu ni mudah sangat lah kan, macam nak buat salad sahaja, cuma ni versi Melayu. Potong dan hiris semua bahan nipis. Celur sotong seketika dan hiriskan nipis juga. Gaulkan ke semua bahan dan rasa kan dengan garam dan gula secukup rasa.Perahkan jus limau ketika menghidangkannya. In Shaa Allah sedap buat penggemar kerabu.
4 Comments
sedapnya
ReplyDeletesedap juga sekali sekali Anum tapi kena cari kacang panjang yang baru dan segar kan baru rangup :)
DeleteYummmyyy
ReplyDeletenyum nyumm :)
Delete