Dah lama dah berangan nak bawa anak-anak ke Movie Animation Park Studios atau pun MAPS di bandaraya Ipoh, Perak ni. Bukan apa nak ke Animation Studio di luar negara tu belum ada rezeki lagi nampaknya, dan bila awal tahun ni di maklumkan masuk ke MAPS adalah PERCUMA lagi lah berkobar-kobar nak pergi kan. Paling tak pun dapat lah tengok persekitaran dalam MAPS dan bergambar. Anak-anak ana dah remaja ni bergambar kat tempat-tempat menarik ni pun dah happy. Nak main permainan yang ada pun kebanyakannya khusus untuk kanak-kanak sahaja :) 




Kebetulan ana menerima jemputan untuk staycation di Ipoh, dua bulan lepas ceritanya baru hari ini dapat nak update di blog hehe :) ana beradang untuk terus masuk ke MAPS sekali lah. Malam tu lepas Maghrib, kami keluar hotel dan nak cari makan malam di sekitar bandaraya Ipoh dan terus menuju ke Meru untuk ke Dataran Aman Jaya. Rupanya dalam perjalanan ke Dataran Aman Jaya tu lah terletaknya MAPS. Dah masuk percuma kan, malam tu kami masuk untuk lihat-lihat dahulu apa yang ada. Cantik juga pemandangan di sini pada waktu malam. Esok lah lepas check out kami akan explore sekitar kawasan MAPS . 


MAPS Ipoh di waktu malam 

Apa yang menarik di MAPS , Ipoh , Perak ? 


Pagi tu selepas sarapan, dan check out dari hotel sekali lagi kami menggunakan waze menuju ke MAPS yang tak lah berapa jauh sangat dari lokasi hotel Putrade Allsuites @RPGC , Ipoh ni. Entrinya korang boleh baca di SINI . Kali ni memang tengah panas lit lit kata orang utara, jadi bagi parents yang bawa anak-anak kecil tu spare lah payung atau topi. MAPS ni kawasan nya terbuka dan ada sebahagian sahaja yang di tutupi bumbung canvas. Sementara nak ronda-ronda dalam tu agak panas juga lah. 

Dan satu lagi nak pesan, makanan dari luar tidak di benarkan bawa masuk naa, kecuali air minuman mineral atau yang di isi di dalam botol atau tumbler sendiri macam susu ke semua tu boleh je. Sebab nanti di pintu masuk ada staff yang akan periksa beg korang, kalau ada barang yang terlarang depa akan suruh tinggalkan di luar. 




Masuk sahaja ke kawasan MAPS ni, korang akan melalui satu jambatan yang panjang dan terus menuju ke arena galeri permainan dan cafe. Kat sini lah pengembaraan bermula dan siap-siap kan lah bekalan duit untuk membeli token-token di kiosk yang disediakan di sudut-sudut bilik pameran dan permainan bertema yang ada. 1 token berharga RM3 sahaja ( pada tarikh kami masuk ) dan setiap ruang permainan atau galeri pameran adalah dengan kadar token yang berbeza mengikut tema dan jenis permainannya. 

Tapi tak lah mahal sangat pun paling tinggi pun 3 atau 4 token so RM3 x 3 token misalnya = RM9 macam tu untuk satu ride atau galeri. Ana ni tak tahu sangat sebab kami tak masuk pun untuk bermain atau ride sebab anak-anak dah besar kan hehe. Kami cuma jalan-jalan di sekitar, masuk cafe dan bergambar sahaja. Adik Ika nak main ride Asteroid Attack buaian pusing 360' tu pun ana tak bagi, risau lak tengok takut nanti turun muntah dan pening hehe :) 




Di MAPS ni dibahagikan kepada 6 zon bertema , 25 tarikan interaktif dan 15 permainan ride. Memang awesome untuk bawa keluarga ke sini. Antara yang menarik yang ana kunjungi di MAPS hari itu ialah seperti di Space Face, BOBOIBOY 4D Adventure Theatre , Coral Kingdom, STUNT Legends, SMURFS Theatre dan banyak lagi lah. Memang penat juga nak pusing habis satu kawasan ni. 

Juga terdapat beberapa cafe di sini untuk kita singgah minum, beli aiskrim atau pun untuk makan tengahari atau dinner. Harga pun masih mampu masuk lah kata orang kan, In Shaa Allah. Antaranya Tok ABA Kokotiam, La Cremeria Cafe ( cafe aiskrim ), Starship Restaurant dan beberapa lagi. Jom lah tengok sendiri beberapa lokasi yang menarik di dalam MAPS ni yang kami explore ketika itu. 




Ana memang peminat siri kartun The SMURFS, jadi bila terjumpa SMURFS Theater dan ada PAPA SMURFS comel kat luar tu memang comel sangat. Rumah SMURFS tu pun kita boleh masuk secara PERCUMA dan bergambar di dalamnya. Untuk kanak-kanak pula ada ride kat dalam tu dengan pembelian token boleh main pusing-pusing di negeri SMURFS yang comel. 






Yang ni pula bukan kapal terbang tau, tapi ia adalah STARSHIP Restaurant yang ada tiga tingkat dalamnya dan korang kalau nak makan boleh lah cuba beberapa menu yang di tawarkan. 




Cantikkan bila bergambar di hadapan deretan kedai terbalik ni, tapi kena pandai cari sudut yang menarik untuk dapatkan hasil foto yang cantik. 




Di deretan STARPORT Retail ni terdapat deretan kedai-kedai cenderahati, cafe aiskrim dan sebagainya, permainan ride pun ada untuk kanak-kanak bermain dengan token . 



Yang di bawah ni pula rumah hantu, boleh lah masuk bagi yang minat mencabar diri dengan kejutan seram di dalamnya. Kami tak lah nak masuk takut kena belasah lak antu kat dalam tu kan, kalau dah terkejut hehe :) 






Dalam banyak-banyak zon ana paling suka di sini, di COLISEUM WATER PLAY di zon FANTASY FOREST. Memang cantik dengan tema zaman ala-ala Mesir dan juga terdapat banyak permainan menarik untuk kanak-kanak mencubanya. Di COLISEUM WATER PLAY ni hati-hati sikit jangan leka post bergambar sekali air pancuran tu keluar, haaa mahu basah nanti ye :) Tapi serius cantik untuk bergambar. 





Kat sini juga ada TREE HOUSE dan yang dalam foto di atas adalah situasi di dalam TREE HOUSE yang korang boleh masuk juga secara PERCUMA. Memang cantik pemandangan di luarnya untuk sessi photoshoot. 








Untuk nak beli buah tangan atau tanda mata di MAPS ni bolehlah masuk ke MAPS EMPORIUM, macam-macam produk cenderahati ada di jual di sini. T-shirt, topi, keychain, , magnet dan sebagainya. 







Ini pila cafe TOK ABA KOKOTIAM, pasti anak-anak kecil kenal kan. Wajib singgah dan minum-minum seketika melepaskan dahaga dah penat berjalan katakan.







Satu lagi lokasi cantik yang ana suka ialah di CORAL KINGDOM ni, suka sebab tempat ni sejuk berhawa dingin, maklumlah dah penat berjemur di luar tu hehe. Ada cafe dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak. 






Sebenarnya banyak lagi zon-zon menarik yang ada di MAPS, Ipoh ni untuk kita terokai bersama keluarga. Dan ana sangat-sangat galakan untuk korang datang ke sini dan explore persekitaran yang cantik dan sesuai untuk seisi keluarga bermain dan beriadah. Surau juga ada di sini dan tandas yang bersih dan selesa. Parkir kenderaan pun percuma. Rebutlah peluang ketika ini dengan tawaran kemasukan percuma di MAPS, Ipoh. Mana tahu nanti berbayar semula pula kan, hehe :) 

MAPS PERAK beroperasi Isnin - Khamis ( Kecuali Rabu ) pada jam 4 petang hingga 11 malam dan Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah pula pada 10 pagi - 11 malam . MAPS Perak di tutup pada setiap Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah. MAPS terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya , Ipoh. Hubungi 05-5015630 untuk sebarang pertanyaan. 

6 Comments

  1. Bestnya. Umur 2 tahun agak2 dorang seronok tak datang sini? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok lah Syaza in shaa allah banyak mainan untuk kanak-kanak kat sini :)

      Delete
  2. Budak2 tentu seronok mengunjung tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, seronok kalau masih ada anak-anak kecil ke sini

      Delete