Meredakan okay, bukan boleh hilang kan terus hehe :) Si Ujir anak si Tipah ni dah setahun setengah usia nya. Memang manja ya amat dengan ana dan anak-anak di rumah. Kadang-kadang dia rasa dia bukan kucing agaknya, sebab kalau masuk dalam rumah ni pasti tidur atas dada ana. Makan pun makan apa yang kami makan, sarapan pagi kadang-kadang makan roti Gardenia kosong, boleh pula jilat buah durian dan kuat merajuk. 

Selama setahun lebih ni belum lagi menunjukkan tahap matangnya atau biang kata orang Perak. Tak ada lah kencing pancut sana-sini, Alhamdulillah.. Dalam rumah pun tak buat kotor. Tapi dua tiga minggu lepas agaknya dah baligh si Ujir bila mula mengiaw kuat. Adik beradiknya si Cholo tu dah dua kali beranak walaupun sama je usia dengan Ujir ni. Ana rasa dah sampai masa si Ujir ni mengawan atau biang agaknya. 



Petua meredakan kucing sedang mengawan atau biang 


Rupa-rupanya betul lah tu, bila tiga hari dua malam dia tak balik rumah. Ah! Sudah! Risau ya amat dalam hati sebab dia ni jenis yang manja sesangat. Risau lah mana dia tidur, makan apa. Tapi ana pasti, bila dia lapar kut kut akan balik juga nanti. 

Pagi Rabu lepas, ana duk panggil lah nama Ujir ni berkali-kali, sampai lah ke malam pun masih duk jerit halus lagi panggil nama Ujir. Tup tup!! Pagi Khamis tu ada dengar suara dia. Buka pintu dapur ermm!! Kan main mengelupur rupanya, lapar lah tu. Dah siap bagi makan ana tengok dia bising lagi mengiaw nak sambung mengawan agaknya, terus keluar semula ikut pintu depan pula. 

Elok jer ni haa duk manja sebelah mama depan tv selepas kena mandi :) 


Last-last teringat lah ana pernah terbaca kat mana entah tak ingat cara nak redakan kucing sedang biang ni ialah dengan memandikannya. Haa!! Elok sangat lah tu, Ujir pun dah keluar dua tiga hari tak tahu tidur kat mana, baik lah di mandikan sahaja. Lagipun Ujir memang selalu dah kena mandi ni, ana mandikan dengan air suam dan biasanya dia tak lah melawan atau mencakar, cuma bising je lah nak keluar dari bilik air. 

Ana pun mandikan si Ujir dengan air suam. Lepas tu lap dengan tuala dan lepaskannya ke porch hadapan rumah untuk dia keringkan badannya sendiri. Dah kering tu elok je dia datang terus baring senyap je tidur sebelah ana ni haa!! Yes! My son is back huhu :) Dan sampai hari ni dah 3 hari ada je kat rumah ni duk main-main kejar-kejar guling-guling dengan si Nopal. Dah tak ada mengiaw kuat macam sebelumnya dan elok je duk di rumah. Alhamdulillah. Dah refresh balik agaknya lepas kena mandi tu. 

Haa!! Itulah petua atau cara yang ana guna pakai untuk si Ujir untuk hilangkan proses mengawannya. Ujir ni kucing jantan yang kita risau kalau dia mengawan ialah bergaduh di luar, tak balik dan takut kalau cedera atau dapat penyakit bila balik. Lagi satu takut juga dia kencing pancut sana sini dalam rumah , bila dah kembali tenang ni lega sikit hati. Korang kalau nak cuba boleh lah sebab setakad ni nampak berkesan lah meredakan biang nya tu. Tapi bila tiba musimnya nanti biang balik, kita mandi kan sekali lagi tengok masih relevan ke idak ye tak ? :) Kira sesuai lah untuk jangka masa pendek kaedah ini kan.