Cara simpan serai dan daun kesum agar kekal segar
Balik kampung suami di Kuala Lipis tak sah lah tak dapat kiriman hasil kebun abang ipar ana tu. Keliling rumahnya macam-macam di tanam dan Alhamdulillah hidup subur walaupun kawasan kampung tu berbukit dan kering. Serai hampir dua puluh perdu hidup subur, pisang, daun kesumnya menjalar dah bagai kan semak, pokok cili api dan kali ni rezeki bila biras ana bagi ubi keledek putih sekali. Selain dari ubi keledek, dapat juga satu perdu pokok serai dan daun kesum sebab suami kata nak tanam kat rumah.
Bila bawa balik, ana dah bahagikan siap-siap hat mana nak tanam dan ada banyak gak lebihan lagi dalam 30 batang serai yang ana bersihkan dan sedekah kan pula pada jiran-jiran terdekat. Dalam 20 batang lebih kurang tu ana dah try tanam kan di belakang rumah. Sama lah juga dengan daun kesum, batang-batang tua ana cucuk try tanam dan daun-daun kesum yang masih segar dan gemuk-gemuk tu bagikan pada jiran dan ana simpan.
![]() |
Serai yang dah lebih seminggu masih kekal segar |
Tips simpan serai dan daun kesum agar kekal segar
Sambil duk mengantar serai dengan daun kesum pada jiran ana, Zura, dia bagitau kalau nak simpan serai atau daun kesum ni kekal segar, simpan dalam bekas bertutup kemudian simpan di bahagian frezer. Elok tahan dan segar dari simpan di bahagian bawah peti sejuk tu sudahnya kering kan daun dan batang serai kita walaupun ada juga petua suruh balut dengan surat khabar basah. Tak menjadi gak last-last akan kering juga sudahnya.
Ana pun try lah cara dan petua Zura ajarkan. Dah bersih-bersih tu simpan dalam bekas bertutup macam bekas plastik tapau atau bekas ais krim. Simpan kat dalam bahagian frezer tu. Dan hasilnya Alhamdulillah dah dekat dua minggu bila ana nak guna kan masak laksa baru-baru ni, masih segar dan bau pun fresh jer. Cuma bila nak masak tu keluarkan awal-awal biar di lembut kejap sebab dah duk dalam frezer tu keras kejung lah kan.
![]() |
Daun kesum dah lebih seminggu masih segar di dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian dingin beku |
Terus sahaja gunakan seperti biasa, serai atau daun kesum tu masukkan terus dalam kuah laksa ana. Masih segar dan kekal bau aroma daun kesumnya. Ermm.. menjadi tips dari Zura ni dan ana terus simpan lagi dalam frezer lebihan yang ada. Mungkin lah kalau simpan halia, kunyit hidup atau bunga kantan pun menjadi gak petua ini rasanya. Sebab sebelum ini ana pernah juga terbit kan Cara Simpan Bunga Kantan dengan meletakkannya di dalam plastik aiskrim. Ia perlu di potong kecil-kecil dan masuk dalam plastik aiskrim, dan tips yang ini pula masukkan sahaja ke dalam bekas bertutup dan bekukan. In Shaa Allah tahan lama. Boleh lah korang cuba naa..
10 Comments
Bolehlah mencuba
ReplyDeletehaa Wak banyak serai boleh lah try tengok menjadi tak :)
DeleteDaun kesum kalau tggal sat dkt singki pun dah kecut. dia punya kering tu hahaha takleh bawk bincang. tenkiuu share tips kak ana
ReplyDeletebetul kerekut habis kalau kering kan Ain :)
Deletebagus cara dia simpan..sbb daun kesum ni kalau letak dlm peti sejuk pun dia jadi kering
ReplyDeletekering kan Nieyl, tu lah sampai hari ni masih okay lagi kak ana gunakan baru-baru ni , alhamdulillah :)
Deletekalau saya simpan dalam botol then letak dalam peti ais. tp saya x simpan kat bhgn frezer. alhamdulillah elok jugak. kalau dulu beli daun kesum tahan 2 hari je. lepas tu layu di tasik madu.kalau daun sup pun saya buat camtu jugak. bubuh dlm botol pjg sbb daun sup kanpjg. pastu simpan dlm peti ais bawah je. tahan lama.
ReplyDeletebagus juga tips ni IL boleh dipraktikkan :)
Deletela nanti boleh try bila beli banyak2 ni hahaha
ReplyDeletehat kak ana simpan tu masih ada lagi ni ekin hehe :)
Delete