Mesti korang selalu ada masalah bila fikir hadiah apakah yang paling bermakna dan istimewa buat insan tersayang ni, kan ?? Kalau lah korang tanya ana, ana pasti akan jawab, hadiah yang paling akan di hargai ialah hadiah yang lain dari yang lain. Hadiah apa ? Haaa!! Maknanya hadiah tu hanya satu je di Malaysia ni, maknanya custom made lah kan. Apa sahaja hadiah yang berupa custom made ni pasti terlalu istimewa buat si penerima. Tak ada di jual di mana-mana gitu. Di mana kita boleh menempah hadiah custom made ni ? Meh laa nak story mory dengan korang...

Memang banyak pilihan untuk korang menempah hadiah custom made ni, tapi ana ada satu cadangan yang awesome untuk korang usyaa usyaa dahulu. Ana cadangkan korang tempah sahaja di custom.my . Banyak kelebihan nya untuk korang menempah di sini. Jom kita tengok apa yang ada di Custom.My ni untuk korang memilih pelbagai produk yang boleh di reka design nya sendiri secara custom made. Bukan setakad cetak t-shirt sahaja, malahan ada sehingga 70 pilihan produk yang korang boleh lakarkan design khas buat insan-insan tersayang, hadiah untuk majlis, acara sukan dan sebagainya. 




Pelbagai produk custom made design di Custom.My 





Betul ke ada lebih 70 produk untuk di pilih sebagai cenderahati atau hadiah dengan rekaan sendiri di Custom.My ni ? Tak percaya korang singgah lah sendiri dan cuba klik pada bahagian category pilihan produk di sana. Dari pilihan kategori produk ini akan d pecahkan lagi kepada pilihan item yang ada di dalamnya . Antara kategori yang ada di Custom.My ialah seperti : 


*T-Shirt & Polo
*Jacket & Hoodie
*Sportswear
*Men's Fashion
*Women's Fashion
*Kids & Babies Accessories
*Accessories
*Bag
*Pouch
*Home Decoration
*Hat
*Sticker/Marketing Material
*Print Kain


Di setiap kategori itu ada pecahan kepada pelbagai produk yang korang boleh pilih dan design kan dengan idea korang sendiri . Contoh yang ana paling suka ialah kategori Kids & Babies Accessories ni : 


Idea hadiah untuk bayi & kanak-kanak 


Sekiranya korang sedang mencari hadiah untuk hari lahir kanak-kanak atau sempena kelahiran bayi rakan atau saudara mara korang boleh pilih Baby Jumper, Baby Long Pants, Baby Pajamas Set, Baby Skrit ataupun peralatan bayi dan kanak-kanak seperti Foodbag, Hoodie Blanket, Bantal Bayi dan macam-macam lagi lah. Dan macam yang ana kata awal-awal tadi semua produk ni korang boleh design sendiri kata-kata yang nak di cetak atau pun untuk hadiah hari lahir ataupun cetakkan nama si penerima hadiah ni. Barulah awesome kan. Nampak sangat eksklusif dan sentimental value . Okay tak idea ana ??




Dan yang paling ana minat sangat dalam banyak-banyak kategori ni pastilah Home Decoration . Kena sangat dengan jiwa ana yang suka mendeko, dan sesuai sangat kalau nak di jadikan hadiah buat kawan-kawan atau pun keluarga tersayang sebagai hadiah hari jadi, hadiah anniversary malahan hadiah perkahwinan atau house warming sekali pun. 


Idea hadiah untuk pekahwinan, anniversary atau house warming


Ada kusyen, alas pinggan mangkuk, alas kaki, cadar, kotak tisu dan pelbagai lagi yang korang boleh sahaja design kan kata-kata dan ucapan atau cetakkan gambar pada produk-produk ini. Kan menarik tu. 

Untuk kategori beg pula, Masyaa Allah.. memang menarik sangat pilihan produk yang ada. Semua nya comel-comel dan terkini untuk korang jadikan hadiah buat yang tersayang. Ana sendiri rasa nak design untuk diri sendiri jer.. Boleh buat merchandise sendiri, kira ada brand sendiri lah kengkonon kan. 


Design beg terkini 


Paling ana suka Round Bag tu  trend terkini. Boleh lah design letak nama kat situ, bestnyaa. Ada Slouch Bag, Laptop Bag, Tote Backpack dan lain-lain lagi. 




Sesuatu yang agak unik di Custom.My ni juga korang boleh pilih fabrik atau kain design sendiri juga. Hat ni ana tak berapa nak faham sangat tapi kalau korang berminat hubungi sahaja Custom.My untuk keterangan lebih lanjut. Nanti ana kongsikan di bawah pautan untuk di hubungi. 




Custom.My juga tiada minimum order untuk kita buat tempahan, jadi korang boleh buat tempahan sama ada satu produk atau pun berapa banyak pun. Contoh selalunya t-shirt untuk majlis atau acara tertentu, jersy untuk acara sukan ke, atau pun sticker yang selalunya memerlukan cetakan dalam bilangan yang banyak . Semua tu korang boleh lah bincang dengan team Custom.My nanti. 


Bagaimana untuk menempah produk di Custom.My ? 





Mudah jer sebenarnya, hanya ada 4 langkah untuk membuat tempahan. 

Pertama : Pilih produk apa yang di ingini, boleh lihat di bahagian Category pilihan produk di laman web.

Kedua : Upload design ke laman web Custom.My 

Ketiga : Comfirm kan pesanan dan buat pembayaran secara online.

Ke empat : Penghantaran Produk terus ke rumah anda. 

Mudah kan. Custom.My telah menjadi pilihan dari pelbagai agensi dan pelanggan antaranya Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Selangor (UNISEL), iFlix, CIMB Foundation, KPTM dan lain-lain lagi. 


design untuk jersi dan t-shirt 


Custom.My beralamat di : 

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
No 46A, Hala Taman Meru II
Meru 2B 30020 Ipoh, Perak,
Malaysia
Lat Long :4.661083, 101.067278

Whatsapp dan Line: 013-484 5800

Email: info@custom.my

Dibuka: Isnin hingga Jumaat

Masa: 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.


Untuk keterangan lanjut dan update terkini boleh lah layari ke mana-mana pautan di bawah : 



2 Comments

  1. Wah, best ni kalau boleh design sendiri hadiah untuk seseorang kan...

    ReplyDelete