Bila cerita pasal apam nasi ni teringat kat arwah opah ana, kalau ada majlis kenduri inilah menu yang akan dia buat. Sedap sangat air tangan arwah opah, tak ada sukatan-sukatan, main agak-agak jer arwah opah bancuh, perap kukus. Jadi gebu lembut ya amat. Makan pula dengan nyor , Masyaa Allah nikmat yang amat di syukuri. 

Dah lama dah duk terkial-kial nak buat apam nasi ni. Ana suka, selalu gak beli kat warung-warung kuih buat sarapan atau minum petang. Haa!! Akhirnya sampai juga seru maka terhasillah apam nasi ni hasil dari carian di Google resepinya. Agak leceh sikit sebab ana tak banyak acuan apam atau acuan kuih lompang tu, jadi lambat lah sikit proses mengukus tu, sebab nak kena tunggu sejuk sikit baru boleh keluarkan dari acuannya. Apapun resepi ni sedap dan boleh menghasilkan lebih kurang 30 acuan kuih apam nasi. 







Resepi Apam beras atau apam nasi 

Bahan-bahan :
.
2 cawan nasi blend dengan 3 cawan air.( nasi sejuk yer tapi yang masih elok di makan ) 
3 cawan tepung beras.
1 cawan tepung gandum.
3/4 cawan gula (nak manis boleh tambah gula).
1/2 pek yis (Mauripan 11g letak separuh).
.

Cara Membuat Apam Nasi  :

.
1. Campur semua bahan, kacau sebati.
.
2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).
.
3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.



Adunan selepas di perap 1 jam naik berbuih dan ringan 
.

4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.Ana gunakan acuan kuih lompang. 
.
5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.
.
Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam. Selamat mencuba :) 

8 Comments

  1. Zaman kecik2 dulu selalu juga bersarapan apam nasi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann menu wajib kat gerai kuih ni Wak hehe :)

      Delete
  2. tetiba teringin nak makan apam.... boleh la tunjuk resepi ni dkt mak hehehehe

    ReplyDelete
  3. Apam ni tea lady office ada jual untuk breakfast bila time dia buat selalu laku keras campur pulak dengan kelapa parut sikit yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kena makan dengan kelapa parut Mrs A,sedappp :)

      Delete