Ini kali ketiga ana merasa masakan sambal tahun ni, tak pasti pula ejaannya sama ada tahun atau pun taun. Kalau ikut sebutan yang ana dengar macam sambal tahun gitu lah. Pertama kali makan di majlis perkhawinan anak buah ana, beberapa tahun lepas. Kemudian menu hari raya di rumah kawan suami dan terbaharu ni di majlis perkahwinan jiran dan juga rakan sekerja suami, Chef Lan dan Kak Hani. Menu sambal tahun ni adalah menu tradisional masyarakat Jawa di negara kita ni. Sebab itulah hanya masyarakat Jawa sahaja yang pandai menyediakan masakan sambal tahun ni. 

Pertama kali makan tu pun dah boleh di terima selera Melayu ana ni. Lebih kurang macam masak lemak sahaja rasanya cuma ada bahan istimewa di dalam sambal tahun ni antaranya wajib lah tempe, menu rasmi orang Jawa, isi kerang dan paling rare ialah ia juga di masak dengan kulit lembu. Haa!! Hat tu memang tak boleh nak hadam pada mula nya. Terkuis-kuis juga lah nak cari mana satu kulit lembunya. Tetapi dah tak ada rupa kulit lembu dah pun, ianya di bersihkan dan di masak lembut. Ada rasa macam chewy- gitu kalau tak silap ana lah bahagian kulit lembu ni. 


sambal tahun 



Sambal tahun menu warisan orang Jawa 


Dipanggil sambal tetapi ia bukan dalam bentuk sambal merah dan kering tu, lebih pada masak lemak pada ana. Tetapi ia nya agak pedas juga . Tapi sedap. Sedap lah sebab ada isi kerang kan, feveret ana. Adik Ika pun suka makan sambal tahun ni. Kalau masa kenduri kahwin, ia di makan dengan nasi putih. Tapi masa hidangan hari raya di rumah kawan suami dahulu tu, di makan dengan nasi impit. Kalau korang nak resepi jangan tanya ana lah ye, carilah di internet, In Shaa Allah ada banyak resepi sambal tahun untuk korang cuba. 

Selain sambal tahun, satu lagi menu orang Jawa yang ana suka pastilah sambal goreng tempe tu. Hat tu memang sedap dan ana pun dah pandai masak belajar dengan arwah mak saudara, kakak ipar mak ana yang merupakan keturunan Jawa. Jadi sepupu-sepupu ana ni pandai lah mewarisi resepi masakan Jawa dari nenek moyang mereka. Memang sedap air tangan sambal goreng tempe air tangan arwah Mak Ngah Yam ni. Tak boleh celen kata orang. 

Begitulah keindahan kita hidup bermasyarakat dan bermuafakat. Perkahwinan campur pelbagai etnik dalam sesebuah keluarga ni dapat menambahkan lagi silaturrahim dan mengenali budaya dan menu masakan dari etnik yang berbeza. Alhamdulillah. Kerana itu kalau tak suka dengan sesuatu menu tu, jangan memperlekehkan, tak baik. Mungkin bukan selera kita tapi ia merupakan menu warisan etnik lain yang serumpun dan seagama dengan kita. Saling hormat menghormati kunci kepada keindahan susila dan keharmonian ummah dan berbilang bangsa. In Shaa Allah. 



8 Comments

  1. menarik. baru tahu mengenai sambal tahun. ingatkan sambal tauhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sambal tahu tu pun salah satu menu masakan orang jawa juga Arz :)

      Delete
  2. sambal taun kerang memang enak., nyuum nyumm yok medang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sesuai dengan nama Wak Lat kan menu orang jawa gituew :0 sedap Wak ana suka pulak walaupun bukan orang Jawa pun :)

      Delete
  3. sambal tahun orang Jawa mmg sedap sbb belulang lembu istimewa rasanya.

    ReplyDelete
  4. sambal taun ni jiran pernah masak. mak oiii pedas sangat sangat.. haha.. lapar le pula tngok blog ibu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Amy, memang pedas ibu pun tak berapa nak makan tapi bila makan dengan nasi okay sikit lah :)

      Delete