Selesai intern Kak Long
Berakhir sahaja sem 4 yang lepas, Kak Long terus menjalani praktikal atau intern selama 2 bulan. Awal-awal lagi ana dah cadangkan untuknya mengikuti latihan praktikal di bekas syarikat yang pernah ana kerja suatu masa dahulu kerana bidang pengajiannya ada di sana. Alhamdulillah selepas dia sendiri berurusan dengan pihak pentadbiran dan pengurusan, Kak Long berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri atau LI di RBSB, sebuah engineering consultant terkemuka di tanahair kita ni. Di sana lah ana pernah berkhidmat dan terlalu manis kenangan bekerja di sana waktu itu.
Lebih sentimental lagi Kak Long juga menjalani intern di department yang ibunya bekerja dahulu. Jadi sudah pastilah Kak Long di kenali sebagai anak ana di sana. Masih ramai lagi rakan-rakan sekerja yang masih berkhidmat di sana dan masih mengingati ana ni. Terhimbas semula keseronokan waktu bekerja 20 tahun lebih yang lalu. Allahu begitulah peredaran waktu dan pastinya terasa bersyukur sangat atas segala percaturan perjalanan hidup yang Allah swt tentu buat ana.
Dua bulan di sana, banyak yang Kak Long lalui bagaimana kehidupan sebenar alam pekerjaan nanti. Terima kasih tak terhingga buat HRA Department, Puan Syidah, Puan Rose, Aju, Lin, Muszafar serta ramai lagi yang memberikan tunjuk ajar buat Kak Long selama berada disana. Mereka ini pernah menjadi rakan sekerja ana waktu dahulu di RBSB, Setiawangsa. Terima kasih juga buat staff dan management yang ana tak kenal namun banyak mengajar dan mendidik Kak Long semasa berada di sana. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua.
Pengalaman kerja di sana selama dua bulan mendedahkan Kak Long kepada dunia pekerjaan sebenar. Ada yang boleh di aplikasikannya dari pengajian dan ada juga yang terlalu asing dan baharu padanya. Semua itu satu pengalaman yang amat berharga buatnya di masa hadapan, In Shaa Allah.
Di hari terakhir intern, pihak HRA turut mengadakan majlis perpisahan dan makan tengahari di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Ana sendiri mendapat jemputan, namun tak dapat hadir kerana ada urusan lain di sini. Majlis juga sempena salah seorang staff yang berhenti kerja yang juga pernah bekerja dengan ana dahulu iaitu Jojo.
Bukan main seronok Kak Long bercerita tentang majlis farewell nya ini dan terharu sangat bila dapat bouquet coklat dan belon. Jujur ana nyatakan disini, selama dua bulan Kak Long intern, walaupun dia agak penat berulang-alik ke KL, kadang-kadang terpaksa naik KTM atau MRT bila ayah ada urusan kerja luar, namun setiap hari dia balik dengan mood ceria sahaja. Macam-macam yang diceritakannya mengenai kerja yang dilakukannya di pejabat seharian. Seronok sangat lihat dia begitu teruja bekerja di sana.
Mendapat elaun RM500 sebulan pun dah cukup seronok buatnya, sehingga kan gaji pertamanya dia belikan pokok bunga untuk ibu, belanja ayah dan adik makan Mykori dan beli barang dapur untuk masak di rumah. Excited sungguh Kak Long.
Apapun ia pastinya menjadi salah satu coretan indah dalam perjalanan hidupnya. Sekarang Kak Long meneruskan pengajian semula untuk Final Year di sem akhir. Semoga semua ini akan jadi satu pengalaman berharga buatnya dan terus cemerlang dalam pengajian di dunia hingga akhirat, Aamiin. Sebagai ibu ayah, kami cuma menjalankan tanggung-jawab untuk memberikan ilmu pengetahuan dalam hidupnya dan membimbing nya agar tidak terpesong dari pegangan agama, Aamiin. Tahniah Kak Long berjaya habiskan intern dan terima kasih yang tak terhingga buat Ranhill .
14 Comments
Gud luck k long. Semoga berjaya mencapai impiAn
ReplyDeleteaamiin, terima kasih IL :)
Deletewahhh bestnyeeeee kak long..
ReplyDeleteelaun rm500 tu byk dh bg student..
dulu2 sy praktikal dpt habuk je.. kekeke
hehe ye ke intern dengan sektor kerajaan kut ye ezy :)
Deletecongrats kak long. masa intern mmg seronok sbb da merasa dunia pekerjaan sbnr kan. yang lagi syok dpt elaun tu..CR dulu intern xdpt elaun. huhu
ReplyDeleteterima kasih CR, sektor kerajaan agaknya yang tak ada elaun internship ni kan :)
Deleteammi dulu practical tahun 99 dapat 200. pastu bila dah habis practical sementara nak masuk sem baru...dorang offer ammi kerja on hourly basis. sejam RM5. jadilah kan buat bayar yuran sem akhir.
ReplyDeleteseronoknya kalau macam tu kan ammi boleh lah tambah belajan sementara nak sambung pengajian tu dulu kan :)
DeleteTAHNIAH KAKLONG..PENGALAMAN MANIS BEKERJA DI OFIS MAMANYA KINI DIRASAINYA
ReplyDeleteterima kasih paridah alhamdulillah satu pengalaman baharu buat nya :)
DeleteAlhamdulillah.Tahniah Kak Long.
ReplyDeleteterima kasih PC :)
DeleteMrs. A pulak terasa excited bila baca nih! hehhehe...
ReplyDeleteTeringat adik-adik intern yang dulu kat departmen Mrs. A nih!
mesti Mrs A supervisor yang baik kan hehe :)
Delete