Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff

Sebut sahaja AFY haniff ni yang pertama kali bermain kat fikiran ana ialah produk penghalau serangga depa dulu tuu. Lama dah iklan ni berputar kat media arus perdana khasnya di corong-corong radio waktu itu. Dan alhamdulillah hingga ke saat ini baharu ana tahu AFY haniff bukan sekadar produk penghalau serangga tetapi kini terdapat pelbagai rangkaian penjagaan isi rumah yang di keluarkan. Syabas dan Tahniah. Bangga rasanya penghasilan produk bumiputera yang berkualiti seperti ini. 

Diam tak diam dah 13 tahun jenama AFY haniff menambat hati pengguna di dalam negara dengan berada di lebih daripada 2,000 pasaraya malahan telah berjaya menawan pasaran Brunei, Singapura dan Thailand. Afy Haniff Group (M) Sdn. Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006, menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga.





Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff




Sebagai sebuah jenama yang mula menjadi pilihan utama rakyat Malaysia masa kini, AFY haniff turut mengambil tanggung jawab sosial dengan menjadi penaja dan sama-sama melakukan aktiviti gotong royong di Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini. Pastilah tujuan dan matlamat utama AFY haniff untuk memberi keselesaan dan kebersihan ruang dalaman Rumah Ronald McDonald ni agar bersih dari serangga dan berbau wangi pastinya. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini.




Seperti yang ana nyatakan sebelum ini, tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.Penghuni pastinya akan berasa lebih selesa dan ceria bila tinggal di dalam persekiran yang berbau segar dan harum. Siapa lah yang suka tinggal dalam situasi yang berbau yang tidak menyenangkan dan tidak bersih kan. 




Berikut meruapakan aktiviti yang telah mereka lakukan dalam merealisasikan program murni tersebut yang telah berlangsung pada 24hb September 2019 yang lalu.


9.00 am - Bermula seawal jam 9 pagi, mereka berkumpul untuk sesi perkenakan dan taklimat ringkas.




9.30 am - Memulakan lawatan ke  Rumah Ronald McDonald.




10.30 am - shopping barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald (antara barangan di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.)




12.30 tengahari - masak beramai-ramai untuk makan bersama .



2pm - aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald sepenuhnya dengan menggunakan produk AFY haniff (sapu sampah, mop lantai dengan guna pencuci lantai AFY haniff, spray pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya guna pewangi fabrik AFY haniff, cuci pinggan guna pencuci pinggan AFY haniff) Antara variasi produk AFY haniff yang di gunakan seperti :

1. Pewangi fabrik D'MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau serangga secara semulajadi SWIPE AFY haniff

Pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY haniff kepada para penghuni yang ada di sana.









Pada hari tersebut juga turut diberikan pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat di langgar kereta dan usianya hanyalah 5 tahun saja. Kecederaan agak serius dan semoga semua dapat saling doakan.




Tahniah buat AFY haniff dan team yang menjayakan program murni ini dan diharapkan akan terus memberi sumbangan kepad masyarakat di masa akan datang. In Shaa Allah 

Testimoni dari ana sendiri menggunakan rangkaian AFY haniff 


Sekadar nak berkongsi pengalaman disini bahawa ana sendiri merupakan pengguna tegar produk AFY haniff hingga ke hari ini. Ana suka mengunakan D'MenC Fabric Freshener ( Penyegar Fabrik ) . Mula menggunakannya menjelang hari raya tahun lepas lagi untuk memberi kesegaran dan haruman di dalam rumah. Maklumlah kan, rumah ana ni ada anak-anak kucing, kadang-kadang ada juga bauan yang tak menyenangkan bila anak-anak bulus ni terkurung di dalam seharian.




Dengan semburan pada fabric di sekitar rumah ia menghilang kan bau yang tidak menyenangkan sambil memberi haruman dalam rumah yang berpanjangan. Ye lah kan, takkan kita nak basuh sofa, jenuh. Jadi dengan D'MenC Fabric Freshener cuma sembur-sembur kan sahaja. Ana selalunya beli beberapa variasi terus di pasaraya kerana anak-anak ni ada pilihan haruman mereka yang tersendiri untuk bilik tidur mereka. Tak nak sama dengan aroma variasi ibu dan ayah, bukan main tu.

Seingat ana ada pilihan varisai Lemon Tree untuk ruang tamu dan dapur ana, Lavender pula ana suka untuk semburan di kamar tidur kami agar harum setiap malam. Semburkan sahaja pada cadar dan langsir. Kak Long pula suka aroma Vanila tetapi Adik Ika nak biliknya bau Strawberry. Tapi kan ana pun suka gak bau strawberry ni sebenarnya, fresh sangat.




Untuk haruman dalam kereta pun ana dan suami memilih D'MenC Air Freshener ( Penyegar udara ). Memang segar dan pilihan variasi sangat soft dan menyenangkan. Bukan sekadar penyegar udara dalam kereta, kami juga gantungkannya dalam almari baju. Memang awesome sangat. 

Untuk keterangan lebih lanjut pelbagai lagi pilihan rangkaian produk AFY haniff ni korang layarilah mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini : 


Website : www.afyhaniff.com





Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff Reviewed by Ana Jingga on October 16, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Betul! Sis pun pakai yang pembersih serai tu haaa..bersihkan dapur, meja, kursi dan segala perabot..semut dan serangga pun jarang nak ada, bestnya wangi gile bau serai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SL, rumah pun berbau segar je dengan AFY haniff ni

      Delete
  2. produk pembersih n wangian rumah terbaik digunakn n pelbagai jenisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah paridah ada mcm2 variasi dar AFY haniff sekarang ni :)

      Delete
  3. Wahh bagusnya kan AJ..ada rangkain produk ni..
    nak kena cari, takpasti ada jual kat sini atau tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah, kalau tak ada boleh beli secara online juga atie di Shopee, Lazada sebagainya

      Delete
  4. Tahniah team AFY haniff berjaya mengadakan program yang terbaik ni. Produk dia pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana memang pengguna AFY haniff ni Marsha :)

      Delete

Powered by Blogger.