Bunga-bunga kampung di laman bonda
Nak kata halaman rumah pun tak juga sebenarnya. Sebab rumah di taman perumahan yang adik beli dan mak serta abah tinggal sekarang ni rumah di taman perumahan. Jadi halaman hadapan rumah, ber tar sepenuhnya dan dalam parkir pun bersimen tiles. Tapi dah kerana minat mak tanam pokok dan bunga, mak bercucuk tanam di bahagian belakang rumah yang masih berbaki tanah terbiar yang belum di majukan oleh pemaju.
Mak ana ni, memang rasi sungguh bab bercucuk tanam, pacak je In Shaa Allah menjadi lah pokok tu. Walaupun agak uzur di usia 80 tahun dah, tapi Alhamdulillah mak masih mampu mengurus diri, masak dan berkebun belakang rumah. Pastilah dengan bantuan abah juga, sebab abah tak kan lepaskan mak sengsorang di belakang tu. Selalu abah akan temani mak kalau mak ke belakang.
bunga keembung pink |
Balik kampung kali ni bukan main cantik kelompok-kelompok pokok bunga mak menjadi. Musim hujan agaknya. Bukanlah bunga mak beli pun benihnya, kebanyakannya pun bunga-bunga kampung sahaja.Bunga keembung pink ni adalah benih yang mak dapat dari rumah makcik Idah masa kami ke Kuala Kubu dahulu. Sempat mak minta biji benihnya dari Cik Idah dan dah beberapa bulan pun masih lagi banyak tumbuh bertaburan dan berbunga. Lawa sangat kan keembung warna pink ni. Sayang sangat masa nak balik hari tu tak dapat nak ambil biji benih sebab hujan lebat sepanjang petang sampai ke malam. Satu yang amat sinonim dengan pokok bunga keembung ni ialah ianya bunga ujikaji subjek sains paduan ketika di sekolah rendah dahulu kan, bagaimana biji benihnya membiak secara letupan.
bunga cosmos kuning |
Hat ni cosmos kuning macam selalu masih ada lagi berserakan di halaman belakang rumah mak. Benih cosmos ni memang senang sangat nak hidup, kat rumah ana pun banyak naiknya. Tiap kali tengok bunga cosmos kuning ni pasti rasa macam dalam filem Bollywood Dulhania Le Jayange tu kan hehe :)
bunga Ruella Simplex atau Purple Shower |
Bunga purple ni pun senang sangat kan nak tumbuh dan kalau dah menjadi memang banyak berbunga tanpa henti. Bunga ni namanya Ruella Simplex atau ada juga yang menggelarkannya Purple Shower . Setakad ni ana pernah lihat yang warna pink juga. Ruella ni pun ada di rumah ana cuma taklah segalak di halaman mak ni menjadinya. Mungkin sebab ana tanam dalam pasu kut, ia macam tak berapa nak membiak dengan jayanya. Pokok Ruella Simplex ni di tanam dengan keratan batang sahaja. Kena cari batang yang tua dan cucuk sahaja ke tanah.
bunga kemunting cina putih |
Ni pula rimbunan pokok bunga kemunting cina warna putih. Pun bukan main cantik lagi berkelompok kat satu sudut. Kemunting cina ni ada macam-macam warna, ada purple , pink dan hasil kacukan pula terhasilnya warna yang pelbagai tona. Tapi selalunya kalau ana beli dari nurseri jarang yang dapat hidup lama dan benihnya pun susah nak di biakkan. Lepas habis berbunga mesti akan mati terus pokoknya. Cuma yang jenis lasak macam mak punya ni senang hidup kan kalau kena pada tanahnya.
bunga ros jepun kuning |
Dan yang kuning ni pula kelompok bunga ros jepun. Ros jepun ni juga hadir dalam pelbagai warna dan kacukan. Memang senang nak hidup dan perlukan cahaya panas yang cukup. Kalau dah merebak tu habis satu kawasan ia akan kuasai dan berbunga subur. Dulu mak ada macam-macam warna ros jepun yang mak tanam dalam pasu gantung. Sekarang ni ada hat kuning sahaja nampaknya di halaman mak.
Inilah antara terapi mak di rumah. Seronok agaknya mak melihat pokok-pokok bunganya berkembangan dengan sendirinya. Doakan mak sentiasa sihat dan ceria dalam melewati usianya, Aamiin. Sayang dan rindu sangat dengan mak setiap detik nafas.
26 Comments
Hati pun berbunga2 tenguk pokok bunga penuh berbunga.
ReplyDeletetu lah WP berbunga-bunga di taman bunga mak hehe :)
DeleteWahhh... Banyak nyer bu ga🌹😆🌹
ReplyDeleteKeembung tue cantikkk🌷🌺🌼
sesuai untuk Cik Bunga kan :)
Deletecantek bila dah serumpun gitu...
ReplyDeletekann Saniah, bunga ni kalau dah banyak memang nampak cantik walaupun sekadar bunga biasa sahaja :)
Deletecantiknya bila bunga2 ni semua blooming =D
ReplyDeletecantik kan CT walaupun sekadar bunga kampung kata orang :)
Deletesama macam nenek dana kak, walaupun dah berusia tapi kerjanya kat bawah je.. ada je nanam bunga, nanam sayur2... memang jenis tangan sejuk tanam apa je mesti menjadi. tanam pokok lada berbuah bukan main lebat sampai boleh jual kat kedai. senang cerita semua hasil tanaman nya menjadi dan subur.
ReplyDeletecantik sangat lah cosmos kuning tu kak, mcm kat oversea lak... color kuning dia tuh lawa betul
alhamdulillah Dana , nenek masih sihat sama lah macam mak kak ana ni dah berusia jalan jauh dah tak berapa kudrat namun minat menanam tu masih kuat, Alhamdulillah syukur sangat kan. Lawa kan cosmos ni macam bollywood je :)
Deletecantiknyaaaa.. suke tgk..
ReplyDeletepokok keembung tu mmg berguna sgt utk budak2..
sy yg keje pembantu makmal ni mmg selalu cr pokok keembung utk eksperimen..
kene tanam jgk la depan lab.. hihi
kann ezy, kak ana bila tengok je pokok keembung ingat sangat subjek sains dengan ujikaji pembiakan pokok hehe :) tanam senang je nak hidup dari biji benihnya je kan :)
DeleteTeringin juga nak tanam bunga-bunga untuk companion budy.. asik kena serang je.. tapi tulah tak terbuat-buat.. Lagipun saya lebih suka bunga bewarna putih saja berbanding warna lain..
ReplyDeleteputih pun cantik2 kan OP :)
Deletebanyaknya bunga kebun mak kak AJ. tenang je mata memandang kan.
ReplyDeletetu la AS, tengok pun seronok sangat bunga mak menjadi macam ni :)
Deletebanyaknyaaa pokok bunga dan cantik-cantik . Biasa tangan orang tua semua rasi dengan tanah . Kadang campak-campak pun boleh hidup pokok tu . Kalua saya tak payah la , tanam sendiri siram tiap hari pun belum tentu hidup . Hahahha
ReplyDeleteBetul tu Suhana mak kak ana pun jenis campak2 je bukan susun pun tapi alhamdulillah bila naik elok je satu kelompok sejenis bunga :)
DeleteBunga keembung..dulu kacik-kecik..dengan sepupu bila balik je rumah atok..daun keembung tu buat inai,,hehe.
ReplyDeletehehe mau ke merah PC hehe :)
Deleteterapi tengok bunga berwarna warni ni.
ReplyDeleteTangan mak kita menjadi je kan..tanam pokok hidup subur, masak sedap.
Alhamdulillah YAYA :)
Deleterajin mak sis .. cantik2 dan gebu pokok bunganya ... terapi diri bila penat boleh tengok bunga ni .. terus hilang rasa penat
ReplyDeletebetul tu Tatie, terapi sangat kan dengan keindahan bunga-bungaan ni :)
Deletecantiknya. Arwah makcik saya dulu suka tanam kamunting cina warna pink. kelopaknya kami petik buat masak-masak. habis kena bebel
ReplyDeletehehe itu benda wahib tu main masak-masak dengan bunga2 ni kan :)
Delete