Sebagai peminat dan pengikut setia keluarga Diraja British ni, selepas kematian Puteri Diana, ana sangat suka melihat perkembangan dan kecantikan menantu pertama baginda siapa lagi kalau bukan Kate Middleton isteri Putera William yang bergelar The Duke & Dutchess of Cambridge . Kate sentasa tampil anggun dan cantik dalam menggayakan apa sahaja fesyen di mana-mana jua acara yang di sertainya. Kini Kate menggantikan aura Princess Diana tambahan lagi kini di dunia media sosial khasnya Instagram sentiasa update perkembangan dan fesyen terkini yang di gayakannya. 




Apa yang agak menarik yang ana nak kongsikan dengan pengunjung blog hari ini ialah beberapa keping foto yang agak unik kerana ketika mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan selama 5 hari, Kate mencuri tumpuan jurugambar. Ini kerana sepanjang lima hari lawatan rasmi pasangan Diraja ini, Kate menggenakan pakaian tradisional Pakistan iatu Shalwar Kameez dan kurta. Semua nya nampak sopan dan cantik sangat padanya. Ini mengingatkan ana pada mendiang Puteri Diana ketika era kegemilangannya dahulu memakai pakaian shalwar kameez ketika baginda melawat Pakistan suatu masa dahulu. 




credit foto : SAMIR HUSSEIN/GETTY IMAGE


Pasangan Diraja Britain ketika sampai di Pengkalan Tentera Udara Pakistan, Nur Khan. Kate menggayakan sepasang shalwar kameez berwarna biru yang sangat cantikan. 



Untuk hari kedua the Dutchess of Cambridge menggayakan sepasang kurta dan seluar berwarna biru tua untuk menghadiri ke beberapa lokasi lawatan rasmi baginda berdua. 




Kate menggayakan kurta berwarna hijau yang di padankan dengan seluar putih ketika mengunjungi Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang merupakan kawan rapat kepada mendiang Puteri Diana suatu waktu dahulu. 




Cantik sangat pasangan Diraja ini dan kali ini kelihatan Prince William memakai sherwani hijau di samping Kate dalam gaun yang elegan ketika menghadiri majlis resepsi makan malam bersama British High Commissioner di Pakistan. 




Hari berikutnya pasangan Diraja berada di Lahore, Pakistan dan kali ini Kate tampil dengan sepasang pakaian tradisional Pakistan berwarna putih bersih dan mencuba bermain kriket, tetap menawan kan :) 




Dan pastinya ketika lawatan ke Masjid Badshahi ini menjadi perhatian kita semua bila kedua pasangan Diraja memasuki masjid dengan tidak berkasut dan Kate memakai selendang di kepala sama seperti yang pernah di lakukan oleh bonda mertuanya . Begitu mereka menghormati rumah ibadah kita kan. Cantik sekali keindahan peradaban keluarga Diraja ini. 



credit photo gettyimages 


Nampak simple tetapi tetap anggun ketika hari terakhir lawatan ke Pakistan dan berangkat pulang kembali ke England. Kesemua foto-foto di atas ana pinjam dari beberapa akuan instagram fanpage Kate Middleton dan sumber serta banyak lagi aktiviti sepanjang masa lawatan pasangan the Duke & Dutchess of Cambridge ni boleh korang baca di https://www.townandcountrymag.com/society/tradition/g29431002/kate-middleton-prince-william-pakistan-royal-tour-photos-2019/



30 Comments

  1. Replies
    1. tuu laa Anum suka nau kak ana nengoknya :)

      Delete
  2. cantiknya baju2 dia.. muka kate dan diana pun ada iras2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cantik2 semuanya, nampak sopan dan beliau sangat menghormati adab dan budaya negara Islam yang dikunjungi dengan bepakaian sopan :) Ermm.. pada kak ana lain wajah Lady D dengan Kate cuma mereka ada aura royal yang sama kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. kan Dana mereka menghormati adab dan budaya setempat :)

      Delete
  4. Cantik :) Dia dah memang cantik, pakai apa pun super cantik.

    ReplyDelete
  5. Kalau pakai baju kurung lagi cantik agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa mestilah kan WP, mana tahu nanti ada kunjungan mereka ke Malaysia sekali lagi boleh kut Kate try pakai baju kurung atau kebaya hehe :)

      Delete
  6. Dia pakai apa pon cantik jew😘😘

    ReplyDelete
  7. Cantik sgt Kate Middleton kan AJ..pakai apa pun nampak anggun. Respek bila pasangan diraja ni menghormati adat & budaya negara yg di lawati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang ana highlight kan di sini Atie, bukan sekadar cantik tetapi mereka menghormati adab dan budaya negera Islam dengan hadir dalam pakaian yang sopan...

      Delete
  8. Orang cantik pakai apa pun cantikkan AJ. Tapi memang sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PH, sangat menghormati sensetiviti budaya negara Islam yang mereka kunjungi

      Delete
  9. Cantik orangnya. Gaya dan cara pun ada iras-iras Lady D.

    ReplyDelete
  10. alaa.. kenapa la mereka datang masa kami dah balik.. kalau tak, teringin juga nak tengok live pasangan di raja dua orang ni.. :)

    cantik, kemas dan sopan.

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Ain, tak ada rezeki kalau tak mana tahu boleh bersua dengan psangan diraja britain ni..

      Delete
  11. Saya pun antara yang sering mengikuti perkembangan keluarga diraja Britain ni. Btw saya ada anjurkan segmen, Kak AJ. Marilah join🤗.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita jannah, in shaa allah ada kelapangan kak ana join naa :)

      Delete
  12. Betullah kak ana. tengok beliau memang akan terus teringat mendiang Diana. Bersopan dan manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SAL ada keserasian sangat Kate dengan Lady D :)

      Delete
  13. orangnya pun da memang cantik ayuuu gitu kan.. pakai apa pun lawa.
    suka dia pakai baju ijau dan putih yang last tu. tu macam kurta kan ? ke memang kurta hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun suka hat tu, haah kurta la kan :)

      Delete