Selalunya orang bagi hand bouquet bunga atau coklat kan.. Amacam ada beraniii, kali ni kita try tengok beberapa hand bouquet dari wang kertas pula. Perghhh!! Mesti senyum sampai telinga si penerima bouquet ni kan : ) Hadiah yang paling di idamkan gitu. 

Apa yang ana jumpa di Facebook baru-baru ini ialah beberapa idea gubahan hand bouquet dari wang kertas. Ermm.. pada ana pasti lah ianya hadiah untuk insan-insan teristimewa lah kan seperti buat isteri atau pun bonda tercinta. Tapi daripada kecantikan gubahan hand bouquet ini juga ana rasa ia sangat sesuai untuk di jadikan sebagai hantaran untuk mas kahwin di majlis pernikahan. Kan menarik tu. 




Cuma pada ana, jangan lah terlalu menggubah wang kertas ini kerana bimbang ianya akan rosak dan terkoyak pula bila hendak di gunakan nanti. Buatlah dengan tidak sampai merosakkannya kan. Gunakan kreativiti masing-masing. Apapun meh lah kita layan beberapa contoh hand bouquet duit dari perkongsian beberapa foto di FB. Kredit buat pemilik gambar . 




Gubahan bouquet wang kertas sesuai untuk mas kahwin