Minat sungguh ana dengan dekorasi hiasan bunga orkid yang sedang viral sana-sini tu. Bukan setakad ana sahaja yang minat, suami pun suka sebab tak sarat katanya. Dua tangkai orkid pun dah nampak cantik kan. Sebelum ni ana pernah dah terbitkan tutorial cara menggubah sepasu bunga orkid viral di SINI. Dan perkongsian ini di kongsi semula di majalah keluarga.my baru-baru ni dengan memberi kredit serta back link ke Page anajingga dot com . Semoga bermanfaat hendaknya.




Baru-baru ni, ana dapat juga hasilkan satu lagi gubahan bunga orkid pasu ni. Kali ni ana nak hadiahkan buat Jabatan Sumber Manusia RB sebagai penghargaan kerana mengambil Kak Long menjalani latihan praktikal amali di sana. Lagipun bekas majikan lama ana juga dahulu dan HRM dan staff pun kawan-kawan lama ana sendiri kan. Seronok dapat hadiahkan sepasu bunga orkid ni sebagai tanda kenang-kenangan.


Gubahan bunga orkid 




Bunga orkid jenis fabrik ungu ni ana beli di Semua House, KL. Di kedai bunga dan hantaran kat tingkat bawah tu. Kat sana harganya lebih murah serta lengkap dengan semua bahan untuk mendeko gubahan termasuklah daun dan lumutnya. Harga pun lebih murah dari tempat-tempat lain dengan kualiti yang sama. Ini kerana bunga orkid ni ada dua jenis sama ada fabrik ataupun jenis latex. Jangan beli hat plastik dah lah sebab memang tak cantik dan nampak murah. Apapun ikutlah bajet masing-masing kan. Kat bawah ni antara pilihan warna bunga orkid yang ada kat sana masa tu. 













Cantik-cantikkan semuanya, rambang mata nak pilih. Ana sebenarnya mencari bunga orkid berwarna merah hati atau maroon untuk menyamai warna korporat dan logo syarikat RB tapi sayangnya tak ada pula stok warna tu. Sudahnya ana pilih ungu tua tu, cantik lah juga ye tak :) Siapa lagi nak puji , puji lah hasil kerja sendiri hehe :) 

Dalam rumah ana sendiri ana hanya meletakkan bunga-bunga hiasan berwarna putih atau cream sahaja kerana ana tak mahu terlalu banyak warna dalam ruang tamu rumah. Caca marba jadinya nanti. Cukup ada warna putih tau cream yang senada. Gubahan bunga orkid putih yang ana buat dahulu tu kini ana letakkan di ruang tengah membahagikan ruang tamu dan meja makan tu. Sebab itu lah ana jadikannya gubahan empat penjuru kerana ia sesuai di letak di tengah ruang boleh di lihat dari depan dan belakang. Gubahan ini juga agak besar dan tinggi. 




Satu lagi gubahan bunga orkid harimau atau tiger orchid ni paling mudah nak buat. Hanya letakkan secara random di dalam pasu yang kurus dan tinggi. Ana tambahkan dedaun dan sesuai di letakkan di tepi dinding yang bercermin untuk memberi  impak pantulan pada cermin tu. Dan di ampit oleh dua biji bangku kayu di kiri kanan meja kaca. 





Begitulah sentuhan amatur ana dalam menata rias gubahan bunga orkid di rumah dan juga di jadikan hadiah. Ana juga sedia menerima tempahan gubahan bunga orkid ni sekiranya ada yang berminat kan. Bolehlah pm di  FB anajingga atau pun DM kat IG @anajingga . 

19 Comments

  1. Sejuk mata cheq tengok orkid cantik2 macam ni ♥😎♥

    #Salam kenal, cheq follow sini #1105 😄

    ReplyDelete
  2. Cantiknya👍🏻🌷. Tak sangka akak berbakat buat gubahan bunga rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jannah, tak lah berbakat sangat hehe sekadar suka2 je ni :)

      Delete
  3. Cantik2 orkid ni AJ... mata pun sejuk bila tengok..
    teringin jg nak jaga Orkid, tapi blm terlaksana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah nanti dapatlah atie bunga orkid ni naa :)

      Delete
  4. cantiknyaaa! kalo sy gubah xtau la rupa mcm hape.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ezy tak try, cuba satu hari nanti try mesti jadi punya hehe :)

      Delete
  5. creativenya ana... kagum kita tengok

    ReplyDelete
  6. Kreatifnya ana ni. Saya keras tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa boleh tu IL, sesekali nanti try naa :)

      Delete
  7. lawa la kak oi..nanti raya buat tuk aku tau

    ReplyDelete
  8. Cikbunga tak pandai laaaa nak gubag bagai... Tau beli jew yg dah siap... Tak kreatif langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak apa lah cik bunga asalkan ada dah lah kan :)

      Delete
  9. Cantik gubahan orkid pepel. berbunga-bunga hati orang RHB yang dapat tu

    ReplyDelete