20hb Oktober 2019 akan tercatat sebagai satu coretan kenangan indah buat ana kerana ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah untuk di kenang sepanjang hayat. Apa yang ana nak kongsikan dengan pembaca setia di sini hari ini ialah keseronokan ana dan beberapa rakan tersayang telah sama-sama menjadi sebahagian dari peserta konvoi bermotorsikal kuasa besar dalam program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019




Ana ride motor besar ?? Eh ! Tak lah kami join konvoi ni sahaja dengan menaiki TEKSI tapi konvoi sama-sama dengan geng motor besar tu dari satu destinasi ke destinasi seterusnya. Meriahnya korang, siap dapat merasa kena escort dengan polis trafik sepanjang jalan untuk memberi laluan kepada perjalanan konvoi kami pagi tu. Meh laa, ana cerita kan aktiviti konvoi KEMBARA RAHMAH ZAKAT dan acara penutup tu pasti akan kekal jadi kenangan terindah ana dan kawan-kawan bila pertama kali bersua wajah dan sempat di tegur oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah . #AgongKita 



KEMBARA RAHMAH ZAKAT Wilayah Persekutuan 2019 





Seawal jam 8 pagi ana dah sampai ke Taman Metropolitan Batu , di Kuala Lumpur. Sampai sana dah teruja sangat melihat deruman motor-motor kuasa besar ni sedang bersedia untuk sama-sama memeriahkan konvoi KEMBARA RAHMAH ZAKAT pagi ini. Selepas sarapan pagi, mereka di berikan taklimat keselamatan dan perjalanan konvoi oleh pegawai polis trafik yang bertugas sementara menanti ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk melepaskan peserta konvoi dan sama-sama menyertai kami dalam perjalanan nanti. 






Lebih kurang jam 9 pagi, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri , YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, tiba di perkarangan pintu masuk Taman Metropolitan Batu. Acara di mula kan dengan bacaan doa dan kemudian YB Menteri melepaskan pergerakan konvoi bermotor. YB Menteri turut sama menaiki Teksi yang disediakan dan menyertai konvoi dari belakang. Ana dan Sue pun cepat-cepat naik Teksi no 19 dan menyertai konvoi untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu ke Masjid Al-Mukhlisin,  Damai Bakti, Cheras. 




Kami sampai terlebih dahulu di Dewan Mukhlisin, Masjid Al-Mukhlisin, Jalan Damai Bakti, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sebelum konvoi motorsikal. Telah menanti untuk menyambut rombongan YB Menteri dan konvoi ialah YB Dato' Kamaruddin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Turut kelihatan ialah tokok agama yang ana sanjungi Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  . Seronok dapat melihat wajah beliau dari dekat. 








Ketibaan konvoi kemudiannya berhenti rehat dan kami memasuki dewan kerana acara seterusnya ialah majlis perasmian Dewan Al-Mukhlisin oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ini diikuti pula dengan tujuan dan matlamat asal program iaitu penyerahan sumbangan kepada Asnaf. Antaranya ialah sumbangan cenderahari Asnaf, sumbangan bantuan peralatan perubatan, bantuan perubatan ( mock cheque ) dan bantuan perniagaan ( mock cheque ) . 








Selesai acara, konvoi bermotor dan kami meninggalkan perkarangan masjid dan menuju ke destinasi terakhir ialah ke Lembah Pantai dengan iringan polis trafik sekali lagi untuk melancarkan perjalanan hujung minggu ini. 




Setiba di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur kali ini nampaknya, geng konvoi motor dah sampai dahulu dari kami. Ana dan rakan-rakan turun dari teksi dan menuju ke dewan utama menanti keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XVI. Berdebar-debar pula rasanya nak melihat Tuanku secara live pertama kalinya ni. 



Lebih kurang jam 11:30 pagi di umumkan keberangkatan masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sambil berjalan masuk, baginda bersalaman dengan hadirin yang kebanyakannya asnaf yang hadir di dewan. Menyambut baginda di sini ialah YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamad Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama  YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof serta tetamu VIP yang lain. Dewan juga dipenuhi dengan rakyat jelata serta golongan asnaf penerima zakat. 




Selepas bacaan doa di bacakan, diikuti pula oleh ucapan aluan dan menjunjung kasih oleh YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamad Fadzil. Di susuli pula dengan ucapan menjunjung kasih oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof . Majlis kemuncak acara yang di nantikan apabila Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddi Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf.




Pengurniaan sumbangan kepada asnaf adalah sumbangan Cenderahati Asnaf, sumbangan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan beserta mock cheque, bantuan am persekolahan ( mock cheque ), bantuan am IPT ( mock cheque ) dan penyerahan sumbangan SSPN kepada anak asnaf. Tuanku Yang Dipertuan Agong, diiringi VVIP dan hadirin kemudian nya menuju ke khemah untuk santapan Diraja. Dan waktu baginda lalu di hadapan meja kami, sempat menegur kami " makan, banyak lagi tu, "  sambil tersenyum '. Daulat Tuanku. 






Berakhirlah sudah satu program yang sangat menarik untuk hari ini. Program Kembara Rahmah Zakat  ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam memperhebat hebahan usaha mereka melaksana agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan terutama menerusi program agihan zakat. Sebanyak 100 motosikal berkuasa tinggi dan 20 teksi penerima bantuan zakat baitulmal MAIWP yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi menyertai konvoi sejauh 35.9 KM itu. Dan ana antara mereka yang berasa sangat bertuah kerana turut menjadi sebahagian dari program yang cukup bermanfaat ini, Alhamdulillah. 

Saksikan video sepanjang program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019 yang ana rangkumkan di sini : 




#maiwp #baitulmalmaiwp # kembararahmah #asnaf 




24 Comments

  1. Alhamdulilah, program yang sangat seronok ni kalau dapat join. Best gak bab konvoi-konvoi tu...moga niat murni dan amalan ini di berkati Allah swt..aamiinn

    ReplyDelete
  2. tak ajak...sob sob sob
    mesti best dapat jumpa YDP Agong dengan Permaisuri

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lain kali kita pii Hans, in shaa Allah. YDPA sahaja yang mencemar duli tanpa tuanku Permaisuri tengahari tu :)

      Delete
  3. seronoknya dpt peluang join program camni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah satu pengalaman yang amat bermakna Ujie :)

      Delete
  4. Masa #AgongKita tegur suruh makan tu, terkedu sangat! Kenangan manissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Kolin, tu kak ana tulis gak satu kenangan bermakna sangat di tegur baginda tuanku, heppii nyaa :)

      Delete
  5. seronoknya kembara rahmah ni. bestnya dapat jumpa Agong. jealous saya haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe In Shaa Allah lain kali aerill ada rezeki boleh lah join nantikan :)

      Delete
  6. Bonde pernah konvoi ke Johor bersama team bikers nih, memang seronok tapi kali ni beruntung Kak Ana dapt jumpa Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddi Al-Mustafa Billah Shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lagi jauh tu Bonde, bagi kak ana satu pengalaman yang teramat indah Alhamdulillah

      Delete
  7. Alhamdulillah.. semoga byk lg program mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah pasti ada lagi event lain dari MAIWP nina :)

      Delete
  8. Alhamdulillah,best dapat join program mcm ni kan..klu ada peluang nak jgk ngikutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah ada rezeki nanti mungkin linda boleh join kan :)

      Delete
  9. Moga usaha begini di teruskan di masa-masa akan datang :)

    ReplyDelete