Eh! Dah aihh! Tak pii Pasir Mas Kelate' pun. Ada je kat sini :) Pagi semalam suami ajak sarapan pagi sekali lagi ke gerai Mee Kuoh Udey, kat Batu 16, Rawang tu jer. Sebelum ni pun kami pernah sarapan pagi kat sini dengan jiran Man dan Ida. Kali ni macam teringin lak nak makan nasi kerabu dia yang sedap tu. Serius memang ana suka makan nasi kerabu kat sini tu yang repeat lagi. 

Ada pelbagai pilihan nasi kerabu dengan lauknya, tapi ana pilih nasi kerabu ayam bakar dan suami yang mulanya nak makan nasi kerabu daging bakar, tapi bukan rezeki dia pagi tu sebab dah habis. Suami ambil nasi kerabu daging goreng. 


nasi kerabu daging goreng 


Nasi kerabu dia ada pelbagai ulam bukan sekadar taugeh dan kacang panjang. Ada ulam selom kalau tak silap ana dan ada juga hirisan bunga kantan dan kobis selain taugeh dan juga timun. Tumis dia pun sedap. Ada kelapa kering dan juga sambal pun sedap tak lah pedas berjahang, just nice. Untuk ayam bakar tu memang ana puji sangat sebab terasa perapannya ke dalam isi ayam. Daging goreng tu biasa sahaja lah macam selalu kita makan. 

Keropok pun banyak dia bagi, rangup dan sedap gak. Dan pastilah budu wajib ada dalam menu nasi kerabu original Kelantan. Kalau tak makan budu tak yah lah makan nasi kerabu deh :) Tak kena nanti tak ori gituew :) 


nasu kerabu ayam bakar 


Harga ana tak berapa pasti sebab kami makan berdua menu ni dengan air kosong sahaja pagi tu, semuanya RM14 sahaja. Pepandailah korang agak berapa sepinggan ye. Paling tak pun ana rasa RM7 kut atau pun harga nasi kerabu ayam bakar dan daging goreng tu lain-lain, Waallahu a'alam. Kenapa minum air kosong jer ? Sebab pagi tu dah pekena kopi o kat rumah sebelum keluar, jadi di usia-usia kami ni memang kena kurangkan minuman manis dalam diet seharian. Bahaya untuk kesihatan kan. Ana sekarang ni pun kat mana pun akan pilih ais kosong atau air suam je. Melainkan dalam sehari tu belum jamah air manis, boleh lah order.

Kat mana gerai Mee Kuoh Udey ni ? Ia terletak di Batu 16 , Rawang. Kalau dari KL selepas Tesco Rawang korang kena u-turn tapi kalau dari bandar Rawang ni belah kiri je lah selepas simpang ke Taman Tun Teja,  berhadapan Nagoya sana tu. Alahai.. senang cite waze je lah kan. 


gerai mee kuoh udey, Rawang 


Pelbagai menu Pasir Mas ada kat gerai Mee Kuoh Udey ni yang sebenarnya di sebut dalam loghat Kelantan tu, Udey tu udang. Ada roti hemlet, roti titap, nasi berlauk, sup merah dan sebagainya. Boleh baca semula di SINI pernah ana terbitkan tahun lepas entrinya. Jadi kalau korang rindu menu masakan Pasir Mas, khas buat anak-anak Kelantan khasnya, boleh try makan di sini kay. Carilah info gerai ni FB, mudah jaa :) 



18 Comments

  1. dah lama tak makan nasi kerabu
    nak makan nanti juga :)
    jom singgah blog saya juga :)
    https://www.imemily.com/2019/10/marrybrown-jimat-jumaat-promo-so-worth-it.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom makan nasi kerabu week end ni Imemily :)

      Delete
  2. Suka nasi kerabu
    tapi mana lada soloknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak ambik WP tak berapa minat pulak makan solok lada ni :)

      Delete
  3. Allahu sedapnya nasik kerabu. Jauh betul rawang. Kak ana kalau dtg taiping nak try nasi kerabu femes cri dkt pasar malam kamunting sedapppp rm5 je satu. Lauk ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada gak kat Tepen ye Ain, In Shaa Allah ada rezeki sampai lah kak ana ke sana, ada sepupu duk Kamunting tu hehe :)

      Delete
  4. Cikbunga pon suka makan 🌼🌼tapi tak tau nak buat😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pernah try buat sekali, memang banyak benda nak kena buat CikBunga, baiklah beli hat yang dah siap ni berbaloi rasanya hehe :)

      Delete
  5. Ammi first time makan nasi kerabu tahun 2017. Masa tu ammi ikut trip ke Kelantan. Baru tau betapa nikmatnya nasi kerabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama lah kak ana pun orang Perak tak ada nasi kerabu yang ada nasi ulam, tapi bila berhijrah ke KL barulah kenal nasi kerabu, nasi dagang bagai ni Ammi :)

      Delete
  6. Kinah memang suka makan nasi kerabu ni. Dulu tak reti makan, lepas kawan ajar cara makan baru tahu. Heheh pasni boleh ajak yop breakfast kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Kinah kita orang Perak mana nak kenal nasi kerabu hehe :)

      Delete
  7. Replies
    1. kak ana pun suka sekali sekala makan nasi kerabu ni Yana :)

      Delete
  8. Pelbagai menu dia.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAlau Sha singgah Rawang boleh lah try nanti :)

      Delete
  9. nasi kawen, nasi buje pun ado??? wah wah wah..menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nasi bujang tu femes kan JM nasi bajet kata student hehe :)

      Delete