Orang Pantai Timur ni antara yang teramai berhijrah ke luar seluruh tanahair ni kan. Ke mana sahaja ana pergi pasti berjumpa dengan mereka. Senang sangat nak mengenalinya dari percakapan dialek bahasa Pantai Timur ni memang tahu dah mereka dari Kelantan atau pun Terengganu. Dan paling ketara, mereka sering kali berniaga di mana juga mereka berada. Kerana itu lah tak susah nak cari  makanan Pantai Timur walaupun kita berada di Selangor ni. 



Mee Kuoh Udey Pasir Mas


Ahad lepas, jiran kami Man dan Ida ajak sarapan pagi. Kita makan makanan Kelantan katanya. Ana pun tak pasti ke mana Man nak bawa kami suami isteri. Rupanya tak jauh mana, sekitar bandar Rawang ni sahaja. Lokasinya berhadapan simpang berhampiran Tesco, Rawang tu. Kami singgah sarapan di Gerai Mee Kuoh Udey, Pasir Mas. Tak sampai Pasir Mas pun hehe :) 





Cuba korang tengok ejaan pada papan tanda kedai tu, kuah udang di eja mengikut sebutan Kelantan kan. Yang tak faham tu nasib lah ye. Menurut Man, kat sini lah port lepak nya bersama kawan-kawan geng Kelantan Livinian bila nak makan menu Pasir Mas ni. Macam-macam menu ada disini. Kami cuba beberapa menu yang agak rare juga lah pada ana ni. 

Suami dan Man makan nasi kerabu daging bakar. Sedap, daging bakarnya lembut cuma agak manis pada ana yang bukan orang Pantai Timur. Kerabunya dan tumisnya sedap. Alhamdulillah. Ida pula makan nasi berlauk. Nasi berlauk ni nasi putih yang di makan dengan lauk yang selalunya ikan tongkol masak lemak atau pun ayam. Kira macam nasi campur cuma di Kelantan di panggil nasi berlauk. 




Antara kuih yang ada pagi tu yang ana cuba sendiri ialah kuih pulut panggang. Uniknya kuih pulut panggang ni dari yang biasa ana makan ialah intinya di perbuat daripada serunding ikan. Sedap dan tak pedas. Kena dengan selera ana. Kuih pulut panggang ini pun panas-panas lagi di sajikan. 





Untuk menu ana pula nak cuba roti titab ni. Kaedahnya sama sahaja dengan roti bakar goyang cuma ia di makan bersama sekaya. Roti bakarnya agak nipis kerana menurut Man kalau di Kelantan, roti titab ni roti bakarnya lebih tebal. 





Dan yang ini pula adalah roti hemlet. Mula-mula ana sebut roti helmet hehe :) Roti ni ala-ala roti John sahaja. Cuma ia tidak berinti daging atau ayam. Cuma di dalamnya di letakkan telur dadar dan juga sekaya. Itu sahaja. Agak tidak kena juga dengan selera ana, tapi tak salah mencuba kan. Dan kalau ada yang mengidam nak makan makanan tradisional Pasir Mas, khasnya dan pantai timur amnya boleh lah korang singgah ke Gerai Mee Kuoh Udey di Rawang, Selangor ni kay :) 


WAKTU OPERASI : 7 Pagi -11 Malam
ISNIN ( TUTUP )
LOKASI: No.31,kedai MPS Batu 16, 48000 Rawang , Selangor
GOOGLE MAPS: Mee Kuoh Udey Pasir Mas (Rawang)

4 Comments

  1. malam malam gini tengok nasi kerabu rasa nak nangis pulak ><"

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jenuh tu, esok siang pi cari naa Fyqah :)

      Delete
  2. pulut panggang gitu pernah beli di pasar malam, gerai menjual makanan Pantai Timur. Memang sedap! Kalau dapat yang panas panas macam AJ makan ni lagilah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Ada Ujie pulut panggang macam tu di jual di pasar malam kan. Betul yang panas-panas lagi sedap

      Delete