Dari duduk di rumah papan masa kecil-kecil kat kampung lagi mak ana suka letak pokok hidup dalam rumah. Sekarang ni pun menjadi trend kembali ramai yang meletakkan pokok-pokok hidup sebagai hiasan di ruang tamu rumah masing-masing. Dulu pernah juga ana letakkan pokok lidah jin dalam pasu di satu sudut di ruang tamu. Tapi lama-kelamaan pokok tu bertukar kuning dan layu kemudian terus mati. Tak mampu bertahan lama. Pastinya ana rasa pokok-pokok hidup ni perlu di keluarkan juga sekali sekala di berikan cahaya matahari untuk ia kekal hidup subur.

Baru-baru ini macam terfikir untuk sekali lagi meletakkan tumbuhan pokok hijau di ruang tamu rumah. Bila kita nak letak pokok hidup dalam rumah ni, kena lah cari pasu yang sesuai, dan jangan lupa alas pasu supaya bila kita jirus nanti tak lah basah sampai ke lantai. Dalam mencari pokok apa yang sesuai untuk di simpan sebagai hiasan dalam rumah ni, ana cuma dapat letakkan pokok tetupai ni dahulu buat sementara. Ye lah sebab pokok ni daunnya tahan lama, tak gugur dan dah siap-siap dalam pasu yang bersih. Ana cuma tambahkan batu putih tu sebagai tambahan.





10 jenis pokok yang sesuai di tanam di dalam rumah : 


Jom kita tengok apakah jenis-jenis pokok yang sesuai di jadikan hiasan di dalam ruang tamu rumah dari beberapa sumber rujukan di internet yang ana perolehi , antaranya :

1. Pokok spider plant 


credit photo : amazon.com


2. Pokok rubber plant 

( bukan pokok getah pulak ye )

worldmarket.com 

3. Pokok palma . 


Ana pernah letak sepasu tak sampai setengah hari patah dahan-dahan dan daun-daunnya di panjat anak-anak bulus yang nakal.


credit pinterest


4. Pokok Peace Lily 


credit amazon.com 

5. Pokok lidah jin ada juga yang panggil lidah mertua . 





6. Pokok English Ivy 


credit lazada

7. Pokok pakis Bostan 



credit Pinterest 

8. Pokok sirih gading



credit tokopedia 

9. Pokok Dracaena



credit impiana 



10. Pokok Calathea-Melancia



credit viramon 



Di ruang parkir berbumbung di hadapan rumah ana ni pula, ana letakkan pokok paku pakis sahaja. Ada beberapa jenis paku pakis dan yang dalam tiga pasu kecil ni ialah pokok paku angin. Selain daripada itu ada juga ana letakkan di dalam pasu yang agak besar pokok dari spesis palma. Sebenarnya ana suka melihat kehijauan tumbuhan pokok ni kerana memberikan satu pandangan yang menyegarkan. Tapi awas juga lah sekiranya ada kanak-kanak kecil di rumah kerana ada juga pokok yang beracun dan tidak selamat untuk kanak-kanak jika terkena pada kulit. Selalunya dalam kategori jenis pokok keladi, kan. Carilah rujukan di internet tentang perihalnya. 




14 Comments

  1. pokok sireh gading paling senang jaga. so far hidup sampai ke hari ni.. tak manja sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tatie, senang sangat nak menjadi pokok ni :)

      Delete
  2. Assalam. Lama akak tak blogwalking...hehee... Rajin Ana tanam pokok...

    ReplyDelete
  3. Banyaknya rupa pokok yg menarik jadi hiasan.. Ekin x berani nak tanam dlaam rumah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ekin ada anak-anak kecil biarlah dulu kut nak tanam pokok dalam rumah ni kan, risau gak dengan anak2 ni :)

      Delete
  4. Dah ramai suri rumah tanam pokok bunga plastik aje dalam rumah
    Senang jaga dan tahan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plastik pun boleh WP pokok asli pun lagi cun sebenarnya kan :)

      Delete
  5. baru tahu namanya pokok sireh gading. So far tak pernah tanam pokok di rumah mahupun opis.

    ReplyDelete
  6. Banyak juga pokok yg boleh kita tanam dlm rumah kan AJ..menarik. Menyejukkan rumah..pokok Peace Lily tu mcm jarang tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Atie, cantik sangat kalau kena pada penjagaannya :)

      Delete
  7. setakat ni cuma ada sirih gading dengan snake plant tu sebab mudah jaga.

    ReplyDelete