realme 5 & realme 5Pro dengan teknologi Quad Kamera

Wahh.. excited sungguh bila ana dapat jemputan untuk majlis pelancaran model terbaharu smartphone realme 5 dan 5 Pro baru-baru ni. Walaupun ana ni bukan lah pandai sangat bab review smartphone atau gajet terkini tetapi rasa bertuah juga dapat sama-sama hadir dan memeriahkan pelancaran model baharu realme  yang telah berlangsung pada 3hb Oktober 2019 di EX8, Subang Jaya. Paling tidak pun dapat berkongsikan berita baik ini buat pengunjung blog picisan ini, kan. 


realme Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama iaitu realme 5 dan realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan 712. Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan. Kelebihan pada kedua-dua model adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.




" Ribuan terima kasih nuat semua peminat realme di Malaysia kerana ami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini, kami meneruskan semangat ' Dare To Leap' dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang di bawa realme. Hal ini turut menyakinkan kami untuk membawa masuk model relame 5 dan 5 Pro ke Malaysia, " kata Tiffany Teh, pengurus jenama realme Malaysia.

realme 5 - Quad Camera PowerHero 




Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru - Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+, yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

Bagi realme 5, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera AI- 119° sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, reamle 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.



KELEBIHAN DAN SPESIFIKASI realme 5 :


Dimensions : 164.4 x 75.6 x 9.3 mm (6.47 x 2.98 x 0.37 in)
Weight : 198 g
OS : Android 9.0 (Pie); ColorOS 6
Chipset : Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 (11 nm)
CPU : Octa-core (4x2.0 GHz Kryo 260 Gold & 4x1.8 GHz Kryo 260 Silver)
GPU : Adreno 610
Memory : 64GB 3GB RAM, 128GB 4GB RAM
Main Camera :
a) 12 MP, f/1.8, (wide), 1/2.9", 1.25µm, PDAF
b) 8 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/4", 1.12µm
c) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm (dedicated macro camera)
d) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm, depth sensor
Selfie Camera : 13 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/3", 1.12µm
Battery : Non-removable Li-Po 5000 mAh battery
Color : Crystal Purple, Crystal Blue

Harga pasaran realme 5 : RM 599 - RM 799



realme 5 Pro - Quad Camera SpeedMaster


realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3 GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Bagi Persediaan quad kamera pula, realme 5 Pro dilengkapi 119° sudut utra-lebar (8MP), 48 MP kamera utama Sony IMX586, lensa potret (2MP) dan lensa ultramakro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony IMX471 AI 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang tidak dapat ditandingin dalam segmen ini.




Menariknya, realme 5 Pro mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0 . 



KELEBIHAN DAN SPESIFIKASI realme 5 Pro 

Dimensions : 157 x 74.2 x 8.9 mm (6.18 x 2.92 x 0.35 in)
Weight : 184 g
OS : Android 9.0 (Pie); ColorOS 6
Chipset : Qualcomm SDM712 Snapdragon 712 (10 nm)
CPU : Octa-core (2x2.3 GHz Kryo 360 Gold & 6x1.7 GHz Kryo 360 Silver)
GPU : Adreno 616
Memory :  128GB 8GB RAM
Main Camera :
a) 48 MP, f/1.8, (wide), 1/2.9", 0.8µm, PDAF
b) 8 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/4", 1.12µm
c) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm (dedicated macro camera)
d) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm, depth sensor
Selfie Camera : 13 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/3", 1.12µm
Battery : Non-removable Li-Po 4035 mAh battery
Fast battery charging 20W: 50% in 30 min (VOOC 3.0)
Color : Crystal Green, Sparkling Blue

Harga psaran realme 5 Pro : RM 1,099


Buat pertama kalinya, dua telefon pintar siri realme akan dijual eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut berhubung jualan online, sila layari http://bit.ly/realme5remind

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan realme 5 Pro, boleh membuat pesanan bermula hari ini sehingga 11 Oktober 2019. Untuk mengetahui lokasi kedai realme berhampiran anda, sila rujuk https://realmemalaysia.ucraft.net/ 
.
.

realme 5 & realme 5Pro dengan teknologi Quad Kamera realme 5 & realme 5Pro dengan teknologi Quad Kamera Reviewed by AJ on October 07, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Cantik betul hp yang baru nie.. harga pun competitif.. cam nak belu satu je.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Harganya macam mampu milik berbanding hp jenama2 terkenal lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mengikut segmen pasaran yang sama WP :)

      Delete
  3. wahh hebat dpt jemputan gituuu..

    dpt bwk balik henpon baru x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala wak memeriahkan suasana gituew :0

      Delete
  4. makin canggih smartphone skrg..
    nak2 lg camera.. cantik2 plak tu..
    tergoda jgk la.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa macam2 sekarang ni makin banyak kamera pula kan :)

      Delete
  5. murah harganya.. boleh kumpul duit sikit beli utk besday Mama nanti

    ReplyDelete
  6. Wow... Meriah majlis nyer 👍👍

    ReplyDelete
  7. Kamera dia canggih betullah...dan harga pun serendah 599rm ek..murah berbaloi kalau setakat yang guna hanya wahtsapp dan media sosial aje..kan kann

    ReplyDelete
  8. menarik.harga pun berpatutan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.