Korang jemu tak makan makanan Thai kat kedai tomyam tu ?? Mahu tak jemu kan, balik-balik menu yang sama kita ulang, khasnya untuk menu makan malam panas-panas ni. Kebanyakan restoran yang menyajikan ikan bakar pun kebanyakannya akan menawarkan menu masakan Thai dalam pilihan menu mereka. Ana ni selera Melayu nya kuat ya amat. Memang rindu sekali sekala nak makan menu masakan Melayu asli. 




Boleh pulak baru-baru ni teringin nak makan ikan bakar segar-segar tapi dalam masakan Melayu asli bukan dari restoran masakan tomyam gitu, Suami kata kalau nak makan ikan bakar segar kena ke Klang sana nun. Aww! Mak!! Tapi memandangkan kebetulan semasa menunggu anak-anak habis event di kampus Shah Alam malam tu, suami ajak makan malam ikan bakar di Restoran Sisik Ikan Bakar. Tak jauh pun dari Shah Alam ni hanya di Bandar Botanik , Klang. Alaaa... Berhadapan GM tu jer lokasinya. Haa!! Maka tercapailah hasrat puan isteri nak makan ikan bakar segar dan seafood tetapi dalam menu masakan Melayu. Tak mau Thai food pula malam ni. 



Restoran Sisik Ikan Bakar




Kami sampai lepas Maghrib, parkir kereta pun senang ya amat sebab malam kan GM tu dah tutup. Jadi parkir bersepah lah bak kata suami ana. Masuk ke Restoran Sisik Ikan Bakar ni nampak meriah sangat dengan langsir ala-ala tepi pantai gitu, dan di hiasi lampu-lampu di sekeliling nya. 




Ana masuk dan lihat ada sudut ikan-ikan dan makanan laut di pamerkan dan pelanggan bolehlah memilih ikan atau seafood apa yang korang nak makan. Pastu, pilih dalam set menu yang di berikan. Jangan minta masakan yang tak ada dalam menu sudah ye, hat tu korang masak lah sendiri nanti. Meh! Nak belanja sikit segar-segarnya ikan dan seafood yang ada di Restoran Sisik Ikan Bakar ni. 










Sekali sekala kita makan besar pula kan. Rewards untuk kami berdua malam tu. Aneka pilihan menu yang tersaji yang di sediakan oleh tukang masak di Restoran Sisik Ikan Bakar ni adalah seperti kat bawah ni. Alhamdulillah, semuanya sedap-sedap dan suami makan dengan selera sangat. Yang penting ikannya segar dan menu masakan Melayu asli sangat. Jom lah ana ceritakan satu persatu menu yang kami nikmati malam tu. 


Udang goreng berempah 


Ini udang goreng berempah tapi ia bukan lah butter prawn macam yang selalu ada kat restoran tomyam seafood tu. Sempat lah bertanya pada Puan Linda (tuan kedai) yang ramah melayan kami malam tu, udang ni di goreng dengan rempah ratus menu asli Restoran Sisik Ikan Bakar itu sendiri. Jadi memang tak ada butter prawn atau pun salted egg macam hat selalu jual tu naa.. Unik sangat rangup rasanya ada adunan rasa rempah. 


Lala berlada


Pepahat masak berlada 

Kepah berlada

Tiga menu seafood di atas pula adalah antara pilihan seafood yang korang boleh pilih mengikut set yang ada di tawarkan. Ada lala, pepahat dan juga kepah berlada. Haa!! Sebenarnya kami ni bukan makan berdua je tau, ada geng lain lagi tapi malu lah pula nak bergambar reramai, sebab tu lah banyak menu pilihan. Kalau berdua mahu sampai ke pagi nak menghabiskannya. 


Ikan pari bakar 

Mesti korang tertanya-tanya mana menu ikan bakar nya kan, nama Restoran Sisik Ikan Bakar tapi tak kan tak makan ikan bakar :) Taaa!! Daaa!! Inilah dia ikan bakar yang ana pilih sendiri , ikan pari bakar . Yang ana tunjuk tu sekor ikan pari tapi idak lah nak ambil seekor besaq tu, yang di sajikan disini adalah mengikut portion untuk satu set menu pilihan sahaja. Ikan bakar pari ni sedap sambal dia ana suka sebab tak terlalu pedas. Sesedap rasa pada selera ana, Alhamdulillah. Tak puas sebenarnya rasa nak tambah lagi tapi lain kali lah kan, In Shaa Allah. 







Selain daripada ikan pari bakar ni satu lagi menu bakar-bakar yang awesome sangat iaitu sotong bakar madu. Kerlaasss ko!! Memang sedap dan fresh sangat , korang tengok sendiri kan main keras lagi selepas di bakar, kalau tak fresh mestilah dah bakar pun jadi lembik sotong tu. Ini pun macam tak puas makan reramai sebab kami ambil seekor sahaja malam tu, adoi.. kena repeat lagi ni :) 


Singgang pedas udang galah dan seafood

Untuk menu berkuah pula kami cuba singgang pedas udang galah dan seafood. Singgang tau bukan tomyam. Kann dah kata awal-awal tadi kesemua sajian menu di Restoran Sisik Ikan Bakar ni adalah menu masakan Melayu. Sedap , pertama kali ana makan singgang seafood ni. Lain lali boleh lah try masak di rumah pula kan. 


Singgang pedas bawal mas 


Dan ini juga singgang pedas tapi ikan bawal mas. Ikan bawal mas antara ikan feveret kami di rumah, dan kali ni kita try makan masakan singgang pedas pula. Sedap lah kan sebab ikan bawal mas ni lemak je isi nya tak bertulang. 




Ikan siakap bakar tempoyak 


Dan inilah menu paling sedap yang kami makan sampai menjilat jari, ikan siakap bakar tempoyak kata tuan kedai. Menu pilihan ramai katanya. Memang rare dan sedap, terliur pula aihh!! Sekali makan rasa macam pais pun ada tapi ia ada rasa tempoyak dan dalam sambal yang pekat. Serius sedap, kena sangat dengan selera Melayu ana yang kental ni. 





Untuk pilihan sayuran pula, kami ambil kailan goreng belacan dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Baru lah selera Melayu original kan bila ada sambal belacan ni. 


sambal belacan dan ulam-ulaman 


Satu lagi signature dish di Restoran Sisik Ikan Bakar, Bandar Botanik, Klang ni ialah Nasi Lemak Buluh Perindu. Korang boleh pilih nak makan dengan pelbagai menu sampingan di sini seperti sambal paru, rendang ayam, rendang udang galah dan sebagainya. Ikut lah citarasa masing-masing kan. Sebab kami pilih makan nasi jadi tak lah makan nasi lemak nya. Lain kali kita maii cuba pula, In Shaa Allah. 



Nasi lemak Buluh Perindu 


Nasi lemak buluh perindu 






Alhamdulillah semua menu sedap dan segar yang kami nikmati berbaloi dengan harga makanan yang di bayar. Korang boleh pilih set menu yang ada anataranya Set Jula Juli ( untuk 2 orang makan ), Set Tapak Sulaiman ( untuk 4 orang makan ) atau Set Kuda Laut ( untuk 8-10 orang makan ) hat kami makan malam tu laahh sebab kami ramai gak hehe :) Harga ikan dan seafood adalah mengikut harga pasaran semasa. Set datang dengan nasi putih air . Atau korang juga boleh makan dengan pilihan menu ala-carte pun ada. Ikutlah bajet masing-masing naa. 




Restoran Sisik Ikan Bakar dahulunya di kenali sebagai Restoran Warisan Tok Sisik beralamat di :

Restoran Sisik Ikan Bakar
No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanik,
41200 Klang Selangor 




Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah hubungi whatsapp nombor di bawah : 

019-2263004 
016-2240474




Untuk update terkini dan sebarang promosi korang follow sahaja Restoran Sisik Ikan Bakar di laman sosial : 






Restoran Sisik Ikan Bakar di buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk makanan laut bakar. 





Ana dan rakan-rakan bersama Puan Linda pemilik Restoran Sisik Ikan Bakar 


26 Comments

  1. Nampak sedap semua makanan tu kak ana..nak pergi jauh plak..nanti la kalau tersesat ke sana boleh la cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti SA boleh je datang ke sini kan :) In SHaa Allah

      Delete
  2. Sodapnyaaaaaa. seafood dia nmpk freshh

    ReplyDelete
  3. Wah.. fresh fresh seafood dia.. Pelbagai jenis masakan.. puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha fresh dan masakan pun sedap :)

      Delete
  4. Menariknyaaa...mesti sedap kan..nampak ramai org tu...

    ReplyDelete
  5. Dugaan apakah ini..terliur..menarik udang goreng tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe udang tu menurut owner restauran di goreng dengan rempah dan tepung adunan resepi sendiri PC bukan ala butter prawn atau pun salted egg prawn :)

      Delete
  6. nama nyer SISIK ...sib baik makan tak der sisik kat ikan tue ;)

    semua nampak sodap nie haaaa ;) dah laa bukak time lunch nie... adoiii lapo laaa nieee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nama je SISIK nay tak ado sisik ehh :)

      Delete
  7. nampak fresh2 semua menu tu kak? mesti sedap nih... udang goreng dia tu pun nampak sedap betul ngn rempah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah fresh dan sedap Dana udang goreng di Sisik ni :)

      Delete
  8. Teringat ikan siakap bakar tempoyak dekat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu lah zumal, hat tu paling kak ana sukaa sangat :)

      Delete
  9. semuanya nampak menyelerakan. syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua kena dengan selera kami Raihanah :)

      Delete
  10. Meriah restoran, klasik dgn langsir2..
    Sedap2 semuanya.. seafood ni memang favourite.. insyaAllah balik sana nti nak cuba.. ada kak ipar kat Klang.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah singgah dan try sendiri nanti atie kan :)

      Delete
  11. Sedapnya nampak lauk-lauk tu. Okey boleh plan pergi sini sebab kami memang suka makan ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok sangat dah tu KF ada rezeki maii try makan sini pulak naa :)

      Delete
  12. memang sedap makan kt sini. rasa maca nak repeat lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah ada rezeki boleh lah repeat nanti aerill :)

      Delete
  13. terliur baca entry. istimewa sangat sebab owner pun melayu n masakan melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sal, memang sedap masakan melayu di Sisik ni, Alhamdulillah

      Delete