Terima kasih Utusan Malaysia - URTV akan tetap dalam kenangan

Dibesarkan dalam tahun 1980-90an , di mana ketika itu dunia remaja kami beroleh sumber hiburan hanyalah melalui radio dan televisyen setiap hari. Ana masih ingat waktu kanak-kanak mula menonton televisyen dalam siaran hitam putih sebelum bertukar ke siaran berwarna. Stesen TV pun hanya ada RTM 1 dan 2 kemudian barulah hadirnya TV3 stesen Tv swasta pertama Malaysia. Radio pula ana peminat siaran FM Stereo waktu remaja dahulu dengan rancangan Pilihan Bersama di mana DJ memutarkan lagu-lagu popular pilihan pendengar mulai jam 9 malam, sambil siapkan kerja sekolah kat tepi tingkap sambil dengar radio slow je takut abah marah. 

Sumber berita hiburan tempatan dan luar negara ketika itu kami hanya dapat dari surat khabar dan majalah. Bercerita tentang suratkhabar dan majalah, salah satu majalah hiburan kegemaran ana adalah URTV. Walaupun waktu itu ada beberapa lagi pilihan seperti Variapop, Media Hiburan, Hai dan sebagainya namun UTRV terlalu dekat di hati. Di terbitkan 2 kali sebulan pada 1 dan 15hb setiap bulan dan selalunya ada keluaran khas untuk Hari Raya edisi tebal dan penuhlah gambar-gambar raya artis bersama keluarga. Memang wajib beli waktu tu walaupun harganya agak mahal dari keluaran setiap bulan. 






Ketika era 90-an, seingat ana harga majalah URTV ni RM1.20 sahaja dan selalunya ana beli dari kedai buku bawah stesen bas bersatu di tengah bandar Teluk Intan. Gigih lah simpan duit lebih belanja sekolah semata-mata nak beli majalah hiburan ni. Dunia remaja pastilah begitu lumrahnya. Paling teruja bila cover atau poster gambar penyanyi pujaan atau pelakon kesukaan. Jamal Abdillah, Fauziah Latiff, Ogy Ahmad Duad dan ramai lagi artis kesukaan ana. 

Begitu juga dengan suratkhabar, ana tak lah beli setiap hari tetapi selalunya minta abah beli terbitan hari Ahad khasnya Mingguan Malaysia waktu tu sebab ada sisipan hiburan dan cetakan berwarna. Seronok kalau ada berita artis kesayangan dan siap gunting dan tampal pada scrab book lagi. Begitulah nostalgia indah untuk di kenang bersama Utusan Malaysia yang berakhir riwayatnya pada 9hb Oktober 2019 yang lalu kerana ianya ditutup sepenuhnya operasi penerbitan. 




Sedih, tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Namun begitulah hakikat, tiada apa pun yang kekal di atas mukabumi ini kecuali DIA yang MAHA ESA. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban, pastinya buat kakitangan Utusan Malaysia yang diberhenti kerja atas penamatan operasi penerbitan. Apa dan kenapa jawapannya tiada pada ana, kerana hanya mereka yang mengetahuinya. 

Cukuplah sekadar ana imbasi semula kenangan terindah sewaktu membesar dengan majalah dan surat khabar terbitan Utusan Malaysia. Segala sumber di sana lah kami rujuk sebagai bacaan hiburan dan berita semasa. Dari suratkhabar juga kami ketahui jadual siaran TV apa yang menarik untuk di tonton di TV. Segalanya dari sumber yang sah dan rasmi. 

Alhamdulillah separuh juga perjalanan usia ana tanpa dunia internet yang kini mengambil alih segala sumber. Waktu itu sekadar membawang tentang artis pun sesama kawan dan sepupu-sepapat sahaja. Tidak lah seperti masa kini, segala maklumat di hujung jari, semua pantas tersebar dan belum pasti benar atau tidak ceritanya. Semua orang bebas menghukum dan mengkritik sesuka hati tanpa batas sempadan. 




Terima kasih Utusan Malaysia... kerana menceriakan perjalanan alam remaja ana suatu waktu dahulu. Ada juga beberapa terbitan cerpen dan puisi di kolum suratkhabar yang ana kirimkan. Sayang sangat waktu itu, tidak pandai untuk menyimpan keretannya sebagai kenang-kenangan. Zaman itu lagi ana suka menulis dan ada juga yang di terbitkan. 

Kini Utusan Malaysia akan kekal di dalam ingatan segala masih benafas di bumiNya ini. Utusan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu merupakan akhbar Bahasa Melayu tertua di negara ini dan sekali gus di dunia. Masih ana ingat lagi arwah Tok Saidin suka membeli suratkhabar Utusan Melayu dalam tulisan Jawi. Sekali lagi terima kasih Utusan Malaysia.. 
Terima kasih Utusan Malaysia - URTV akan tetap dalam kenangan Terima kasih Utusan Malaysia - URTV akan tetap dalam kenangan Reviewed by Ana Jingga on October 14, 2019 Rating: 5

26 comments:

  1. tak pernah beli sendiri URTV ni tp curi2 baca yg along sy beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah ada yang beli cukup lah kan tumpang baca ammi :)

      Delete
  2. kita sezaman lah kak, dulu2 masa dana kecik selalu lah baca urtv yang makcik beli. dari situ lah kenal pasal artis itu ini heheheh... rasa lain bila dah takde surat kabar utusan ni, sebab hari-hari kita baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin zaman yang sama usia yang jauh berbeza ni Dana hehe :) semoga ada sinar baharu buat Utusan, in shaa allah

      Delete
  3. Selalu beli URTV ni masa dulu2..UTUSAN pun sama..kira Kumpulan Utusan ni peneman juga masa zaman2 kita dulu.. kesian sgt dgn nasib yg menimpa Utusan.. moga ada rezeki di luar sana buat staff2 yg terlibat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kita membesar dengan majlah dan suratkhabar utusan, in shaa allah semoga baik2 semuanya nanti :)

      Delete
  4. Sama ngan cikbunga 🌹🌹
    Sedih dengaq depa tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah ada yang lebih baik buat Utusan dan bekas kakitangannya.. aamiin

      Delete
  5. Tak pernah beli urtv ni dulu. Parents marah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiman membesar di zaman internet tak perlu beli majalah dah kan hehe :0

      Delete
  6. mmg urtv suka la belek zaman dlu2..tgk artis haha

    ReplyDelete
  7. Sue dulu pun selalu beli juga buat koleksi, kalau kat Minggun Malaysia ambil gambar artis kesayang masukkan dalam fail.. sekarang semua tinggal kenangan kan Ana. Semoga dipermudahkan semua urusan untuk kakitangan Utusan Malaysia.. sedih juga baca berita baru-baru nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa gitu lah kita dedulu kan Sue, aamiin in shaa allah

      Delete
  8. Tak pernah beli URTV ni. Selalu beli Majalah Remaja atau keluarga atau yang sewaktu dengannya. Sedih jugak Utusan ditutup. Akhbar paling tua di Malaysia kan.

    ReplyDelete
  9. Sedih.. Tak ada dah Utusan.. huhuhu..
    Sha rajin juga baca URTV dulu.. tambah kalau ada Artis kesukaan jadi cover.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkini katanya dah ada pembeli dan bakal di terbitakan semual mudah-mudahan kan Sha

      Delete
  10. Sangat legend majalah URTV.. LZ tumpang baca Abang Long beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cukup dah ada seorang yang beli kita tumpang baca je kan LZ :)

      Delete
  11. sedih plak utusan dan majalah2 dah xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah dah ada yang membeli utusan dan akan hadir semula hendaknya nanti kan mama :)

      Delete
  12. Patutlah dah lama tak nampak majalah URTV. Setiap kali cuti semester mesti akan cari tapi x jumpa pun. Rupanya Utusan dah nak ditutup. X dapat nak baca Mingguan Malaysia dah lepas ni. Saya pembaca setia dari zaman sekolah lagi sampai dah masuk universiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah kita doakan yang baik2 sahaja jannah buat utusan malaysia

      Delete
  13. walaupun masa tu Haida kecik lagi. Tapi rumah memang banyak majalah ni, sebab kakak & abang selalu beli. rindu nak baca semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa kak ana versi baharu urtv pun ada haida cuma tak lah sehebat era 80-90an dulu tu kerana waktu itu memang kena beli majalah dan suratkhabar untuk dapatkan gambar dan info artis2 ni :)

      Delete

Powered by Blogger.