Lain orang lain cara masaknya walaupun nama masakan yang sama. Contoh lah kan, ada orang masak lemak guna cili api, ada yang guna lada merah. Ada orang masak kari bersantan, ada pula masak tanpa santan dengan air asam jawa sahaja. Jadi kadang-kadang walaupun masakan yang sama tapi teknik dan cara serta bahannya berbeza. Ikut lah keserasian masing-masing kan. 

Untuk sesetengah orang masak tomyam depa akan masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, masukkan air dan didih hingga masak. Tapi ana pula kalau masak tomyam, ana suka tumis sedikit dahulu perencah dengan serai dan bawang merah. Cara ini ana belajar dari mak saudara ana, Wan Mit. 






Tomyam tumis ayam dan cendawan



Bila tumis ni pada ana tak lah rasa kuah dan isi berebus sangat. Tumis dengan minyak yang sedikit sahaja biarkan bawang dan serai yang diketuk tu naik bau kata orang. Pastu, baharulah ana masukkan perencah tomyam. Lebihan pes tomyam dalam pek tu jangan lupa campurkan sedikit air dan kacau kemudian tuangkan ke dalam tumisan tadi. Sayang weii.. Kalau guna pes tomyam botol tu pun kena campur air sikit kerana ia memang pekat kan. 

Kemudian masukkanlah ayam dan lobak merah ke, tutup periuk dan biarkan tumisan perencah tadi sebati dengan ayam separuh masak atau sekali didih. Baharulah masukkan air untuk kuahnya. Di ikuti masukkan lah cendawan atau ikutlah sayur apa yang korang suka nak buh. Bila dah mendidih, baharulah ana rasakan dengan garam secukupnya. Koyakkan daun limau purut serta perahan limau nipis. Siap satu menu simple tomyam bertumis versi anajingga dot com :) 

Video masakannya boleh tonton di youtube kat bawah ni : ) Terlebih rajin lah pulak kan nak upload video masak memasak ni ... 





Selamat mencuba :) 

34 Comments

  1. Dappp nyer tomyam... Petang ni leh buat 🤗🤗

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa, plan macam nak buat TomYam gak, guna paste beli kat Bangkok hartu, tapi tak cukup bahan pulak ni..ermmm nak kena ke dai gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena laa pii kedai SL, pes tomyam dari Thai ni memang sedap kan original Thai gitu :)

      Delete
  3. pagi tadi makan vade je 2 ketul, nengok gambar tomyam tu alahai kecur liur kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sarapan vade tu Dana, haha pii laa makan naa :)

      Delete
  4. sedapnye tomyam! lg2 kalo ade cendawan..
    mmg bertmbh ns ni kalo sy mkn.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannn ezy tomyam letak cendawan memang heaven sangat dari sayur2 lain hehe :)

      Delete
  5. ammi tak pernah masak tomyam utk dilawankan dengan nasi. biasanya buat kuah tomyam utk jadi kuah stimbot je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. memang best lah ammi makan steamboat tomyam kan time sejuk2 ni :)

      Delete
  6. skarang musim ujan..dpt hirup tomyam sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tuu laa mama kena sangat kan makan tomyam musim hujan ni :)

      Delete
  7. tengok menu ni di kala hujan kat luar, syok nya. haha. terus teringin :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Umi sedap makan tomyam time sejuk2 ni :) nanti buat naa

      Delete
  8. Saya pun ikut mood juga, ada masa tumis, ada masa lebur je. ada masa letak susu pekat, ada masa letak santan dalam tomyam.. Dapat hirup kuah masam-masam.. nikmat sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh letak susu pekat atau santan ye OP, ermm tak pernah try lagi , boleh lah cuba nanti, terima kasih perkongsian ilmu ni :)

      Delete
  9. blm pernah try tumis, insya Allah nak try jugaklah.
    biasanya apa2 yg ditumis dulu mmg lebih rasa sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut juga Ujie ada yang suka tumis dan ada yang buh sekali arung dalam periuk, kak ana suka hat tumis ni :)

      Delete
  10. PC ikut mood kak..kadang tumis..kadang rebus biasa kak..ikut juga permintaan en suami walau sebenarnya en suami tak kisah pun cara mana PC masak tomyam..yang penting masam pedas seimbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC ikut selera memasing kan janji sedap :)

      Delete
  11. Saya masukkan bahan-bahan dan air, lepas tu terus didihkan je. Ikut cara mak. Mesti rasa lain sikit kalau tumis dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sikit jannah, dulu kak ana pun lebur je dalam periuk bila rasa makcik masak dia tumis tu terus ikut sebab lain sikit rasanya :)

      Delete
  12. Sedapnya tomyam. kalau buat sendiri macam macam isi boleh letak. kalau beli sikit sangat isi dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fizah buat sendiri gak puas hati kan :)

      Delete
  13. Alahai tomyam..favourite ni Aj..sedapnyaaa.. nak kena try masak jg ikut cara Aj ni..tQ sharing resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah nanti atie, mana tahu kena pula dengan selera atie sekeluarga :)

      Delete
  14. Terliur pulak tengok menu akak. Nanti nak try

    ReplyDelete
  15. Saya pun suka tumis. Suka ambil bau. Baru feel memasak tu datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn SAL aroma tumisan tu menusuk kalbu gituew :)

      Delete
  16. kite ekot mood Kak AJ hahaha.. kalo rajin tumis kalo malas
    biar je semua kena rebus =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CT ikut tahap kerajinan ketika memasaklah ye hehe :)

      Delete