Ada sesetengah orang panggil pengat keledek, ikut lah kan mana yang biasa di gelar. Untuk ana biasanya ana panggil pengat kalau guna gula merah, kalau gula putih lebih suka panggil bubur, cewah!! Memandai je kan :) Tapi kekdah dan rasanya sama jer, lemak manis. 

Ubi keledek putih tu pemberian jiran ana , Man yang di beli semasa bercuti kat Cameron Highlands baru-baru ni. Walaupun ubi keledek ni warna ungu tapi isi dalamnya putih. Pas tu, ana tambah lah dua ketul lagi ubi keledek yang ana beli kat kedai Acheh. Bila siang rupanya isi dia warna kuning. Nampak cun pula lepas masak jadi bubur ada dua warna. Campur pula dengan sagu mata ikan, wah ada pink-pink pula dalam bubur keledek ana petang tu. Meriah. 




Bubur keledek ni salah satu menu tradisional lama juga kan. Sedap di jadikan menu makan petang di rumah bersama keluarga. Lemak manis gitu, cuma keledek ni dah manis , maka kurang-kurangkan lah gula dalam masakan bubur korang nanti. Bahaya lebih-lebih manis ni, boleh memudaratkan. Meh la nak kongsikan dengan korang cara ana masak pengat keledek bersagu. 


Resepi dan cara masak bubur keledek bersagu 


Bahan-bahannya : 

Ubi keledek - di bersihkan, buang kulit dan potong dadu kecil-kecil. 
Santan kelapa pekat
Santan kelapa kedua ( kurang pekat lah maksudnya )
Gula secukup rasa
Sagu - basuh dan toskan seketika 
Daun pandan
Secubit garam 

Cara masak pengat keledek bersagu 





1. Rebuskan ubi keledek di dalam periuk sehingga empuk terlebih dahulu. Kemudian buang lebihan airnya. 




2. Masukkan ke dalam periuk, satu kan dengan santan kedua yang kurang pekat dan gula. Kacau hingga mendidih sekali. 




3. Bila dah mendidih, masukkan sagu yang telah di toskan. Ana gunakan sagu yang dah siap-siap warna pink tu, kalau sagu putih pun okay je cuma tak berwarna-warni lah pengat keledek korang nanti.. 




4. Bila dah mendidih kali ke dua baharulah masukkan santan pekat dan secubit garam. Rasakan kemanisan, kelemakan dan kemasinannya biar sesedap rasa. Masukkan seikat daun pandan untuk aroma tradisional masakan Melayu. 

Siap dah lah satu lagi menu warisan lama yang kalau kita tak hidupkan kembali akan pupus di telan kemodenan menu-menu moden yang pelbagai. Sesekali tu rindu juga nak menikmati menu-menu tradisi ni kan. Selamat mencuba :) 


22 Comments

  1. sedapnya kak, sesuai makan time petang hujan2 tu... layan pengat panas2 layan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Dana,sesekali mengimbas nostalgia menu2 desa kan :)

      Delete
  2. sedapnyaaa kak ana . Tambah-tambah musim hujan sekarang , menjadi-jadi la selera .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sue, musim hujan ni asyik lapar je kan hehe :)

      Delete
  3. nieyl banyak² bubur,
    paling suka bubur pisang bersayu...
    selain dr tu kurang sikit :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. lama tak kena bubur keledek ni

    ReplyDelete
  5. aroma daun pandan tu..lebih-lebih menyedapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC kalau tak ada daun pandan kurang sikit nikmat aroma nya kan hehe :)

      Delete
  6. Sedapnya nie kak Ana .. Kalo makan petang2 time hujan fuhh pastu ada kopi o ehh lapar pulak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Yana pekena dengan kopi o baru nallaaa hehe :)

      Delete
  7. Replies
    1. sesekali pekena bubur sedap kan Paridah hehe selalu tak leh gak lemak manis sangat :)

      Delete
  8. sedapnya bubur keledek. hari tu saya makan bubur labu. pun sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. labu pun sedap gak IL cuma kak ana ni tak tahan lak makan labu, semput sudahnya :)

      Delete
  9. sedap!
    kat tmpt sy pgl pengat ubi steler.. febret sy ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu ibu steler teringat arwah mil kak ana sebut dulu ingat dia cakap omputih hehe :)

      Delete
  10. pengat n bubur tu sama ka atau ada beza ya? hehe
    lamanya x makan bubur..mcm terasa2 dia punya manis2 berlemak tu ..nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je kan Cik Itah sebutan berbeza ikut daerah je :)

      Delete