Bunga tapak kucing Kak Long membiak dengan jayanya

Kenapa pula bunga Kak Long ? Haha!! Sebab pokok bunga ni hadiah dari Kak Long masa dia dapat gaji pertamanya ketika intern dua bulan lepas. Walaupun sekadar elaun intern, berbesar hati juga dia belikan pokok bunga dan hadiahkan pada ibu. Tapi bunga pilihannya pun warna pink lah kan, warna kesukaannya. Kak Long ni obses pink kalau nak tahu. 

Waktu dia bawa balik dan surprisekan ibu tu, ana terharu sangat lah kan. Siap beli sepeket tanah lagi tu. Tapi dalam hati berkata juga, " hai laa anak.... pokok ni dah tua dah nak habis berbunga tak lama lagi pupuslah pokoknya."  Ye laa.. anak-anak ni mana tahu nak pilih pokok bunga kan, dia tengok hat yang cantik yang lebat bunga dah okay dah terus lah dia beli. 


bunga tapak kucing dan biji benihnya 



Cara biakkan pokok bunga tapak kucing atau Torenia fournieri


Kesian pula kat Kak Long, selang beberapa minggu biji benih bunga tapak kucing pink ni dah mula tua. Ana petik dan taburkannya dalam pasu. Cuba semai kut-kut boleh lah dapat anak benih baharu. Tak lah pupus nanti pokok pemberian Kak Long ni. 


anak-anak benih pokok bunga tapak kucing 

Alhamdulillah selang beberapa minggu ana tengok bukan main banyak tumbuh benih baharu pokok bunga tapak kucing ni. Ermm.. ana tunggu beberapa waktu lagi biar dia naik membesar dan tinggi sikit, baharulah ana alihkan ke pasu-pasu lain. Biar jarakkan benih-benih pokok ni agar dapat membesar dengan jayanya. 


benih kian membesar dan ada yang dah berbunga 

Dan.. Tadaaa!! Kelihatan pokok-pokok kecil benih tapak kucing dah mula membesar dan meninggi sambil mengeluarkan bunga lagi. Subhanaallah.. Berjaya juga ibu biak kan semula benih bunga hadiah Kak Long ni. Mudah-mudahan ia akan bertambah banyak dan hidup subur dan teruskan kitaran nya selama yang mungkin. Aamiin..


bunga tapak kucing atau torenia fournieri 

Pokok tapak kucing atau nama saintifiknya Torenia fournieri ni memang mudah membiak. Kat mana-mana pun ia boleh tumbuh. Ada dua warna yang pernah ana jumpa setakad ini sama ada pink putih macam Kak Long beli ni satu lagi purple putih. Kami panggil bunga tapak kucing sebab kalau kita tengok betul-betul ada bentuk tapak kaki kucing ye tak hehe :) Comel je kan :) 


credit photo Pinterest 



Bunga tapak kucing Kak Long membiak dengan jayanya Bunga tapak kucing Kak Long membiak dengan jayanya Reviewed by Ana Jingga on November 28, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Sejuk tangan kak ana. Semua bunga akak subur je. Bunga kinah pulak banyak dah layu mungkin faktor tempat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ikut juga Kinah kadang jadi kadang tidak. Layu tu mungkin terkurang air atau pun terlebih air pun tak boleh juga. Lagi satu cahaya ikut pada pokok ada yang sesuai di tempat panas ada yang tak juga :)

      Delete
  2. Cantiknya... Cute je bunga dia. Geram pulak tengok. No wonder la nama bunga tu bunga tapak kucing. Cute sangat kelopak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fiza macam tapak kaki kucing ye tak hehe :)

      Delete
  3. cantiknya bunga ni. tak pernah jumpa rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke IL, banyak je bunga ni tumbuh kadang tak tanam pun dia tumbuh sendiri celah-celah rumput hehe :)

      Delete
  4. Cantik bunga nya. Baru 1st time tengok
    Salam kenal Kak Ana. Done follow #1115 :)

    ReplyDelete
  5. cantek dan segar bunga nya.. kami ni takde sekumtum pun bunga dalam pasu.. hahah..tanam pokok kari pun hidup enggan mati xmahu.. mogok je pokok kari tu tahu.. hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah nikmat rezeki ni. bukan semua orang boleh menanam dan tumbuh segaq. hehehe

    ReplyDelete
  7. kak long tahu kegemaran emaknya...

    comel bunga tu kak, dana baru tahu namanya bunga tapak kucing... mudah nk dibiarkan rupanya
    nanti nk try cari lah... heheheh kalau tak penuh dengan rumput je kat tanah nan sekangkang tikus kat depan rumah tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sekangkang tikus ye Dana, haah mudah sangat pokok ni dana tumbuh membiak :)

      Delete
  8. subur elok je pokok kak ana :) Tangan ajaib nie , biasa tangan mak-mak tanam apa-apa je mesti menjadi . Masak lagi la , semua sedap even menu tu simple je .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.