Ana akui sangat dan kian merasainya sendiri kini apabila kian hari meningkatnya usia, banyak perubahan berlaku sedikit demi sedikit. Paling ketara ialah kesan pada wajah dan pergerakan fizikal. cepat rasa letih dan kulit pun kian kurang bermaya tidak seperti dahulu. Inilah dia yang sering dikatakan kan kian meningkat usia yang dipinjamkanNya, kita perlu sangat pada penjagaan luaran dan dalaman diri juga di pertingkatkan. Jangan leka dan lalai kerana bila sudah terlewat, kita sendiri yang akan merasai kekurangannya, bukan orang lain. 

Untuk kembali remaja adalah mustahil sama sekali, lain lah kita ada kuasa majika macam dalam filem-filem dongeng klasik tu. Tapi kita harus berusaha agar kesihatan dan penjagaan wajah kita khasnya terjaga sebaik mungkin. Banyak rangkaian pilihan produk penjagaan kesihatan diri dan kecantikan ada di pasaran. Tetapi berhati-hatilah , jangan terpedaya dengan kata-kata si penjual, bijak lah dalam memilih produk yang bakal kita gunakan, kerana tidak ada sesiapa pun yang akan menanggung risiko kecuali diri kita sendiri. Untuk ana sendiri, hanya yakin dengan produk yang boleh di beli dari farmasi kerana percaya dengan ciri-ciri produk yang selamat sahaja boleh di jual di farmasi di seluruh negara. 






EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU
MengembalikanKeremajaanWajahdalam masa 3 Hari


Hari ini ana nak perkenalkan kepada wanita di luar sana yang sedang tercari-cari rangkaian penjagaan wajah untuk keremajaan semula. Inilah dia rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU . Merah-merah dan ceria sangat kan packaging BAHARU dari EVERSOFT SKINZ ni. Mengambil inspirasi wanita Jepun yang mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.  

EVERSOFT SKINZ kini melancarkan rangkaian anti penuaan baharu Timeless Youth yang menggunakan manfaat alam semulajadi dengan teknologi canggih dari Jepun. Mengandungi ekstrak tumbuhan serta BEBAS daripada bahan berbahaya seperti Paraben, pewarna tiruan, wangian tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates; rangkaian ini direka untuk menggalakkan serta mengekalkan raut wajah kulit yang mulus dan gebu. Jenama ini juga menentang kajian ke atas haiwan; oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu kerana tiada haiwan yang terancam di dalam proses penghasilan produk.   




Ke semua produk di bawah rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan. Ume, turut dikenali sebagai Aprikot Jepun, digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta menyama ratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung, menentang kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan, kehilangan keanjalan, perubahan warna, dan fungsi pertahanan kulit terjejas. Wakame Seaweed, yang kaya dengan Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, manakala Minyak Rosehip berupaya untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik hitam.

Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan apabila digunakan mengikut aturan:





1. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam - (100ml RM20.90*)

Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. Ia menanggalkan kotoran, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan lembut.




2. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion – (100ml RM29.90*)

Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam, mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kulit untuk penghidratan kulit wajah dari dalam.




3. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum – (30ml RM69.90*)

Produk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan agar kulit tampil licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, pantas meresap, dan mempunyai sentuhan sehalus baldu direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata.





4. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++ – (40gRM45.90*)




Pelembap bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++  untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.




5. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution– (40g RM49.90*)


Rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap berasaskan air yang tidak melekit ini, selepas terdedah kepada faktor alam sekitar yang berbahaya sepanjang hari, seperti pencemaran, suhu lembap, dan udara kering dari penghawa dingin. Selain itu, tekanan kerja harian juga merupakan faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap Malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.




Gaya hidup yang terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu yang merupakan punca kepada penuaan kulit pramatang menjadi penyebab kebimbangan ramai. Selain itu,perubahan suhu dan cuaca turut memberi kesan kepada keanjalan kulit kita, menjadikan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini penyelesaian terbaik bagi mengurangkan semua masalah dan kebimbangan terhadap penuaan kulit pramatang.  Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, anda akan dapat menyaksikan perubahan pada kontur wajah yang kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri dalam masa 3 hari!

Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/

*Harga tertera adalah termasuk 6% SST.


8 Comments

  1. menarik ni..
    kalo sesuai ngn kulit blh try..
    maklom la dh 3series skrg.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh je try, cari kan mana-mana farmasi dan pasaraya pun ada ezy :)

      Delete
  2. wah cantiknya packaging. merah membara semangat waja ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa cantik dan elegan sangat new packaging dari Eversoft Skinz ni kan :)

      Delete
  3. colour packaging tu yang mengancam . Boleh try nie .

    ReplyDelete
  4. cantik betul warna merah nya tuh.... menarik betul set lengkap eversoft skinz nih...
    harga pun kira berpatutan jugak, dana perasan set untuk yang timeless youth mmg agak mahal untuk 1 barang tu... tp brand eversoft antara yang kira mampu milik jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dana, mampu milik dan in shaa allah selamat

      Delete