Khamis lepas , 14hb November 2019, ana berkesempatan menghadiri satu program CSR Ayam Brand. Memandangkan sebelum ini, ana banyak terlibat dengan pelbagai kolaborasi dengan Ayam Brand dan ini merupakan tahun kedua ana bersama Ayam Brand dalam program CSR mereka jadi ana terima jemputan dan teruja sangat nak hadir. Program petang ini di kenali sebagai Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019. Ia merupakan kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand yang mengambil mesej Nutrisi Seimbang di seluruh negara untuk melawan obesiti di kalangan kanak-kanak. Sangat menarik kan. 





Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019


Jom ana kongsikan antara intipati yang ana perolehi dari program Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 untuk pengetahuan kita bersama. Ianya banyak berkisar tentang penyediakan menu makanan seimbang dengan kadar yang di perlukan dalam satu sajian setiap hari kita. Adakah hidangan terakhir kita mengikut Pingan Malaysia Sihat - mengikut suku, suku separuh ? Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan Suku-Suku Separuh, pembahagian plat kepada satu perempat untuk protein, satu perempat untuk karbohidrat kompleks dan separuh untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia adalah cara mudah untuk membahagikan jenis makanan keperluan tubuh kita. 




Pinggan Sihat Malaysia atau Suku Suku Separuh bukanlah norma untuk kebanyakan kita yang lebih membawa kepada obesiti dalam kelangan orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut Economist Inteligence Unit's Tackling Obesity in ASEAN Report, prevalens obesiti Malaysia adalah 13.3% yang tertinggi di Asia Tenggara. Malaysia adalah antara tiga negara teratas di Asia Tenggara dengan peratusan yang tinggi iaitu 11.5% kanak-kanak yang gemuk, berusia antara enam bulan hingga 12 tahun. Wow!! Amat membimbangkan sangat ye tak ?? 




Ayam Brand jenama tempatan yang terkenal dengan pelbagai rangkaian produk, tiada bahan pengawet dan tiada tambahan MSG, makanan ber-tin yang sihat dan mudah, mengambil isu besar obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia dengan menggabungkan konsep 3S Pinggan Sihat Malaysia ke dalam program Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) tahunannya. Tahun ini Ayam Brand memperluaskan program CSR kepada kanak-kanak dari sekolah rendah juga. 






Tema untuk kempen tahun ini ialah ' Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2019, Sihatkan Malaysia Mulakan Sekarang'. Ia akan memperkasakan kanak-kanak dari 10 negeri dengan maklumat dan mengenal pasti pilihan makanan yang lebih sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk menyediakan hidangan Pinggan Sihat Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak dari lapan tahun ke atas. 


Pengerusi Ayam Brand, YM Tunku Dato' Mu'tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed

Menurut Pengerusi Ayam Brand, YM Tunku Dato' Mu'tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, kempen CSR yang kini berusia 12 tahun telah menyumbang 1.76 juta makanan sihat untuk tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih daripada 20,000 orang daripada 482 rumah amal dan NGO. Kempen tahun ini membiayai dan mendidik 42 rumah amal, mendidik 25 sekolah di seluruh negara, selama lebih tiga bulan, di anggarkan 1,800 penerima dengan jumlah 324,000 hidangan Ayam Brand. 


Pakar Pemakanan Sihat, KPJ Amapang Puteri, Puan Norhayati Azmi
Pakar Pemakanan Sihat, KPJ Amapang Puteri, Puan Norhayati Azmi 


Ayam Brand mengadakan kempen kemuncak di KPJ Ampang Puteri Specialist, salah satu hospital peneraju di Malaysia serta Asia Tenggara. Pada acara kemuncak, Pakar Pemakanan Sihat, KPJ Amapang Puteri, Puan Norhayati Azmi berkongsi dengan kami semua mengenai tips hidup dan makanan sihat. Untuk makanan yang seimbang, se perempat plat perlu mengandungi protein yang di dapati dalam ikan, kacang, daging, ayam, telur dalam bahagian berukuran : Satu perempat karbohidrat dari nasi, mi , roti, bijirin, produk wholegrain, dalam bahagian kecil dan separuh plat dengan sayur-sayuran dan buah-buahan berukuran tapak tangan. 


anak-anak sudah bersedia untuk menyediakan menu sihat Suku-Suku Separuh 


peserta dari SK Setiawangsa 


Murid-murid bersama guru dari SK Taman Permata 


hat tengah tu bukan cikgu ye puan-puan, makcik AJ tumpang posing jer :) 


Di Kuala Lumpur dan Selangor, seramai 40 orang kanak-kanak daripada 257 menyertai Kempen Penjagaan Komuniti Ayam Brand yang bermutu, mencabar dan menyeronokkan, " Get Healthy Malaysia, Start Now '. ( Sihatkan Malaysia, Mulakan Sekarang)


pertarungan menyediakan menu sihat Suku Suku Separuh sudah bermula 


anak-anak dari Yayasan Chow Kit sedang menyediakan menu sihat Suku Suku Separuh dengan Ayam Brand 


hasil plat dari House of Joy 


kreativiti anak-anak dari SK Wangsa Maju Seksyen 1 


kreativiti anak-anak Rumah Aman Saujana Utama 


menu dari anak-anak Yayasan Chow Kit yang memenangi tempat pertama 


Acara di mulakan dengan pengenalan interaktif kepada konsep #SukuSukuSeparuh, di ikuti oleh 10 pasukan yang terdiri daripada 4 orang kanak-kanak yang menyediakan makanan berdasarkan prinsip 3S, dalam masa 30 minit dengan bantuan kami semua dan guru-guru serta selebriti, menggunakan resepi yang telah diselidiki oleh pakar pemakanan. 


menu dari Rumah Aman Shah Alam


menu Suku Suku Separuh Ayam Brand dari pelajar SK Wangsa Melawati 


Selesai cara pertandingan penyediaan makanan dan sementara menunggu keputusan oleh juri, kanak-kanak di cabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Pemikiran Pesanan Tinggi untuk menguatkan apa yang mereka telah belajar tentang pemakanan yang baik. 


juri sedang mencuba hidangan 


acara selingan permainan puzzle 


acara selingan teka apa dalam kotak hitam 


Enam buah rumah amal menerima bekalan Ayam Brand selama dua bulan yang bersamaan 46,260 makanan sihat untuk jumlah 257 penghuni rumah. Korang juga boleh membantu lebih banyak komuniti dengan melayari https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk di sumbangkan kepada rumah amal pilihan korang. E-charity Ayam Brand menawarkan 15% kurang daripada harga runcit, dan penghantaran percuma untuk memudahkan lebih banyak organisasi amal. 


Tahniah pelajar-pelajar yang menang tempat ketiga, kedua dan pertama 


Tahniah buat pelajar dari Yayasan Chow Kit kerana telah berjaya menjadi Juara dalam pertandingan penyediaan menu makanan Suku Suku Separuh kali ini.. Anak-anak ni memang kreatif sangat-sangat. 

10 Comments

  1. menariknya, barang-barang ayam brand memang semua best selain sardin nya...
    dana suka jugak beli tuna tin dia yang pedas tu...

    menarik acara macam ini, teringat aiyan kata kat sekolah dia ada program buat sandwish, dia kata dia makan sandwish tu... ada mayonis, tomato dan timun, bila kat rumah semua dia tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan Dana melihat kreativiti anak2 ni :)

      Delete
  2. bagusnyaa . Biasa budak-budak ada acara memasak atau decoration makanan nie waktu camping atau subjek kemahiran hidup je waktu saya sekolah dulu la . Tengok cara diorang buat food presentation pun menarik sangat .

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yg bagus dr ayam brand...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ayam Brand CSR banyak melibatkan kanak-kanak dan rumah amal :)

      Delete
  4. wah..seronok bebudak tu...meriah!

    ReplyDelete
  5. Kreatifnya..kak Sal pun kalah ni. Tapi yang penting Kak AJ nampak macam cikgu. Hehe.Konsep suku-suku separuh ni memang bagus diamalkan oleh orang yang nak jaga berat badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cikgu tumpang je kak SAL hehe :) tu lah bagus untuk yang diet sihat kan ;)

      Delete