Tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih lompang. Kuih lompang ni ada nostalgianya yang tersendiri buat ana. Masih segar di ingatan, resepi kuih lompang inilah yang ana kena buat untuk peperiksaan SRP dedulu. Haaa!! SRP tau zaman tahun 1990-an. Masa tu tingkatan 3 kena ambil SRP, atau pun Sijil Rendah Pelajaran. Kalau tak lulus tak boleh naik tingkatan empat. Kena repeat sampai lulus. Gituew :) 

Ana ambil jurusan Sains Rumah Tangga ( SRT ), ada dua bahagian kena buat ujian praktikal. Satu kena siapkan blause baju tidur dan satu lagi ujian menyediakan menu masakan. Masih ana ingat lagi ana kena sediakan satu menu pastri, ana buat sardin gulung dan satu lagi menu kuih tradisional, hat tu yang ana buat kuih lompang ni. Punya lah suspen, takut kuih lompang tak berlubang kat tengah haha :) Kalau tak jadi takut lah markah kurang nanti. 




Alhamdulillah menjadi juga kuih lompang ana di usia 15 tahun ketika itu. Cewah!! Itulah kisah nostalgia ana bersama kuih lompang yang akan kekal dalam ingatan. Sekarang ni tiba-tiba rasa teringin pula nak buat kuih lompang untuk sajian minum petang kami sekeluarga. Kuih lompang ni lebih kurang sahaja dengan kuih kasui. Dari segi rasa dan bahan sama jer kan. Cuma rupa paras lah berlainan. 

Kuih lompang ni leceh sikit lah nak buat sebab kena isi dalam acuan satu-satu , kemudian kukus keluarkan, isi lagi dan kukus lagi. Kalau kuih kasui tu buh jer dalam loyang, kukus dah masak potong-potong golek dengan kelapa parut. Kan senang kerja kita. Meh la nak share juga lah resepi kuih lompang ana kali ni. Nampak elok je kejadiannya, Alhamdulilah. Cuma resepi ni agak manis, jadi ana rasa lain kali kalau nak buat ana akan kurangkan gulanya tu, In Shaa Allah. 

Resepi dan cara buat kuih lompang 

Bahan-bahannya : 

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
2 cawan air
1 helai daun pandan 

- Satukan semua bahan dan didihkan dalam periuk. Sejukkan seketika pada suhu bilik. 




2 1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air 

- Satukan semua bahan dan kacau sebati. 




- Masukkan adunan gula merah tadi ke dalam adunan tepung, kacau dan tapis. 

- Tuangkan ke dalam acuan yang telah di oleskan dengan minyak terlebih dahulu. 

- Kukus selama 15 minit 
 



- Bila dah masak, sejuk dahulu sebelum keluarkan dari acuan. 

- Boleh lah isikan bahagian tengahnya dengan kelapa parut yang di campur secubit garam. Siap dah kuih lompang kita.


Cara penuh ada dalam video kat bawah ni . Selamat mencuba. 





18 Comments

  1. Awatlah saya jenisnya rajin makan je.. buat kuih muih ni bukan bidang.. nak-nak selalu tajadi.. haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe buat kuih ni ikut mood juga OP kadang2 kak ana pun tak menjadi juga :)

      Delete
  2. dana suka kuih lompang ni kak, walaupun tak reti masak...heheheh bestnya kalau duduk dekat ngn akak, boleh oder akak masak macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak ana ni pun rajin ada mood je Dana bukan hari-hari hehe :)

      Delete
  3. Kombinasi dengan kelapa parut tu..aduh..duh..duh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib tu PC kena ada kelapa parut kan hehe :)

      Delete
  4. tiap kali buat, mesti teringat SRP ya..nostalgia sungguh.

    kuih fav saya, tapi reti makan je tak pernah buat. :D

    ReplyDelete
  5. Ayah saya setiap pagi mesti makan kuih ni dekat mamak biasa kami makan setiap pagi.
    Kat situ ada akak yang letak kuih2 dia and kuih lompang dia mesti owner mamak tu akan simpan satu pack untuk ayah saya. Suka betul dia dengan kuih ni. Tapi sayangnya saya tak pandai buat, rasa macam nak belajar pulak cuma kena cari acuan je.

    ReplyDelete
  6. Dlu time mak nieyl niaga kuih dlu...
    kuih lompang antara yang laku juga tau...
    hari² buat lompang...:)

    ReplyDelete
  7. Pandainya Kak Ana buat kuih. Saya memang kurang sikit kalau buat kuih/baking. Kalau masak lauk tu bolehlah.

    ReplyDelete