Baharu lagi sebuah taman riadah ini di siapkan di Emerald West, Bandar Country Homes ni. Sebelum ini kawasan ni merupakan sebuah kawasan terbiar yang belum di majukan dan terdapat sebuah tasik buatan di tengahnya. Tak lah besar mana pun tapi ana rasa ia memang di reserved kan untuk kawasan rekreasi buat penduduk Kota Emerald West ni bersama keluarga. Boleh di katakan hampur setiap pagi dan petang kawasan riadah ni dipenuhi pengunjung penduduk berdekatan sama ada untuk berjoging atau pun membawa anak-anak bermain, berbasikal dan sebagainya. 




Taman permainan Emerald West 


Alhamdulillah , dengan ada nya kawasan sudut riadah dan rekreasi macam ni tak perlu dah penduduk taman pergi jauh untuk menikmati aktiviti bersama keluarga. Tak jauh pun dari rumah kami untuk ke sini. Ia terletak di selekoh berhadapan sales dan galeri pejabat jualan Guocoland tu sahaja. 




Petang semalam baru ana dan suami berkesempatan ke sini. Itu pun sebab suami cuti seminggu untuk habis kan baki cuti tahunannya. Dah tak tahu nak buat apa petang tu, sebelum ke pasar malam di Ikhwan  setiap Selasa, kami ke taman ni sekejap. Suami lah yang nak ber jogging katanya. Ana tak larat dah lah nak jogging pusing jauh-jauh satu kawasan, memang tak berapa daya nak berjalan jauh sangat sekarang ni. Kaki cepat rasa kebas dan malam nanti mula lah sakit belakang. Nak-nak lagi ketika musim hujan sekarang ni kan. Cukup lah sekadar teman kan suami sambil duduk di sekitar taman permainan kanak-kanak di sini. 




Ada sesuatu yang menarik perhatian ana ketika duduk menunggu suami jogging pusing tasik. Terdengar perbualan dua orang kanak-kanak perempuan Cina menegur seorang kanak-kanak perempuan Melayu. " Awak boleh cakap English tak ? ", kata salah seorang kanak-kanak Cina ni kepada budak perempuan Melayu tu. " Tak pandai, sikit-sikit boleh lah, " jawabnya. Lepas tu anak Cina tadi mengajak budak perempuan Melayu tadi main sesuatu, ana tak dengar sangat perbualan mereka. 




Budak Melayu tadi ajak adik lelaki nya main sama. Kemudian mereka berempat ni tunduk kira undi dengan kiraan di kaki, alaa macam one two som atau laililai tamplong dulu-dulu tu, nak cari siapa yang kena 'jadi'. Ana terus perhatikan keempat kanak-kanak ni tadi. Owh!! Rupanya depa nak main aci nyorok. Salah seorang budak Cina ni yang jadi, dia pejam mata dan kira sampai satu jumlah sementara tiga kanak-kanak tadi pi menyorok. 




Tersenyum ana lihat perlakuan kanak-kanak ini. Alangkah indahnya dunia mereka ketika itu. Tidak saling mengenali namun boleh bermain sama. Tanpa mengira ras bangsa dan agama. Jauh berbeza dengan dunia internet hari ni yang tiap saat kita lihat dan baca perbalahan antara kaum dan perbezaan fahaman politik. Masing-masing ego dengan pendapat masing-masing. Ana yakin dunia kanak-kanak mereka dahulu tak meriah macam empat orang kanak-kanak yang sedang bermain di hadapan ana ni. 




Selang beberapa ketika mereka bertukar pula siapa yang 'jadi' atau kena cari kawan-kawan yang menyorok. Alhamdulillah, ana dahulu pernah lalui kenangan seindah ni ketika di alam sekolah rendah. Kami berkawan Cina, Melayu dan India dalam satu sekolah. Main galah panjang, main aci nyorok, main aci kejar, main cop tiang dan sebagainya. Sehingga lah ke alam sekolah menengah pun sama dalam persatuan Pandu Puteri,  pergaulan menyanyi bersama ketiga bangsa ni dalam penuh keseronokan. 




Kadang-kadang apa sahaja yang Allah swt tunjukkan depan mata kita ni, perlu ambil masa dan fikir kan. Bukan sebuah satu pandangan yang kosong namun pandang lah dengan mata hati. Dunia hari ini, makin celaru dan ada di kalangan sebahagian ibubapa sendiri dah tak pandai nak mendidik anak-anak dalam pergaulan. Silap sikit serang menyerang di media sosial, cacian dan kecaman tu dah bagai kan satu kudapan. Menakutkan sungguh nak meninggalkan anak cucu di masa hadapan dengan peradaban sebegini. 




Tiga pusingan juga suami pusing taman rekreasi di Kota Emerald West ni dan kami beransur pulang sebelum masuk waktu Maghrib. Ada sesuatu yang sempat ana sematkan dalam memori sepetang di sini. Semoga anak-anak tadi akan kekal nilai-nilai harmoni di dalam jiwa mereka untuk saling mengenali dan menghormati. Ana doakan semoga akan lebih ramai lagi kanak-kanak seperti mereka agar negara kita akan terus hidup dalam suasana yang tenang, aman dan saling hormat-menghormati sesama kaum. Aamiin. In Shaa Allah. 


24 Comments

  1. rindunya zmn kecik2 dulu.. main aci nyorok..
    kdg smpai gaduh adk beradik sbb main je pon.. haha..

    cantik permandangan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah, zaman kanak-kanak yang penuh keceriaan dan memori terindah dalam kehidupan kita kan ezy :)

      Delete
  2. kalau lah zaman skrg ni budak2 tak obses dengan gadget.. rasanya mesti permainan lalitamplom, sorok2 masih lagi ada kann. tapi sayangnya gen skrg tak tau permainan kita masa zaman kecik2 dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kian di lupakan, anak-anak laa nii menikmati keseronokan dengan cara yang berbeza :(

      Delete
  3. Tempat yang cantik dan tenang ja rasa. Kalau nak rilek boleh ke sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah, semoga ia akan kekal terpelihara dari kerosakan :)

      Delete
  4. SA suka jer kalau brisk walk atau jogging kat taman...seronok...kalau ada banyak pokok2 bunga lagi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa SA, cuma ni taman masih baharu kan pokok pun tak berapa rendang lagi :)

      Delete
  5. Bersih dan sejuk mata memandang sekitar Taman Emerald West..
    Elok sangat beriadah bersama keluarga kann Kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga LZ :)

      Delete
  6. bestnya, berjoging atau briswalk kt taman yang ada tasik buatan memang best, suasana nya tu layan betul lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau petang seronok la Dana aktiviti bersama keluarga kan :)

      Delete
  7. lamaa aku tak pergi beriadah kat taman kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom taman tasik shah alam ada tu Kolin oi hehe :)

      Delete
  8. Paling best taman yang ada tasik . segar je rase . Time joging pun tak rasa cepat penat sebab mata masih boleh tengok pemandangan yang indah dan bersih .

    ReplyDelete
  9. ana tinggal di emerald west ke. saya ada sepupu yang duduk situ. pernah pegi sana sekali je 11 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar situ lah IL, amboi lama dah tu meh ler datang lagi hehe :)

      Delete
  10. seronoknya taman permainan dia bersih dan cantek. seronok budak2 kalau ke sana.. bebas bermain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Han seronok kanak-kanak bermain dan berlari-lari kan :)

      Delete
  11. track jogging cantik..bawak anak-anak beriadah petang-petang bagus ni.

    ReplyDelete
  12. Wah! damainya view K. Ana kalau jogging memang seronok nih!

    Iyalah zaman kanak-kanak Mrs. A pun main aci nyorok, galah panjang, baling selipar lelaki, pompuan, india, melayu semua bermain sekali tak wujud pun perangai pelik-pelik harmonis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Mrs A, masa tu tak adalah macam2 isu seperti sekarang ni, menakutkan sungguh untuk anak cucu kita akan datang.. :(

      Delete