Punya lah bertahun juga bertangguh untuk upgrade perkhidmatan internet dari TM Streamyx ke Unifi ni. Bepuluh kali dah rasanya dapat panggilan pelbagai promosi untuk upgrade  TM Streamyx yang telah kami guna pakai sejak 10 tahun yang lalu kepada TM Unifi , tapi ana buat tak tahu je. Bukan apa agak berat hati nak tambah komitmen bil bulanan lagipun Steamyx ni masih boleh sahaja di guna kan di rumah ni cuma perlukan kesabaran yang gigih lah kan bila ianya kadang-kadang slow motion ya amat.

Akhirnya bila kami memilih untuk menamatkan langganan Astro dan bertukar kepada Njoi tanpa bil, ada lah ruang untuk alihkan komitmen bulanan tu kepada penambahbaikan internet pula. Kebetulan pula ada tawaran menarik dari TM dengan promosi 3 bulan percuma kepada pelanggan Unifi. Terjebak juga lah untuk mengambil pakej TM Unifi menggantikan Streamyx.







Upgrade dari TM Streamyx ke Unifi 





Ana dan suami ke pejabat TM Point di bandar Rawang dan bertanya kan butiran lengkap dan pakej yang di tawarkan. Kami memilih pakej bulanan RM129 sebulan , kira jimat lagi lah sebab dah tak ada komitmen bil Astro. Apakah yang kami dapat dengan pakej RM129 ni adalah seperti di bawah ni. Nak cerita lebih pun bukan bidang ana lah kan :)



 Dah berpuas hati kami pun buat lah pendaftaran di kaunter TM Point dan untuk urusan pendaftaran pertukaran ni pemegang akaun sendiri perlu hadir dan membawa kad pengenalan, sebab nanti kita perlu pengesahan cap jari sebelum membuat pertukaran. Kita di kehendaki memilih tarikh temujanji untuk kontraktor datang ke rumah membuat pemasangan kabel.

Selepas mendapat pengesahan tarikh pemasangan, kita kan dihubungi melalui sms dan di maklumkan nama dan nombor telefon kontraktor yang bakal datang untuk kerja pemasangan kabel. Dan hari yang di janjikan, ana di hubungi kontraktor untuk memaklumkan mereka akan sampai pada jam berapa dan mempastikan kita ada di rumah.

Bila sampai mereka akan memeriksa lokasi tiang dan di mana hendak di letakkan modem Unifi serta router di dalam rumah. Ana bertanya terlebih dahulu dengan kontraktor sama ada di kena kan sebarang bayaran atau tidak untuk kerja pemasangan ini, dan menurut mereka percuma untuk 30 meter pertama sahaja. selepas 30 meter, tambahan sebanyak RM5/meter caj akan dikenakan. Begitu juga sekiranya ada kerja-kerja tambahan seperti pendawaian di dalam siling rumah, dinding dan sebagainya pasti akan ada caj tambahan. Samalah dengan penjelasan dari pihak TM sebelum ni. Sekiranya ada tambahan bayaran ia akan di masukkan ke dalam bil yang akan datang.





Alhamdulillah selepas selesai pemasangan dan berjaya menerima internet, kami tidak perlu membayar apa-apa kepada kontraktor, tunggu sahaja lah nanti kalau ada apa-apa bil sampai selepas ni tetapi menurut kontraktor ianya percuma kerana masih dalam lingkungan 30 meter.

Selepas menggunakan TM Unifi ni, memang jauh bezanya dengan TM Streamyx sebelum ini. Laju ya amat bila melayari internet dan boleh juga menonton TV . Semoga dengan adanya TM Unifi di rumah ni akan bertambah lah rezeki ana dalam penulisan review dan pengiklanan di blog, Aamiin. Sekiranya korang ingin bertukar dari Streamyx ke Unifi pergilah ke mana-mana cawangan TM Point berdekatan atau hubungi talian tetap 100 ataupun online chat di https://unifi.com.my/personal .

20 Comments

  1. dulu prnh guna streamyx mmg perlukan kesabaran yang tinggi..
    haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn ezy tapi awal2 dulu okay je lagi lepas adanya unifi ni bertabahlah jiwa raga menghadapnya ezy :)

      Delete
  2. murah, dana tak pernah langgan pun streamyx atau unifi nih kak... almaklum ber3 je, masing2 pakai data sendiri, si aiyan kongsi dengan mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pakej juga kan kalau guna data ni Dana, rumah ni pun tgl berdua je tapi bila anak2 balik semua duk guna wifi hehe :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..nieyl dah guna unifi lebih dari 5 tahun dah..bulanan 140 cmtu, nieyl sign up time promo..best pakai unifi ni, xperlu dh nak langgan astro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Nieyl jimat kat situ dah kan bila ada unifi ni :)

      Delete
  4. Rumah ai dari maxis bertukar kepada unifi.

    ReplyDelete
  5. Sy pakai celcom dan digi di sini laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. celcom digi kat area rumah kak ana pun okay juga cikguzim, cuma kak ana lebih mudah dengan wifi TM ni :)

      Delete
  6. yaya pun dah bertukar ke unifi beberapa bulan lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ramai pengguna streamyx akan bertukar kepada unifi kan yaya :)

      Delete
  7. dulu kami pun cxl Astro tapi tak lama..2 bulan lepas tu subs balik sbb en suami nak tengok bola. sy dah lama guna unifi sebab bila tengok netflix tak buffering...mmg laju tapi bila tiba hari bermasalah..mmg stress huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada peminat bola kena ada astro juga lah kan Fuzy hehe :)

      Delete
  8. Kak ni dah tak larat nak dengar depa duk telipon promote unify. Kak pakai streamyx. Sekali dua kali blh layan tp bila dah kerap sangat promote kak jadi bengang pula. Last2 kak ckp dulu sebelum dia mula. Ni adik sebelum nak promote tlg cek dulu na kawasan kak ada ke tidak liputan unify....Ooo...tak dak ye kak. Sorry ya. Pastu sampai sekarang tak talipon dah. Lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dulu ana macam tu lah juga kak, sampai siap bagtau nanti kalau kami nak kami pi TM sendiri naa :)

      Delete
  9. Baru tahun lepas LZ tukar streamx ke unifi, mula-mula rasa teragak-agak juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann LZ selagi okay rasanya malas sungguh nak tambah komitmen kan :)

      Delete