Apa yang harus kita tahu tentang gerhana matahari anulus

Tengahari semalam 26hb Disember 2019 bersamaan 29hb Rabiul Akhir 1441H, berlakunya sekali lagi fenomena alam membuktikan kekuasaan Allah swt atas setiap kejadian di muka bumiNya. Di media sosial berebut-rebut masing-masing menaikkan gambar atau video gerhana matahari anulus ni untuk perkongsian bersama. Alhamdulillah, ramai di antara kita yang memberi caption tentang kebesaran Allah swt. Inilah yang seharusnya kita ambil hikmah atas setiap kejadian alam. 

Dalam jam 1240 tengahari, sekali lagi ana dan anak-anak keluar merenung ke langit. Awan mendung hitam gelap bagaikan mahu hujan dalam seketika nanti. Kecewa juga matahari tidak kelihatan, namun dengan izinnya tiba-tibe terselak awan mendung dan terpancar di celah-celahnya jelas terlihat pergerakan gerhana matahari anulus sedang melintasi sang mentari.Berpeluang merakamkannya dan bertakbir di bibir Allahu Akhbar, Subhanaallah.. Inilah tanda kekuasaanMu Ya Allah. 


gerhana matahari 26 Dis 2019 




Ajak anak-anak masuk ke rumah terus berwuduk dan menunaikan solat sunat gerhana dua rakaat. Inilah peluang yang hadir yang harus kita gunakan untuk sesuatu yang jarang berlaku. Di katakan gerhana anulus ni hanya berlaku 20 tahun akan datang dan untuk ana ni rasanya entah berkesempatan lagi atau tidak, Waallahu a'lam. Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998, iaitu 21 tahun yang lalu. Jadi hari ini ana ambillah kesempatan yang diberikanNya untuk melakukan amalan sunat agar di terima olehNya sebagai bekalan untuk menuju ke alam abadi. Apa sahaja yang boleh kita top up sebagai bekalan rebutlah peluangnya sebaik dan sepantas mungkin tanpa alasan. 

Gerhana menjadi bukti bahawa sesuatu yang berlaku di bawah kekuasaan Allah SWT. Sama ada fenomena gerhana mahupun peraturan siang dan malam yang merupakan perstiwa setiap hari dalam kehidupan manusia.


Perkara sunat yang dianjurkan Rasulullah ketika berlaku gerhana.

Perkara sunat yang dianjurkan Rasulullah ketika berlaku gerhana.


1. Solat sunat gerhana 
 
Rasulullah saw bersabda: "Keduanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah shalat hingga menghilang gerhana itu dari kalian. (HR Bukhari)


Cara solat sunat khusuf (gerhana):


Cara solat sunat khusuf (gerhana):

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala."


Rakaat pertama

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah. 
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 kali.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku’ dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 kali.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.


Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah. 
5. Ruku' dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

Ertinya, solat sunat khusuf ini mempunyai dua kali ruku' dan dua kali qiyam dalam setiap rakaat.

Jika tidak mampu membaca surah-surah yang panjang seperti An Nisa, al Baqarah, Al Maidah dan lain-lain, cukuplah membaca surah-surah yang kita hafal, yang biasa dibaca dalam solat seharian.

Sunat juga khutbah setelah solat sunat gerhana, jika dilakukan secara berjemaah. 






2. Berzikir, beristighfar (mohon ampun) dan berdoa

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin 'Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, "Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi saw berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Beliau lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang beliau pernah lakukan. Kemudian beliau bersabda: "Inilah dua tanda-tanda yang Allah kirimkan, ia tidak terjadi kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi '(Dia, Allah mempertakuti hamba-hambaNya dengannya) ' (Qs. Az ZUmar: 16). Maka jika kalian melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta ampunan." (HR Bukhari - 999) 


3. Berlindung daripada azab kubur

Akhirnya beliau bersabda: "Sungguh, saya telah melihat bahwa kalian akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal." Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata, "Setelah itu, saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta perlindungan dari adzab neraka dan adzab kubur." (HR Muslim-1056)

4. Bersedekah.

Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi dari Malik dari Hisyam bin 'Urwah dari 'Urwah dari 'Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kalian melihat hal itu, maka berdoalah kepada Allah 'azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah." (HR Abu Daud-1006)


gerhana matahari 26 Dis 2019 

5. Memerdekakan hamba.

Telah menceritakan kepada kami Rabi' bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za'idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma' berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah memerintahkan untuk membebaskan budak ketika terjadi gerhana matahari." (HR Bukhari - 995) : 
Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

6. Berdoa, takbir, tahmid dan tahlil

Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;

"Pada suatu waktu di masa Rasulullah ﷺ ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah ﷺ bila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat beliau, kudapati beliau sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sampai matahari terang kembali. Beliau membaca dua surat dan solat dua rakaat." (HR Muslim - 1519) : 

rujukan sumber https://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/sunnah-nabi-ketika-berlaku-gerhana/10150519395846719/


Apa yang harus kita tahu tentang gerhana matahari anulus Apa yang harus kita tahu tentang gerhana matahari anulus Reviewed by Ana Jingga on December 27, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. Nieyl time terjadinya gerhana sempat tengok dari tingkap bangunan je..
    gelap seketika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelap kan nieyl bukti kekuasaan Allah swt

      Delete
  2. subhanallah. kuasa Allah Taala. terasa kerdil nya diri ini

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah tabarakallah. Cantik kejadian ni smlm kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan gerun juga AS, kerdilnya kita sebagai hambaNya

      Delete
  4. Subhanallah memang cantik....

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. Bukti kebesaran dan keagungan Allah. Masa gerhana penuh jadi, kami dalam kereta otw nak balik rumah. Memang nampak sangat perubahan persekitaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betapa besarnya kekuasaan Allah di atas setiap kejadian

      Delete

Powered by Blogger.